Quantcast
Channel: Nadratul Syazwana
Viewing all articles
Browse latest Browse all 358

6 Website Yang Wajib Anda Lawati

$
0
0

Assalamualaikum Hai.
Image result for blog website word

Kalau perasan, makin lama makin banyak lambakan website atau blog yang wujud. Setiap hari ada je blog blog baru yang dicipta buat tatapan pembaca. Pada tahun 2014 sahaja, terdapat lebih kurang 1 billion website dan blog. Haaaa terkejut tak? Memang banyak kan. Bila dah banyak sangat website yang wujud, mesti susah nak cari website yang berguna untuk kita kan. Lebih banyak pesaing gitu, lebih banyak pilihan and sampai korang pun confuse mana satu website yang betul betul berguna kalau nak cari certain info ni.

So sekarang, Nad nak share 6 website atau blog dalam Malaysia yang sangat berguna tetapi ramai yang taktahu akan kewujudannya. Serious memang banyak manfaat yang ada dalam blog blog ni. Lagipun senang bila dah tahu tajuk carian automatic terus okay blog sekian sekian ada info ni semua.

1) Jawatan Kosong

Okay Nad dah pernah cerita pasal website ni dekat entry ini okay. Laman web ni sediakan lebih 10,000 iklan jawatan kosong sektor awam yang khusus dekat Malaysia ni. And mostly semuanya peluang-peluang pekerjaan baru. So in shaa Allah da rezeki boleh dapat punya. Pelbagai info dan isu semasa pun ada ye.

2) Jawatan Kosong Kerajaan

JawatanKosong.co ni pula lebih fokus kepada yang mencari jawatan kosong dalam sektor kerajaan yang pastinya lebih terjamin dan gaji yang lebih lumayan hehe (Well depends on your grade). Tapi tak semua benda senang. Kalau jawatan kerajaan ni confirm banyak saingan. Namun, kalau betul berkelayakan dan ada experience (advantage) in shaa Allah boleh.

3) Kerja Kosong

KerjaKosong.co ni pula merupakan portal pekerjaan yang menghubungkan majikan dengan pekerja. Di sini, majikan boleh submit and publish tawaran kerja kosong terus kepada mereka yang berminat. Sesuai sangat buat majikan-majikan yang sedang memerlukan pekerja, boleh bookmark terus lah page ni. Blast peluang pekerjaan banyak-banyak kepada mereka yang berminat dan berkelayakan.

4) Saps Ibu Bapa

Okay disebabkan Nad masih ada adik sekolah rendah and menengah, so Nad memang tahu kewujudan website ni hahahah. Laman web ni berguna sangat sangat tau buat ibu bapa hahahha. Ia adala laman web buat ibu bapa untuk menyemak keputusan peperiksaan anak-anak.So beware! Tak perlu rahsiakan result, sebab parents zaman sekarang boleh access dari hujung jari je. Cuma perlu isikan nama penuh dan nombor pengenalan anak anda. Laman web ini telah dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

5) APDM


Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) adalah laman web khas buat para cikgu untuk mengisi data-data anak murid seperti kehadiran,mata pelajaran dan lain-lain. Sistem ini juga telah dibangunkan oleh KPM demi memajukan sistem pendidikan sekolah wuhoo.

6) Hrmis2

Human Resource Management Information System (HRMIS) merupakan aplikasi yang boleh digunakan oleh setiap penjawat awam untuk permohonan cuti ataupun mengemaskini maklumat peribadi dari semasa ke semasa. Sangat berguna buat semua penjawat awam ye. Dah tak perlu apply cuti secara manual, semuanya dalam sistem je. 


Nad harap sangat entry pendek tentang 6 website yang sangat berguna ni dapat membantu mereka yang sedang mencari pekerjaan, ibu bapa, para guru dan penjawat awam yang lain. Sama-sama lah kita memanfaatkan kemudahan yang dah disediakan depan mata ni. Kalau sebelum ni mungkin taktahu, tapi sekarang dah tau kan? So dah boleh la guna kemudahan ni ye. Sebar-sebarkan untuk bantu yang lain :)


Viewing all articles
Browse latest Browse all 358