Assalamualaikum Hai.
Ingat lagi tak entry yang mana Nad dedahkan masalah kulit muka Nad yang tgh teruk gila tu? Masya Allah teruk sangat rasanya kalau nak diingat waktu tu. Nahh boleh baca SINI. Macam yang Nad cakap Nad tak biar je kan, I mean Nad letak effort la untuk elokkan balik masalah kulit Nad tu.
Kebetulan dulu ada kawan plkn yang masalah kulit lebih kurang dengan Nad tapi sekarang kulit dia dah flawless gila. So Nad pun tanya tanya lah apa rahsia mana dia pergi. Then dia bgtau lah dia ke Klinik Dr Hasseenah Klinik Jerawat & Jeragat. So Nad pun ajak lah ibu pergi sana.
Okay suasana klinik memang best sesangat sangat friendly okay. Siap ada biskut kuih tempat buat air semua. Bukan apa, bila berkaitan masalah kulit, nak menunggu memang makan masa lama. Sebab tu lah doctor sediakan tempat yang betul betul selesa untuk menunggu. Klinik pakai first come first serve basis. So siapa sampai dulu, cepatlah dia settle. First day tu taktau. Yang kita tau kita dah buat appointment. So menunggu lah dari 9.30 sampai ke pukul 1 okay baru settle.
Nad datang klinik ni atas masalah jerawat while ibu pulak atas masalah jeragat. Tapi baru sebulan jeragat ibu dah hilanggg! Nad punya still ada lagi -.-" Haihh jealous. Bukan jeragat susah hilang ke? Okay dah biar. So untuk first time ni antara ubat-ubat and produk yang Nad dapat.
1/ Acne Gel Cleanser with 5A 2% - RM48
Wajib pakai 2x sahaja sehari. Siang dan malam.
Nad pernah try pakai tengahari gak sbb muka berminyak kan then terus peeling sbb kulit kering sgt so dengar je cakap doc cleanser guna 2x je sehari.
2/ Acne Serum Formula Dr Hasseenah - RM58
Step kedua lepas cuci muka waktu malam.
Pakai acne serum 10mins then bilas.
3/ Galderma - Benzac AC5 - RM45
Waktu malam, lepas bilas acne serum, pakai Benzac AC5.
Lepas 10mins, bilas lagi.
4/ Tidact Antibiotic Gel - RM45
Lepas bilas Benzac, kita pakai pulak Tidact ni then baru lah boleh tidur :)
5/ Multivitamin & Chelated Mineral
Selain daripada ubat sapu, ada juga ubat makan untuk rawat sistem dalaman kita.
6/ Lightening Sunblock with SPF40 + Formula Dr Hasseenah - RM98
Btw ni cam trial je. Kalau sunblock yg RM98 tu dia besar.
Apply tiap kali bebila je sebab doc kata sunblock ni memang penting sgtsgt!
And sunblock ni memang best sesgt! Dia water base and lama lama dia buat kulit kita kurang berminyak.
7/ KISS - Mineral Makeup - Mineral Foundation Powder - RM162
This is optional. Kalau duduk rumah je memang Nad takkan beli ni. Tapi Nad nak kena pergi class semua and tak sanggup nak keluar naked face so I bought this. Colour dia sangat natural, blend dengan kulit cantik sgt. Ada coverage jugak. 100% free from chemical.
And the last part harga yang pergi dibayar untuk first appointment. Well, just in case ada yang berminat nak pergi klinik ni and korang berkira kira nak bawak berapa ratus. This is the range. First appointment bawak bawah RM500. Second appointment harga tak mahal sgt dah cam first appointment, trust me :) And produk doctor memang ada keberkesanan sendiri. Appointment seterusnya dalam 2 minggu akan datang. Next entry will be -> 2nd Appointment di Klinik dr Hasseenah.