Assalamualaikum Hai.
Semakin dekatnya Christmas maka banyak lah juga projek buat anak anak bukan Muslim yang kurang bernasib baik. Semalam, turut diadakan sambutan tersebut di Jaya Shopping Centre. Tujuan charity ni diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama, charity dan kasih sayang.
Acara dah pun bermula since 1.30pm till 3.30pm. Sambutan kali ini menggabungkan 4 buah rumah iaitu Rumah Hope, Rumah Juara, Rumah Sayangan dan Shelter Home. Kalau tengok bebudak ni memang comel comel belaka kecik kecik je laki perempuan semua ada.
Dengan cerianya lagi time perkenalkan diri tu, kekadang terdetik jugak mesti diorang sedih kan memalam kalau terfikir parents diorang.
Kanak-kanak ni turut dihiburkan dengan persembahan tarian, nyanyian dari Ms MalaysiaWorld 2014 (Dewi Liana Seriestha), band muzik dan pastinya terima hadiah sempena Christmas! Dewi nyanyi dalam 3-4 lagu entah, suara memang memukau gila sedap aaaa fokus terus attention dekat dia and hayati lagu hahaha. Dah la tinggi + cantik eh semua lahhh.
Event memang happening. Agaknya suara Dewi tu boleh dengar sampai level 3 kot? Siap nyanyi lagi Phantom of the Opera lagi T_T Yang penting, kanak-kanak ni have fun sebab memang itulah tujuan utama event ni dilangsungkan. Time Dewi nyanyi lagu Christmas pun diorang sambung je :)
Bagai langit dengan bumi sangat tau kalau nak compare dengan Miss Malaysia World 2014
Nak juga rasai pengalaman hebat ni? Boleh lah ramai-ramai ke Jaya Shopping Centre ye, Seksyen 16, Petaling Jaya. Sebabnya event macamni held sampai 4th January 2015. Cuma ada tarikh tarikh tertentu lah. Ada persembahan muzik, story-telling dan buat card.Shopping Jaya Centre pun tengah ada memacam promotion dari segi barangan dan service!
P/s : Bersyukur apa adanya. Sedih tengok kecik-kecik dah takde parents :/