Assalamualaikum Hai.
Wonderfood Museum, Georgetown, Penang! Antara tarikan yang dah lama ada di Penang tapi Nad baru nak pergi. Banyak kali dah nampak orang pos kat social media, dan akhirnya sebelum Nad habis study dan jarang ada kat Penang, Nad try lah pergi. Excited sangat nak pergi Wonderfood Museum sampai terlupa nak amik gambar depan museum bila dah sampai tu 😂
Memang syurga makanan betul. Semua nampak sangat real kan? Tapi sebenarnya tak real pun. Bila kita mula-mula masuk Wonderfood Museum ni, diorang akan display makanan-makanan yang famous di Penang seperti laksa, nasi kandar dan lain-lain beserta dengan nama sekali. Agak terpukau sebab memang menarik dan 100% nampak real.
Peranakan/Nyonya Food
Makanan tradisional yang bermula dari masyarakat awal Cina dari Penang, Melaka, Singapura dan Indonesia dan berkahwin dengan penduduk Melayu (campuran Melayu, Cina dan pengaruh lain). I can see my favourite there. Mostly kuih-kuih tradisional yang dijual di gerai pagi. Ada kuih seri muka, karipap, kuih lapis yang dah memang sebati dengan kehidupan kita.
Bila kita masuk ke dalam lagi, ada display makanan masyarakat Melayu, Cina dan India. Oh dan semestinya ada display makan FAMOUS di Penang iaitu nasi kandar. Wajib lah ada kan. Sesiapa pun kalau datang Penang mesti akan pergi restoran nasi kandar, walaupun terpaksa beratur sampai ke luar restoran. Demi nasi kandar, semua sanggup.
Keadaan biasa suasana kedai makan di Malaysia
Kemudian, akan sampai ke satu section yang memaparkan kalau makanan tu colour black & white, makanan colourful dan makanan basi. Memang menarik bagi Nad. Seronok dan comel je tengok makanan warna ceria camni. Tapi nak makan tak boleh. Macam mana lah boleh ada imaginasi camni eh? Staff diorang pun very helpful, akan tolong amik gambar dan bagi idea how to pose so no worries.
"People who love food are always the best people" - Julia Child
And then, kita pun naik bahagian tingkat atas Wonderfood Museum. Akan ada display macam mana cara nasi kandar dijual pada zaman dulu. And suasana zaman dulu lah. Memang menarik bagi Nad, jauh beza cara penjualan makanan zaman dulu dengan sekarang ye. Sangat jauh beza. Penjual akan usung makanan tu dekat bahu, then bila ada customer, box yang diusung tu akan dijadikan meja and makan je dekatsitu. Macam best kann.
Giant roti canai
Giant durian, giant mangosteen
Dan ada baaaaanyak lagi lah background sebenarnya. Nanti kalau Nad post semua gambar macam tak best pulak kan. Esok-esok pergi semua dah familiar, dah pernah tengok hahah. Tapi yang best nya tempat ni, apa yang Nad perasan laa, dia akan update lah dari semasa ke semasa sebarang background atau display. Sebab ada Nad tengok post yang dah lama, tapi bila Nad pergi takde pulak display tu. Maybe next time kalau pergi lagi, akan ada penambahan lain dekat tempat ni.
Harga Tiket Wonderfood Museum
Dewasa (With MyKad) = RM15
Kanak-kanak (With MyKid) = RM10
Student (With student card) = RM10
Warga emas (60 tahun ke atas) = RM10
Kanak-kanak bawah 3 tahun FREE
Waktu Nad pergi ni, Nad tak habis belajar lagi. Sepatutnya boleh dapat harga RM10, tapi biasalah 😌 Time student card ni diperlukan biasanya time tu lah dia nak hilang nak tertinggal nak eish. So terpaksa lah Nad kena charge RM15 hahah.
Wonderfood Museum, Georgetown, Penang
Address : 49, Lebuh Pantai, Georgetown, 10300, Penang
Business hours : Open everyday (9am - 6pm)
No tel : 04-251 9095
Facebook : Wonderfood Museum
Instagram : @wonderfoodmuseum