Assalamualaikum Hai.
Lebih kurang 2 minggu yang lepas, Nad dah pun konvo! Yeayyyy hihihi. Alhamdulillah. Walaupun perjalanan sepanjang diploma sikit punya berliku, tapi akhirnya berjaya jugak habiskan, convo, and dah degree pun sekarang wee~~~
Kalau nak diceritaka balik memang panjang tapiii macam nak cerita jugak ahaha. Nad ni sejenis manusia yang kurang tahu haha apa nak buat dalam hidup. Time apply upu pun dok blur je main pilih pilih civil engineering T_T Lepastu habis langsung apa tak minat. Sem 1 boleh survive lagi 3.4 camtu, sem 2 pun boleh lagi dekan. Masuk sem 3 habis ada repeat dah subject solid mechanics and pointer pun dalam 3.12 camtu. Sem 4 pun so-so je sem 5 pun ada repeat lagi concrete design tak silap. Sem 6 dok la me-repeat and buat project macam apa je.
Selama nak habiskan diploma ni, memang selalu kuatkan diri asal lepas. Tak bagus takpe, janji asal lepas lol. Survive untuk habiskan diploma jer. Janji dah takkan buat kesilapan sama! Takkan apply engineering! Habis bantai apply business semua pastu penerapan langsung apa tak dapat ha ha. Pastu mula lah buat rayuan degree engineering balik T_T Macam dah ludah jilat balik tak? Hm lantak lerr, time tu fikir asalkan dapat sambung je. Dah business tolak kita kan T_T
Eh eh dah la lantak lahhh. Semua tu benda lepas. Semua tu cerita diploma. Semua tu pengorbanan untuk 3.22 je. Meremang wehhh bulu roma bila emcee sebut nama bebudak anugerah naib canselor (anc: dekan setiap sem). Rasa macam ya Allah macam mana diorang boleh score eh? Nad ni nak habiskan pun dah terseksa habis pastu ni sambung terseksa lagi haha.
Pre-convo bertiga jerr huhuuu sedih takk?
Sebabnya masing-masing datang dengan family. Lepas je amik jubah nak pergi makan lah nak jenjalan lah. Susah sangat nak gather reramai maka kita bertiga je yang pre-convo sesama ahahah.
Excuse my pose T_T
Yang paling banyak berkorban.
Duit belanja sahaja dah around RM18k untuk sepanjang diploma T_T Itu baru duit belanja belum duit datang sini hantar amik every sem. Belum duit yuran duit bas .Belum duit hotel masa datang hantar semua. Belum duit tetibe gi Medan, Indonesia T_T Mesti rambut ayah banyak uban sebab kakak kan hm.
Tak campur lagi masa ayah hantar amik tiap sem. Keluar je last paper tak pernah tunggu, tak pernah. Ayah mesti dah ada. Kadang baru start paper ayah dah sampai. Tak cerita lagi bila nak balik, tak pernah jugak menunggu dekat station bas. Imagine lah 6 sem sekali pun tak pernah tunggu dekat station bas sebab sampai sampai je mesti ayah dah ada.
Ini pun paling banyak berjasa sepanjang diploma.
Wehhh terima kasih aa sanggup sekelas, se-group, se-jalan sesama gi class T_T Walaupun aku pemalas gila sejenis last minute buat kerja pun jawapan entah pape jeee. Sanggup ajar mana tak faham sanggup project sesama sanggup semua la wehhh T_T Takde korang tak habis agaknya aku diploma tu separuh jalan je agaknya.Walaupun semua muka muka ni dah dekat Shah Alam, tinggal aku dengan Atin je tertinggal kat Penang haha.
Alhamdulillah. Berjaya dah habiskan diploma Kejuruteraan Awam dan sekarang tengah bersusah payah berpenat lelah berpeluh kesah bersesak nafas bersengsara hahaha untuk habiskan degree Kejuruteraan Awam (Infrastuktur) pulak.
P/s : K dah dah la eh mengimbat kenangan diploma haha mari habiskan degree pulak!