Assalamualaikum Hai.
Cable Car Langkawi. Okay sambung balik cerita. Selain daripada pergi Art in Paradise LangkawiNad pun try juga naik cable car ni. First time in my life lah. Kalau tak asyik naik cable car yang macam dekat Bukit Bendera je haha. So akhirnya dapat jugak naik cable car yang tergantung gantung ni hehe.
Biasanya dalam satu cable car tu boleh naik dalam 4 orang lah camtu haha. Standard punya cable car murah murah sahaja. Ada jugak yang glass floor so boleh tengok pemandangan cam dekat Sky Walk tu aaa bestnya haha tapi lain harga. Ada mat saleh naik yang tu. Ada jugak vip punya cable car tak silap RM800 amboi.
So Nad nak share antara view view yang Nad ambil time naik cable car and view time stop. Memang menarik sebab nature! Cantik sesangat.
Bismillah..
Dimulakan dengan gambar selfie hahaha
Itulah antara pemandangan yang korang akan tengok di Langkawi. Time naik cable car tu dekat bawah tu ada jugak kandang kuda rasanya boleh juga pergi situ ada apa Nad tak sure sebab Nad tak singgah pun. Rasanya best jugak kot kalau nak explore apa ada dekat bawah tu. Harga nak naik cable car ni dah sekali package yang masuk Art in Paradise tu.
P/s : Hm hmmm rindu ah nak holiday lagi hahaha.