Assalamualaikum Hai.
Thai Paradise. Bila kali terakhir korang belai-belai badan? Manjakan diri? Urut untuk legakan sendi-sendi selepas seharian sibuk bekerja? Nad memang dah lama sangat tak urut badan Nad ni. Kalau nak diikutkan, kali terakhir adalah dalam 5-6 tahun yang lepas. Baru-baru ni Nad berpeluang untuk cuba urutan tradisional Thailand di Pacific Regency Hotel Suites, Kuala Lumpur. Hotel ni betul-betul terletak di belakang Menara KL dan berhampiran dengan Shangri-La Hotel.
Untuk spa di sini, ada dalam 5 bilik dengan tujuan yang berlainan. Suasana dalam spa sangat aman, damai dan tenang. Bila kita sampai je, diorang akan hidangkan kita dengan teh halia. Kemudian baru lah sesi urutan dijalankan. Waktu urut tu, diorang akan pasang slow music. Memang tenang sangat rasa.
Apa yang membezakan urutan tradisional Thailand dengan urutan biasa yang lain? Urutan tradisional Thailand ni menggabungkan teknik akupuntur dan posisi yoga. Kebiasaannya urutan ini tidak menggunakan minyak (can request if you want) dan yang paling best tak perlu buka baju! Mereka akan beri kita sepersalinan baju dan seluar, kemudian dah boleh terus urut. So untuk perempuan terutama Muslim, tak perlu risau ye. Urutan hanya dilakukan dari luar pakaian dan semua pekerja mereka adalah perempuan.
Urutan tradisional Thailand ni pastinya import 100% masyarakat Thailand untuk mengurut. Dan apa yang Nad paling suka adalah stamina dan kekuatan diorang. Untuk package ni, Nad ambil full body package (dari kaki hingga kepala) selama 1 jam. Tapi stamina diorang tetap maintain, takde nampak macam penat pun. Dan kekuatan tu sama je dari mula hingga akhir.
Rupanya, pekerja ni sudah berpengalaman dalam bidang urutan selama 25 tahun. No wonder lah urutan dia sangat best! Untuk sesi full body massage yang Nad ambil ni, dia mulakan urutan dari kaki sehingga ke kepala. Yang kelakarnya, Nad cuba kira berapa banyak kali tulang Nad berbunyi. Korang tau kan bunyi kepuasan bila orang urut kita, tulang berbunyi rasa lega sangat. Tapi Nad berhenti kira pada kiraan 15 sebab banyak sangat so i lost count 😂 Selama sejam tu memang banyak sangat teknik urutan yang dia buat. Terlalu best dan puas sampai tak sedar sejam dah pun berlalu. Rasa fresh sangat lepastu.
Bilik-bilik urutan di spa Thai Paradise
Diorang juga ada buat produk sendiri yang diimport khas dari Thailand. Kandungan yang digunakan semuanya bersifat natural so tak perlu risau. Selain daripada full body massage, Thai Paradise juga menawarkan perkhidmatan lain seperti aromatherapy massage, deep tissue massage, hot oil massage, hot stone massage dan total indulgence massage. Senarai harga dan tempoh masa Nad sertakan dekat bawah ni yee.
Senarai perkhidmatan dan harga di Thai Paradise
Untuk discount sebanyak RM50 korang boleh gunakan code "lovenadratul"💛
Thai Paradise Traditional Thai Massage
Address : Level 9, Pacific Regency Hotel Suites, KH Tower Jalan Puncak Off Jalan P. Ramlee, 50250, Kuala Lumpur
Operating hours : Setiap hari dari 11.45am hingga 11.45pm
No tel : 03-2020 1805
Instagram : @spathaiparadise
Website : www.thaiparadise.com.my