Quantcast
Channel: Nadratul Syazwana
Viewing all articles
Browse latest Browse all 358

Cara Berdating Waktu Tengah Pokai

$
0
0

Assalamaulaikum Hai.


Hahaha tajuk hm. Ala biasalah siapa yang tengah bercinta tu tau lah pentingnya duit time nak keluar ni kan hahahha. Keluar je mesti pakai banyak gila duit T_T Dengan makan tau nak sedap je, tengok movie pulak tau nak marathon, pastu taknak jammed semua nak highway so tol lagi hahaha semua nak best-best jer. Dah cuba jugak nak bajetkan tapi tetap habis beratus.


Makanya Nad pun terfikir-fikir lah cara nak dating selalu tapi cara bajet. Ala cara bajet tu cam tak keluar duit sangat pun asalkan dapat spend time sesama and have fun. Kan kan? Nak happy tak semestinya kena keluar duit kot.



Bersiar Siar



Bersiar siar ni dalam erti kata lain boleh la lepak dekat pantai ke or jenjalan dekat taman mana mana. Haa confirm nak masuk pantai tu free of charge kan? Hahaha. Jenjalan je sesama. Bila takde buat pape camni boleh la borak lama lama sikit kan? Amik gambar and save the memories. Amik gambar dengan nature ni biasa cantik hahah. Lagi, boleh tengok sunset alah sweetnya.



Download Movie



Tengok movie ni pun agak satu pembaziran sebenarnya T_T Hahaha sebab movie dekat area KL Selangor ni bukan murah murah pun lagi lagi weekend. Cerita dah berzaman pun tetap berbelas ringgit. Belum lagi cerita baru kan. Pastu tau lah berdua, nak duduk couple sit je lol maka berganda lah. Nak jimat, download je movie then korang tengok ah sesama dekat taman ke apa feeling feeling dekat oversea gitu. Ha kan? Takdelah pelik sangat sebenarnya. Nak lagi best pergi bentang tikar sekali makan makan sikit. Ehh

Kalau premier screening takpe sebab free :p



Pergi ke Perpustakaan


Pelik ke pergi ke perpustakaan? Tak pun sebenarnya. Sweet adalah. Hahaha lagi lagi kalau yang suka baca novel ke aduhh. Seronok rasa dapat buat aktiviti kegemaran ditemani orang kegemaran jugak ha ayat haha. Kan? Ala lagi sekali amik jela gambar save the memories. Lagi standard sekarang dalam library ada je wifi so boleh je online je dalam tu ke.


Haa tiga contoh jela Nad dapat bagi untuk dating sewaktu pokai atau dating dalam keadaan berjimat ye. Yang penting dapat spend time sama-sama dapat jumpa buat something sesama. Tak semestinya nak dating kena keluar duit banyak, boleh je sambil saving. Yang mana tengah saving digalakkan amalkan ye :p


P/s : Hafiz, we should do this to save moneyyy hahaha (",)



Viewing all articles
Browse latest Browse all 358