Assalamualaikum Hai.
Deepwater Horizon. So last 2 weeks sebenarnya Nad ada lah bercuti sikit dekat Ipoh hehehe. Pastu macam dah boring gila pergi lah dekat Ipoh Parade tu and marathon dalam dua movies. And this is the first choice. Nad memang teringin dah time tu nak tengok cerita ni. Nasib memang best gilerrrr. Rata rata tengok orang rate agak tinggi.
Sinopsis Deepwater Horizon
Mengisahkan tentang sebuah kapal di tengah laut yang mengepam minyak dari bawah tanah. Kira macam company besar lah. Nama kapal tu Deepwater Horizon. And disebabkan ketua anak-anak kapal ni nak jimat kos, cement test apa tah diorang tak jalankan. Konon nak cut cost lah kan. And then dia punya supervisor ke apa macam berkeras kena jugak buat.
Bila diorang buat tests tu sendiri, memang nampak tak stabil. Asyik ada isyarat "warning" je muncul. Tapi, physically takde effect lagi. So ketua dia tu berkeras nak jugak teruskan gali minyak even dah dapat warning. Dia kata machine tu dah rosak lah tak betul lah. So, proceed. Aktiviti gali minyak diteruskan.
Tiba-tiba, jeng jenggg!! Haha. Ada anak kapal ni macam nampak ada minyak dah start bocor. Tak sempat nak bagi warning dekat kawan-kawan dia, habis minyak tu bufffffff jadi macam air pancut tapi dengan speed yang sangat laju. Habis diorang semua tercampak jauh and finally cermin pun nak pecah.
Makin lama makin critical sampai kapal semua habis terbakar. Fully fired. Diorang try buat bermacam solution, shut down machine and all. Tapi semuanya gagal. Last choice diorang terpaksa naik kapal kecil untuk selamatkan diri. Tapi dalam kejadian ni memang ramai yang mati. And this is real story guys.
Duration : 1hr 47mins
Genre : Thriller
Rating : 9.5/10



Ramai yang cakap cerita Deepwater Horizon ni sedih. In fact, memang sedih pun huhu. Tapi, Nad punya sedih takdelah sampai tahap menangis kot. Ni ada yang sampai menangis nangis tau. Dasyat penangan cerita ni. Maybe sebab ni real story kot. At the end of the movie tu, diorang buat penghargaan untuk anak-anak kapal ni semua.
A must watch movie :)