Quantcast
Channel: Nadratul Syazwana
Viewing all articles
Browse latest Browse all 358

Pelancaran Album Wangikanlah Hatimu bersama Noraniza Idris dan Tyka

$
0
0
Assalamualaikum Hai.


Pelancaran Album Wangikanlah Hatimu. Siapa tak kenal dengan Noraniza Idris yang sememangnya sudah lama bertapak dalam bidang nyanyian? Siapa tak kenal dengan Tyka yang merupakan juara Irama Malaysia 3 Juara? Kalau diorang bergabung, ha wow! 🎉 Memang meletop. 

Antara jemputan yang hadir pada hari pelancaran adalah Zed Zaidi, Dato M. Nasir, Pak Ngah, Dato DJ Dave dan ramai lagi. Memang meriah. Kehadiran artis-artis seni ni tak lain tak bukan adalah untuk menyokong lagu yang ber genre pop etnik dan tradisional ini #saveiramaMalaysia



Majlis dimulakan dengan persembahan tarian daripada penari kebudayaan; Penari Sanggar Budaya. Disusuli dengan persembahan hebat dan mantap dari Noraniza Idris & Tyka 3 Juara. Suara diorang, fuhhh. Memukau! Terhibur betul penonton-penonton yang hadir. Oh selain tu, lagu ini juga bakal dipasarkan terus menerusi aplikasi iTunes Store, Spotify, Joox dan banyak lagi. 



Kempen #saveiramaMalaysia turut dilancarkan semasa hari pelancaran album Wangikanlah Hatimu pada 21 Februari 2017 yang lalu. Kempen ini bertujuan untuk mendukung irama Malaysia dalam industri muzik. Kempen ini akan terus berjalan dan akan berakhir pada 31 Ogos 2017. 


Siri jelajah kempen #saveiramaMalaysia

9-13 Mac : Pahang, Kelantan, Terengganu
22-24 Mac : Perak, Selangor
15-18 April : Penang, Kedah, Perlis
28-30 April : Sarawak
4-7 May : Johor, Melaka, Negeri Sembilan
12-15 May : Sabah


Lirik lagi Wangikanlah Hatimu 💘💘

P/s : Jangan lupa dapatkan album Wangikanlah Hatimu tau! 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 358