Assalamualaikum Hai.
Address : Kellie's Castle, Jalan Gopeng, Batu Gajah, 31000, Batu Gajah, Perak
Operating hours : Setiap hari dari 9am hingga 6pm
No tel : 05-365 1336
Kellie's Castle, Ipoh, Perak. Taktau kenapa rasa macam jealous bila tengok orang lain pergi bangunan-bangunan bersejarah dekat Malaysia ni. Nad ni memang banyak sangat lagi tempat yang tak pernah pergi di Malaysia. So Nad tertarik untuk pergi Kellie's Castle waktu berkunjung ke Perak. Kalau tengok bangunan asal Kellie's Castle sebelum diubahsuai untuk dijadikan tarikan tempat pelancongan, memang agak menakutkan juga.
Tengok dari jauh memang cantik. Rupanya, ada kisah di sebalik pembinaan Kellie's Castle ni. Istana ni dibina oleh William Kellie Smith untuk isterinya, Agnes atas dasar cinta dan sayang. Kiranya macam kisah pembinaan Taj Mahal oleh Shah Jehan buat isterinya. William membawa isterinya dari Scotland untuk bersama-sama tinggal di Malaysia.
Harga tiket masuk untuk dewasa adalah RM5, RM3 untuk kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun dna RM4 untuk warga emas berusia lebih 60 tahun. Buat pengunjung dari luar negara pula, harga tiket masuk adalah sebanyak RM10 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak. Waktu Nad pergi ni, cuaca memang agak panas terik. Jarak dari parking kereta untuk ke istana juga agak jauh, perlu merentas jambatan dan naik tangga.
Kalau perasan, bangunan Kellie's Castle ni ada ciri-ciri binaan yang berunsur dari Scotland, Moorish dan India. Bukan sahaja kebanyakan bahan binaan seperti batu-bata diimport khas dari India, malah tenaga pekerja mahir juga diimport dari negara sana. Bahagian dinding istana ni juga agak tebal untuk melindungi Agnes dan anak mereka dari cuaca panas di Malaysia dan bagi memudahkan Agnes menyesuaikan diri selepas berpindah dari Scotland. Koridor pula diadakan bagi memastikan pengudaraan yang baik.
Laluan yang dikatakan kadang nampak bayangan William berjalan di sini 😅
Di bahagian rooftop Kellie's Castle.
Betapa gah nya Kellie's Castle ni kalau pembinaannya diteruskan dan tidak hanya separuh jalan dengan binaan sebanyak 14 buah bilik. Bangunan ini juga siap design dengan lif dan indoor tennis court tapi akhirnya terbengkalai. Kalau Kellie's Castle siap dibina, ia seharusnya menjadi bangunan pertama di Malaysia yang menggunakan lif.
Kellie's Castle akhirnya dijual kepada Syarikat Harrisons and Crosfield termasuk ladang-ladang milik William. Namun, syarikat berkenaan tidak berminat dengan pembinaan Kellie's Castle lalu pembinaannya dihentikan pada 1926.
Nad pun tak sangka Nad pergi bangunan-bangunan bersejarah ni hahah. Tapi overall, agak panas terik dan jalan jauh. So sebaiknya bawa lah payung. Waktu dekat entrance tu, ada dia tampal sejarah Kellie's Castle, so kalau berminat boleh je baca sejarah dari situ.
Kellie's Castle
Address : Kellie's Castle, Jalan Gopeng, Batu Gajah, 31000, Batu Gajah, Perak
Operating hours : Setiap hari dari 9am hingga 6pm
No tel : 05-365 1336