Assalamualaikum Hai.

Dia... Isteri Luar Biasa. Best ke cerita ni? Haha dalam banyak banyakkk Slot Akasia satu drama pun Nad tak pernah sangkut. Tapi drama ni ada lah jugak sangkut beberapa episode hahaha. Sebab adik Nad memang minat cerita camni so tv memang on so Nad join jelah. Boleh laa, sebab Fathia lawa kot? Haha seronok tengok orang lawa je.
Sinopsis Dia... Isteri Luar Biasa
Mengisahkan tentang Dewi Yusra (Fathia) yang sedang mencari calon untuk dijadikan suami. Dewi pula merupakan seorang yang tidak mempercayai dan benci terhadap lelaki. Dewi kerap menjaga anak sahabat baiknya, Eda (Nonny Nadhirah) apabila Eda sibuk. Mereka menjaga akrab sehingga anak kecil itu memanggil Dewi mama. Sedikit sebanyak, terdetik juga di hati Dewi untuk mempunyai anak sendiri.
Lalu, Dewi meminta bantuan sahabatnya, Cik Kem (Keith Foo) dalam mencari calon suami. Tapi tiada satu pun yang memiliki kriteria lelaki idaman Dewi. Malah, Cik Kem juga pernah menyenaraikan dirinya sendiri tetapi ditolak.
Dalam satu trip pulang dari London ke Malaysia atas urusan perniagaan, Dewi telah berkenalan dengan Dr. Raden Amzar (Shukri Yahaya). Lama kelamaan mereka menjadi rapat dan dalam diam Dr. Raden juga ada menyimpan perasaan terhadap Dewi. Dewi merancang sesuatu dan akhirnya mereka ditangkang khalwat.
Dapatkah Dr. Raden Amzar mengubah persepsi Dewi terhadap lelaki? Apa yang akan terjadi terhadap hubungan mereka setelah Dewi memiliki anak? Saksikan pengakhirannya di Slot Akasia TV3.
DRAMA : DIA ISTERI LUAR BIASA
Mula disiarkan : 18 Mei 2015 (Isnin-Khamis, 6.55petang)
Saluran : Slot Akasia TV3
Pengarah : Jamal Khan
Pelakon : Shukri Yahaya, Fathia Latiff, Keith Foo, Elizad Sharifuddin, Nonny Nadirah, Uqasha Senrose, Ardell Aryana, Ziela Jalil
Korang layan tak drama ni? Hahaha adeii Nad dah terlayan pulakkk. Macam bestt macam besttt. Apa kata korang try jugak tengok? Masih awal lagi ni baru episode berapa hehe.
P/s : Boleh suggest tak apape movie nak tengok? Nad boring gila dekat rumah ni.