Assalamualaikum Hi.
Yayyy. Baca tajuk je pun dah boleh rasa happy kan. Well, siapa je yang tak happy menang contest oi. So bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang lepas, Althea ada menganjurkan contest : Althea Eid Contest. Contest ni kalau nak diikutkan memang quite simple. Hanya perlu nyatakan di ruangan comment, A'bloom mask manakah yang menjadi favourite korang. Kebetulan Nad memang dah pernah pakai keempat-empat jenis mask tu, so boleh la pilih yang mana satu favourite Nad. Kalau nak tengok list penuh pemenang boleh tengok dekat blog Althea.
Happy tak terkata bila Nad diumumkan sebagai salah seorang pemenang utama yang mendapat hadiah 50USD Althea Reward Points. 50USD ni bila convert bersamaan dengan RM208! Nad pun boleh dikatakan sudah agak lama tak shopping di Althea. Selalu masuk dekat website Althea pun hanya mampu 'add to cart' je, cuci-cuci mata orang kata hehe 😜 Nak tunggu kita checkout tu memang fikir banyak kali. Geram je bila tengok Althea selalu update products baru yang best-best. Membuak-buak perasaan nak membeli ni. So, untuk memilih produk yang keseluruhannya bernilai RM208 ni memang mudah sangat la bagi Nad sebab dah banyak wishlist yang ada dalam kepala.
KOELF Ruby & Bulgarian Rose Eye Patch | 60 pcs | RM 40
Teringin sangat nak beli eye patch ni waktu mula-mula nampak instafamous @cilibling pakai before start make up. Lepastu tengok ramai kawan blogger pun dah start review product ni. Baca review dekat website pulak, tak jumpa negative feedback ui. Semua memang nak puji je product ni. Fuh, makin teringin la kita nak beli kan. Bukan apa, rasa macam lagi fresh kalau pakai eye patch - make up - remove eye patch. Lagipun kalau beli sebekas macamni lebih jimat, ada 60 pcs. Berbanding beli yang di packing secara satu-satu tu, sepasang je dah RM4-5. Lagipun, eye patch ni pakai sekali je lepastu terus buang. Tapi itulah, Nad ni boleh tahan jugak bersiap last minute tu. Entah sempat ke tak nak tepek eye patch ni hahaha.
Heimish All Clean Balm | 120 ml | RM 70
Ini pun dah lama ada dalam wishlist eheheh. Haritu Nad beli Kayman coal face soap dekat Shopee, ada dapat freegift Heimish All Clean Balm ni yang tester punya. Ala kecik comel je dia dalam 4g macamtu, setakat nak cuba try dalam 2-3 kali pakai boleh la. Memang saja beli dekat seller tu sebab nak try balm ni. Sekali dah try memang best lah, amaze dengan texture dia. First time try make up remover yang jenis balm and memang Nad suka! Finally dapat beli yang besar punya.
Elizavecca Skin Liar Primer | 30 ml | RM 30
Product yang ni actually Nad tak pernah dengar pun brand dia. Cuma kebetulan Nad memang tengah mencari primer ni, dan nak habiskan baki points yang ada. Kiranya kalau tak ada pun takpe la. Sebab daily make up tak pernah pulak Nad nak pakai primer ni sekali kan. Lepastu tengok semua primer yang available dekat Althea, Nad tertarik dengan product yang ni. Baca review dekat website tu macam nice. Harga pun berpatutan. So Nad saja lah nak try. Lagipun korang tengok lah packaging dia tu, comel gila packaging tema game 😩
Etude House My Lash Serum | 9 g | RM 20
Yang ni pun kira product dalam category mengada-ngada lah saja nak cuba try je heheh. Yela bulu mata kita pendek, halus-halus pulaktu kan. Dah la mata sepet, rasa macam ada takde je bulu mata ni hahaha. Memang sesuai sangatlah pakai serum camni, patutnya dari zaman muda-mudi dulu nak kena pakai dah. Senang at least dah tua ni bulu mata dah panjang hahah. Dah lama jugak Nad teringin nak beli tapi selama ni usha dekat Instagram je. Tak sure kira trusted ke tak, lebih mahal pulak tu. Jumpa pulak brand Etude House and harga murah, terus lah kita masuk cart laju-laju.
Highlighter Brush | RM 20
Base Shadow Brush | RM 18
Blending Shadow Brush | RM 8
Brushes ni pun saja-saja je beli. Untuk tambah collections kan. Biasalah jadi perempuan ni, lagi banyak brush yang kita ada, lagi banyak options kita ada time nak make up tu. Boleh pilih-pilih je hehe. Tapi kalau tak reti nak guna tak function jugak kan hahah.
Okay! Overall, semua yang Nad beli ni berharga RM206. Fuh hebst tak sis, kurang RM2 je. So Nad tak perlu tambah duit apape. Yayyy. Thank you so much Althea! ♥️ In shaa Allah Nad akan cuba buat review untuk semua produk ni. Nad sendiri pun memang tak sabar lah nak try produk-produk ni. Lagi-lagi yang memang dah lama ada dalam wishlist Nad. Excited! Cuma sekarang masih dalam mood berpindah randah ikut husband kerja, susah nak angkut banyak sangat barang. Nad ni dah la pelupa, kang duk bawak sana sini, hilang pun tak perasan. Kalau minggu depan dah settle down ada dekat rumah je senang sikit nak review ni kan.
Kalau rajin korang follow lah juga Facebook Athea ni. Kerap juga diorang buat giveaway / contest. Untung-untung boleh menang juga kan hehe.