Salam Aidilfitri 1440H. Rasa cepat je masa berlalu untuk Ramadan kali ni. Tau-tau dah masuk Syawal. Even cuti sempena Hari Raya Aidilfitri pun dah habis, kini dah kembali bekerja semula. Awal-awal ni memang mood kerja pun semua habis kelaut, kena tunggu 2-3 dulu baru mood kerja datang balik hahah.
Apa yang special nya Ramadan dan Syawal kali ni? Special nya ialah ini merupakan Ramadan dan Syawal yang terakhir Nad sambut dengan status single, in shaa Allah. Tinggal lagi 2 minggu sahaja sebelum majlis dijalankan. Berdebar dan risau pulak rasa, takut ada apape yang terlepas pandang. Raya kali ni dapatlah beraya dengan tenang sikit sebelum tahun depan berebut nak balik kampung belah mana 😜
Tahun depan raya ke berapa baru dapat berkumpul camni eh? ❤
Even sebelum hari raya ni pun ada jugak tragedi baju raya yang terjadi. Haritu Nad terbagi baju colour hijau dekat tunang Nad. Sebab ibu kata baju tu nak buat as hantaran. Tapi rupanya ayah Nad nak jadikan tu baju raya. Maka 3 hari sebelum raya Nad gagahkan la diri jugak drive ke Seremban untuk ambil semula baju tu. Sebab Nad ada bagi 2 helai baju, so boleh pakai baju lagi satu as hantaran. Kalau ikutkan memang malas sangat la nak drive jauh-jauh semata demi ambil baju raya. Tapi memikirkan ini Syawal yang kali terakhir status single, dan dapat sambut sedondon dengan family, lebih baik Nad pergi ambil. Sebab tahun depan belum tentu sama kan (tapi hopefully sama la haha)
Raya kali ni Nad memang takde shopping apa langsung. Baju raya pun ada sehelai ni je. Sebab banyak pakai duit nak kawin kan, sudahnya Syawal kalini satu family kena puasa shopping raya hahaha. Tapi akhirnya, Alhamdulillah dapat la jugak sambut Aidilfitri sedondon warna hijau satu family.
Ni la baju hijau blink blink tu
Di kesempatan ini, Nad nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin buat yang mengenali diri ini. Maaf andai ada terkasar bahasa dan terguris hati tanpa disedari. Apa lagi dekat social media kan. Kadang kita tak sedar. Even tak sama pendapat pun mungkin ada yang terasa dari cara Nad nak menangkan pilihan Nad. Apa pun, mohon maaf ya dan Selamat Hari Raya!💚