Quantcast
Channel: Nadratul Syazwana
Viewing all articles
Browse latest Browse all 358

Ringkasan Intipati Bajet 2017

$
0
0

Assalamualaikum Hai.

Bajet 2017. Walaupun Nad masih belajar lagi, tapi nak ambil tahu jugak pasal Bajet 2017 ni. Ceh ceh, sejak mula menabung sikit sikit ni kan banyak lah benda nak kena start bajet haaa. Kalau tak memang tak perasan berapa banyak tah pembaziran yang dah berlaku. Astaghfirullah. RIP to all the money i wasted. Memang agak kecoh pasal Bajet 2017 ni siap lecturer pun suruh kitorang tengok hahaha.

Intipati Budget 2017

So now, Nad nak list kan sikit Bajet 2017 yang agak agak terkait dengan student. Sebenarnya ada banyakkkkk sangat, so ni Nad ringkaskan ye..

1) Menaikkan kadar BR1M.
    Bujang yang berpendapatan RM2,000 ke bawah, BR1M dari RM400 (2016) ke RM450 (2017)

2) Meningkatkan kebolehpasaran graduan
    Meluaskan program SL1M untuk 20,000 graduan (RM50 juta)

3) Peruntukan kepada 20 universiti awam (RM7.4 bilion)

4) Menggantikan baucar buku kepada kad debit pelajar untuk membeli buku, alat tulis, alatan komputer dan akses internet dari RM250 (2016) kepada RM300 (2017)

5) Meneruskan pemberian biasiswa melalui JPA, MARA, KPT, KKM, KPM, KSM dan KBS (RM4.3 bilion)

6) Diskaun kepada peminjam PTPTN untuk membuat bayaran balik bermula 22 October 2016 sehingga 31 Disember 2017
     - 15% untuk full payment
     - 10 % untuk bayaran yang sekurang-kurangnya half dari baki hutang
     - 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau direct debit mengikut jadual

7) Menambah kekerapan perkhidmatan ETS (RM1.1 bilion)

8) Peningkatan kelajuan jalur lebar ethernet di universiti awam kepada maximum 100GB/sec


Hahahah. After all, Nad dah baca semua pasal Bajet 2017, ni jelah yang Nad rasa berguna untuk kita as a student ni. Yang lain lain tuuu, ada lah jugak kot tapi Nad tak sempat nak mendalami hahaha. So dah boleh plan slow slow lah kad debit pelajar tu nak guna untuk beli ada. Tak mampu nak comment lebih lebih :B



Viewing all articles
Browse latest Browse all 358