Quantcast
Channel: Nadratul Syazwana
Viewing all articles
Browse latest Browse all 358

Punca Laptop Cepat Panas dan Rosak!

$
0
0

Assalamualaikum Hai.

Huhuhu nak update cerita sedih T_T Okay apa punca laptop cepat rosak!? Eee benci betul, pelaburan besar kot nak tukar laptop baru hahaha. So I started Google-ing everything up and nahhh hahaha laptop Nad mungkin dah nazak ye. Tapi tak apa, kita guna je sampai akhir hayat dia mampu bertahan.

Nad ada jugak terfikir nak beli laptop lain haha tapi laptop ni baru je berusia 4 tahun 1 bulan so Nad rasa dia still mampu tahan sampai 2 ke 3 tahun lagi kot kan? So mari kita berangan dulu sambil kumpul duit hahaha. Berangan la selama bertahun tahun ye.

 

Punca Laptop Cepat Panas dan Rosak! T_T

1) Penggunaan Laptop yang Terlalu Lama

Laptop juga ada had had tertentu yang dia mampu bekerja. Biasanya untuk sesebuah laptop mampu bekerja up to 8 hours only. Tapi biasalah, kadang kita kalau dah menghadap laptop main games atau buat assignments semua tu bukannya perasan dah on laptop lama gitu kan. Bila dah lama sangat guna laptop pun makin panas. So sebaiknya turned off dulu laptop dalam 30 minit sebelum sambung untuk buat kerja lain.

2) Laptop Diletak di Tempat tak Sepatutnya

Okay ini normal T_T Ini habit T_T Bila on laptop selalu nak on dekat tempat yang terlebih selesa iaitu katil! T_T Pastu dah la tak pakai cooling pad! Bijak benar ye. Sememangnya tidak elok dan ini juga punca laptop cepat rosak. Tak kira lah katil ke bantal tapi ia akan buat laptop lebih cepat panas dan pengudaraan tersumbat. Lagipun katil kan kekadang tak berapa rata so nanti laptop dapat serap habuk dan block pengudaraan.

3) Kipas Tidak Berfungsi

Laptop Nad ni baru on berapa minit pun dah boleh dengar bunyi haba tu. Takyah dekatkan telinga pun memang da boleh dengar lah. Itu tanda kipas laptop anda rosak. Rasa bisingggg sangat! Sebabnya haba dekat dalam laptop tak dapat nak dikeluarkan. Nad syak memang kipas dalam laptop ni dah lama rosak dah. Tapi laptop Nad jenis takleh keluar battery so Nad pun taktau nak kena buat camne dengan laptop ni.

4) Pengudaraan Tersumbat

Kalau korang perasan dekat tepi atau belakang latop korang kan ada macam lubang lubang tu kan. Yang selain lubang speaker hahaha. Haba dari dalam laptop juga keluar masuk lalu lubang tu. Kekadang tu sekeliling kita ni kotor sangat sampai block pengudaraan so haba takleh nak keluar. Laptop pun jadi semakin cepat panas dan rosak. Okay yang ni Nad baru tau haha.


Okay sah laptop Nad dah rosak teruk! Haha kalau repair pun mungkin mahal ni? Okokok dah boleh start kumpul duit untuk laptop yang akan datang hahaha. Tolonglah bertahan selama yang mungkin ye Sony :* (Laptop idaman terus terbayang dalam kepala)


Viewing all articles
Browse latest Browse all 358