Quantcast
Channel: Nadratul Syazwana
Viewing all articles
Browse latest Browse all 358

Pudore Fragrance Wangian Yang Memukau Setiap Pengguna

$
0
0
Assalamualaikum Hai.

Pudore Fragrance

Pudore Fragrance. Perfume adalah antara benda yang wajib kita pakai tak kira lelaki atau perempuan. Nad pun kalau nak ke mana-mana wajib pakai perfume. Even nak pergi kedai paling dekat dengan rumah pun kena pakai ye hahah. Rasa macam tak lengkap sangat kalau terlupa pakai perfume. Kadang tu sanggup patah balik semata-mata sebab nak sembur perfume. Nampak tak betapa wajibnya perfume ni? Bila dah sembur perfuma baru lah rasa sepenuhnya siap.

Pudore Fragrance

"You are never fully dressed without ME"- Pudore Fragrance

Kalau nak dihimpun semua perfume dekat bilik tu, rasa macam dah banyak sangat. Sampai boleh pilih harini nak bau camne, esok nak bau camne pulak. Sebab ada bermacam jenis bau kan. Baru-baru ni, Nad discover satu lagi brand perfume yang kini menjadi favourite Nad. Perfume yang Nad maksudkan tak lain tak bukan adalah Pudore Fragrance! Ala, yang dulu Mira Filzah jadi duta dia tuuu. Nad baru tau yang Pudore Fragrance ni adalah perfume inspired yang mana ia bagus sebab confirm pilihan bau dia semua tiptop high class punya.

Pudore Fragrance mengeluarkan perfume untuk lelaki dan perempuan juga. Antara perfume inspired perempuan yang Nad ingat Apple Blossom by The Body Shop, Bombshell by Victoria Secret, Midnight Fantasy by Britney Spears dan banyak lagi. Manakala, perfume lelaki antaranya 1Million by Paco Rabanne, Invictus by Paco Rabanne, Desire by Dolce & Gabanna dan banyak lagi. Dalam banyak-banyak pilihan ni agak-agak Nad pilih perfume apa? Hehehe.

Pudore Fragrance


Disebabkan Nad suka something soft and flowery and sweet and gentle, maka Nad pilih Flora by Gucci. Dalam masa yang sama, Nad juga nak try perfume yang happy and funky and fruity so Nad pilih Forbidden Rose by Avril Lavigne. Bijak tak? Kita pilih dua jenis perfume yang berlainan genre untuk disesuaikan mengikut majlis. Even banyak criteria yang Nad pilih untuk sesuatu perfume, tapi korang jangan risau sebab Pudore Fragrance ada bermacam jenis bau sehingga lebih 17 brand so boleh pilih ikut citarasa masing-masing.

Orang kata perfume ni boleh tahan sehingga 8 jam. So haritu Nad saja try test dulu pakai time nak keluar jalan-jalan. Nad pakai around pukul 11.30 am camtu dan sampai rumah dalam 8.30 pm. Alhamdulillah masih segar bugar wangi. Mungkin boleh tahan lebih lama sebab Nad bukan jenis yang kuat berpeluh. Lagipun keluar pergi mall je dan bukan terdedah bawah panas dalam jangka masa yang panjang. Maka, dapatlah bertahan sehingga 9 jam. In between tu kalau nak solat pun takde masalah sebab Pudore Fragrance ni halal.

Pudore Fragrance

Pudore Fragrance ni ada dua jenis tau. Okay Nad cerita dulu pasal yang botol besar okay. Yang besar ni volume dia 30 ml dan berharga RM59 sahaja. Yang besar ni elok kalau korang beli fragrance yang dah sememangnya bau favourite sebab botol besar ni boleh tahan untuk jangka masa yang lama. Macam Nad, pilih Pudore Fragrance Flora by Gucci sebab Nad memang suka bau-bauan bunga ni.

Pudore Fragrance

Manakala, botol kecil mempunyai volume sebanyak 10 ml dan berharga hanya serendah RM22. Yang ni sesuai kalau korang nak cuba fragrance yang baru korang nak cuba disebabkan volume yang kecil. Kalau nak beli yang dah favourite pun boleh je. Yang bestnya, ia praktikal dan mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Tiada lagi alasan untuk tertinggal perfume.

Terbaru yang Nad tahu, kita boleh order set dari Pudore fragrance ni untuk dijadikan hantaran majlis pertunangan atau perkahwinan. Package dapat sekali dengan exclusive box tau. Kalau taknak buat hantaran, nak ambil yang size kecil 2 ml buat jadi doorgift pun boleh. Menarik sangat kalau dapat doorgift perfume kan. Buat masa sekarang, Pudore Fragrance hanya dijual secara online sahaja tau. Kalau korang nak cari dekat mana-mana butik or kiosk ke memang dah tak ada. 100% jual by online so nak taknak memang kena beli online. Mudah kan, tunggu je kat rumah nanti perfume sampai hehe.

Pudore Fragrance

Bersama co-founcer Pudore Fragrance, Encik Raffiq.

Pudore Fragrance

Last but not least, my awkward pose for Pudore Fragrance 👻

Ingat tau, Pudore Fragrance ni hanya boleh didapati secara online sahaja. Alang-alang nak raya ni marilah kita berwangi-wangain hahah.

Facebook : PUDORE
Instagram : @pudorefragrance
Website : www.pudorefragrance.com


Viewing all articles
Browse latest Browse all 358