Assalamualaikum Hai.
Ice Cafe, Georgetown. Haritu dok la dapat gambar-gambar orang share kononnya Ice Cafe yang terletak di Georgetown. Kita pun tau Georgetown dah dekat sibuk lah nak singgah. Lepas habis je kelas terus siap-siap nak pergi tengok apa je ada kat Ice Cafe yang diviralkan tu. Cari punya cari memang kecik je pintu masuk dia. Kalau tak tengok betul-betul memang terlepas. Cafe ni terletak di bahagian atas kedai ya.
Tangga nak masuk ke cafe. Getting colder!☃
Masuk-masuk je korang memang akan terus ada dekat ruangan santai untuk bergambar. Then masuk ke dalam sikit baru lah jumpa dia punya cafe. Quite weird sebab siap ada stick 'cannot take photos unless for Ice Cafe's customer'. Habis dah kalau masuk-masuk terus jumpa ruangan bergambar bukan dia tahu kita ni customer ke tak ye tak? Lagipun memang ramai sangat yang keluar masuk. Agak padat walaupun Nad pergi hari Isnin. Mungkin sebab masih baru kan, so ramai yang nak cuba.
Menu dessert di Ice Cafe
Agak mahal bagi Nad compared dengan harga di luar. Tapi hehe dah kalau surrounding kita ice, mestilah nak try jugak kann. And yes, menu dia memang semua dessert je. Air, kek, ais krim dan buah-buahan. Tak banyak menu yang boleh disajikan dengan keadaan yang agak sejuk kan. And Nad just order 2 desserts je.
Mango Snowflake
Ice Bowl Kiwi + Grape Snowflake
Apa yang special tentang menu ni? Dah nak habis makan baru Nad perasan hahahah. Bowl untuk isi snowflake tu diperbuat daripada ais. So lambat lah untuk flake mencair sebab ais tu tolong beku kan dia. Boleh makan dengan tenang.
Mango Snowflake
Macam yang korang sendiri tengok, snowflake ni termasuk dengan ais krim sekali. Ais krim mangga; sedap. Buah mangga pun fresh dan manis dan sedap. Sedikit keras sebab yelah, letak dekat ais kan. Memang keras sikit. Keras yang sedap.
Decoration!
What's make a cafe unique? Of course dari segi makanan dan decoration dia. Setiap cafe memang akan ada konsep yang berlainan dan unik bagi menarik pelanggan. Untuk cafe ni, almost 100% eh ke memang 100% ais. Rasanya memang 100% ais lah. Sejuk lain macam. Kalau yang tak tahan sejuk tu lebih baik pakai baju tebal sikit 😂
Kalau musim salji mesti wajib ada snowman dan rumah igloo kan. Yayyy. Boleh jumpa giant snowman dan first time Nad dapat masuk rumah igloo 😋 Dalam rumah igloo tu siap boleh konon-konon macam tengah bakar ikan. Teringat cerita cartoon Pingu. Memang sama lah keadaan sebenar pun. Boleh jugak buat-buat macam kita dah beku dalam ais, ada katil ais dan bermacam lagi lah. Janji korang pandai bergaya dekat setiap ais-ais yang disediakan.
Partner in crime 💕
Pintu masuk dan keluar yang sama. Korang kalau dah lalu sini, jangan confuse. Korang masuk ke cafe yang betul lah tu. Nad masa memula confuse sampai keluar balik. Then dah tanya pekerja dia kat luar baru yakin dan masuk balik semula.
Ice Cafe, Georgetown
Facebook : Ice Cafe
Business Hour : Everyday 10.30am to 10.30pm
Address : 193, Lebuh Victoria, Penang