Assalamualaikum Hai.
The Grand Jade Hotel, JB. Nama pun dah menarik kan? Yang pastinya, ini bukan hotel-hotel besar di luar sana yang mahal-mahal tuu. Hotel ni biasa-biasa je and comel cinonet je dekat bucu corner lot tapi best! Al kisahnya kami di JB dan taktahu hotel mana yang best tapi nak bajet rendah-rendah je sebab mostly dekat JB kan semua mahal haha. Tetibe ternampak hotel cantik pulak.
Hotel ni area sebelah Blue Wave dan berhadapan dengan R&F Tanjung Puteri. Haa kawasan hot kan? Yee memang kawasan bandar and banyak kemudahan serta tempat-tempat menarik yang berdekatan hehe.
Tapi apa yang Nad nak review adalah kawasan hotel ni tak termasuk dalam bilik hotel tu huhuhu. Sebab amik gambar dalam hotel guna phone ayah and nahhh, sampai sekarang masih dekat phone ayah je hahaha.
Tak mampu nak amik gambar full huhuhu. Sebelah tu ada bar.
Okok masuk masuk je terus cari port cantik nak bergambar! Haha.
Area lobby The Grand Jade Hotel.
Memang cantik, bersih, kemas, tersusun, teratur macamni. Boring-boring boleh lepak bawah ni tengok tv ke apa. Sometimes, pekerja dia pun lepak sini tengok tv ekeke.
Breakfast juga ada termasuk ye dalam package. Tapi biasanya dalam 2-3 orang sahaja lah, takdelah the whole family hehe.
K k dah puas tengok betapa cantiknya hotel tu. Meh tengok harga pulak. Mohon abaikan August Promotion tu hahaha sebab masa Nad pergi kan Merdeka so adalah promotion promotion tertentu tapi Nad sendiri pun tak dapat nak grab promotion tu sebab weekend ahaha, so not valid. Still affordable kan? Semua jenis room still under RM200.
Haa nah, tu contoh bilik. Meow.
Info The Grand Jade Hotel
Address : 15R & 15S, Jalan Bukit Meldrum, 80000, Johor Bahru, Johor.
To Reserve : +607-221 3118
Email : info@thejade.com.my
Website : www.thejade.com.my
P/s : Bila lagi laa nak menginap dekat hotel cantik-cantik nii hehe.