Quantcast
Channel: Nadratul Syazwana
Viewing all articles
Browse latest Browse all 358

Movie Review : Child's Play 2019

$
0
0
Assalamualaikum Hai.

Child's Play. Amboi, bukan main banyak lagi horror movie yang sedang ditayangkan eh. Waktu nak tengok Child's Play ni pun, antara pilihan movie yang lain adalah Annabelle, dan lagi satu cerita horror Korea. Tapi at the end, timing Child's Play ni yang paling sesuai untuk kitorang tengok. Dah siap-siap tengok trailer dulu so tahu la juga jalan cerita sikit-sikit.

Kali terakhir tengok dulu pun movie Chucky lah. Itu pun waktu kecil-kecil dulu. Mesti dah banyak upgrade dan idea baru untuk movie yang terbaru ni. Dalam movie Child's Play ni pun, patung tu dah tak digelar dengan panggilan Chucky dah, kita panggil Buddi; kecil tapi kejam.
Image result for child's play

Sinopsis Child's Play

Cerita bermula apabila seorang ketua di kilang pembuatan anak patung Buddi memarahi pekerja dan memecatnya. Akibat kemarahan, pekerja tersebut yang sedang menyiapkan sebuah anak patung Buddi menggodam sistem anak patung tersebut dan menghilangkan sifat belas kasihan di dalamnya. Anak patung Buddi tersebut terjual di pasaran sama seperti patung-patung yang lain.

Karen Barclay, bersama anak lelakinya, Andy Barclay baru berpindah di sebuah bandar baharu. Karen bekerja sebagai cashier di sebuah pasaraya dan sedia tahu bahawa Buddi merupakan anak patung yang sedang terkenal dalam kalangan kanak-kanak. Suatu hari, seorang pelanggan memulangkan Buddi kerana beranggapan bahawa permainan itu rosak. Karen mengambil peluang itu untuk menghadiahkan Buddi tersebut kepada Andy.

Andy pastinya menerima Buddi dengan baik. Buddi menganggap Andy sebagai kawan baiknya. Buddi belajar dan suka meniru apa yang dia lihat berlaku di sekelilingnya. Namun lama kelamaan, Buddi semakin bersikap overprotective sehingga sanggup membunuh sesiapa yang mengganggu atau menyakiti hati Andy. 

Andy dan kawan-kawan yang lain berusaha untuk membunuh Buddi. Mampukah mereka berjaya?

Storyline : Storyline dari mula sampai pengakhiran cerita memang good. Kita tahu kenapa punca Buddi aggresive, kenapa dia rasa nak bunuh orang semua. Bagi Nad, ada juga selit rasa kasih sayang antara Andy dan Buddi. Sebab Buddi memang anggap Andy kawan baik dia sehingga dia jadi terlalu overprotective terhadap Andy.

Actor : Semua pelakon memang kena dengan character masing-masing. Dari segi graphic, segala pergerakan Buddi walaupun time dia aggresive, melompat sana-sini, bunuh orang semua, tapi pergerakan tu nampak smooth je. Takde pun jadi fake atau nampak tak masuk akal.

Highlight : Highlight cerita ni bila Andy dan kawan-kawan mengambil keputusan untuk bunuh Buddi. Dekat sini memang nampak scene kasih sayang tu, sampai Andy sendiri pun tak sanggup nak bunuh Buddi sehingga terpaksa dibunuh oleh kawan Andy. Buddi kalau waktu biasa diorang bermain ke apa memang baik, cuma waktu mata dia jadi merah tu dia kejam. Lagi satu highlight cerita, time polis anggap Andy yang bunuh mak polis tu. Walhal, Andy cuba menyembunyikan bukti pembunuhan yang Buddi lakukan. Sebab yela, siapa nak percaya anak patung mampu bunuh orang kan.

Image result for child's play 2019

Image result for child's play 2019

Image result for child's play 2019

Child's Play 2019

Director : Lars Klevberg
Genre : Thriller / Slasher
Duration : 2 hours
Rating : 7.5 / 10


Viewing all articles
Browse latest Browse all 358