Assalamualaikum Hai.
To be truth, inilah first time Nad shopping dekat Zalora hahaha. Itu pun sebab menang voucher RM250 dekat contest 7Eleven hahaha. Kalau tak memang tak pernah la kot nak shopping shopping dekat Zalora ni kan. Tak reti :p
Disebabkan last pick up voucher 30 November, makan Nad dengan naif nya ajak lah adik Nad yang 15 tahun pergi office 7Eleven ni dekat Jalan Imbi. Function ajak dia untuk tengok waze ya. Hahaha tak sangka dapat la pergi balik dengan selamat, jammed gila situ -.-
Voucher ni sekali guna sahaja so Nad pun sekali shopping banyak camtu jelah ye. Setelah difikir-fikir Nad pun macam taktau sangat nak beli apa. So Nad pun decide lah nak beli untuk ibu, adik dengan Hafiz jugak hahaha.
Lepas dah berhari-hari bukak Zalora hahaha Nad pun beli mende mende atas tu semua. Hehehe seronok tau shopping RM250 FREE!! Hahaha dah la first time free pulak tu. Brand Zalia ni sebenarnya Nad taktau pun then kak Nana lah yang bgtau pasal brand ni. Nad tengok macam okay jugak so beli lahh.
Bawah ni rupa baju-baju yang Nad beli yaa:- Ada yang lain colour sebab bila search balik dah tak ada. Anddd nampak tak LIMITED TIME ONLY tu? Means sekarang tengah sale! Rasa rugi pulak beli awal hahaha beza banyak kottt.
Alhamdulillah ada rezeki join contest 7E tu. Join last minute pulak sebab time tu family Nad datang Penang ke camne then ayah singgah 7E. Nad pun cakap la kat adik adik kita bayar asing asing tau hahhaa sebab nak kejarkan resit RM6 ke atas yang banyak. So dapatlah Nad hantar 3 penyertaan kan. Alhamdulillah. Consolation winner pun ramai 100 orang.
P/s : Bangga jap sebab malam tadi kita tengok bola pastu Malaysia menang :p