Quantcast
Channel: Nadratul Syazwana
Viewing all articles
Browse latest Browse all 358

Cara Mudah Menyemak No Keahlian KWSP

$
0
0
Assalamualaikum Hai.

Cara Semak No Ahli KWSP. Sejak-sejak dah mula bekerja ni baru lah kalut nak ada no KWSP/EPF ni ye. Kononnya nak start keep track lah berapa banyak yang masuk setiap bulan. Sebelum ni waktu kerja dekat 99 Speedmart Nad dah pernah ada no KWSP ni. Lepastu 2 tahun setengah sambung degree, habis lupa dan tak ingat langsung pasal no KWSP. Baru-baru ni Nad start bekerja dalam construction industry. Baru lah nak cari balik no KWSP Nad kan. Berapa amount dalam tu ke apa langsung tak ingat dan tak ambil tahu.


So Nad start google macam mana nak dapatkan no KWSP Nad ni dengan cara yang paling mudah! Yela, siapa yang nak bersusah payah hanya untuk dapatkan no keahlian KWSP kan. Setakat ni yang Nad jumpa ada 3 cara kita boleh dapatkan no keahlian KWSP ni. Nad mulakan dengan cara yang paling tak mudah sekali ye.

Image result for kwsp

Kaunter KWSP.

Bagi Nad cara ni agak leceh sebab kita nak kena walk in sendiri ke kaunter KWSP tu. Ini memerlukan masa dan kos pengangkutan semua lah. Belum lagi nak kena mintak cuti atau rushing ke office KWSP disebabkan waktu kerja.

Kiosk KWSP.

Kiosk KWSP pun lebih kurang sama lah dengan kaunter KWSP. Nad kurang berkenan sebab memerlukan masa dan kos pengangkutan nak ke sana. Tapi, kiosk KWSP ni kadang ada dekat bank juga. Kalau ada bank berdekatan tempat anda yang mempunyai kisok, senang sikit lah.

Hubungi KWSP.

Selain daripada mengunjungi kaunter KWSP dan kiosk KWSP, cara yang paling mudah sekali adalah dengan menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000. Boleh call dari Isnin sampai Jumaat dari pukul 8 pagi hingga 6 petang. Nad mestilah guna cara yang paling mudah ni kan. Senang. Dekat office pun boleh call hahah. Nad call time tu dalam pukul 8.30 pagi dan laju je diorang angkat. Nad boleh cakap customer service KWSP memang terbaik! 💕 Pagi tu Nad call KWSP sebanyak dua kali. Dua-dua sopan dan sangat membantu. Sampai Nad tinggalkan positive feedback okay hahahah gigih betul.

Okay so bila kita call tu, diorang akan minta NO IC dan confirmkan details kita semua lah. Cakap je nak tau no kwsp kita. Nanti dia semakkan. Mudah kan? Tak sampai 5 minit dah boleh tau no KSWP kita. Kalini Nad save terus dalam phone senang nanti nak rujuk akan datang.

P/s : Biasalah excited baru start kerja kan 😂

Viewing all articles
Browse latest Browse all 358