Quantcast
Channel: Nadratul Syazwana
Viewing all articles
Browse latest Browse all 358

Step Up All In

$
0
0

Assalamualaikum Hai.



To be honest cerita ni memang dah lama gila kan? Tapi apa mampu buat, Nad baru je terngok cerita ni minggu lepas hahahahha. So nak taknak, Nad nakkkk jugak review cerita Step Up All In ni hehe. So korang baca jelah ye. Yela, kot kot ada yang belum tengok lagi boleh la korang cepat cepat pergi tengok kalau teringin. Kann? Haa.


StepUp_TPICS



Sinopsis Step Up All In

Lepas dari Sean and kawan kawan dia dapat tawaran iklan Nike, diorang dah 6 bulan tak dapat tawaran apape. So sewa rumah pun diorang tak mampu nak bayar. Sampai kat satu tahap, kawan kawan Sean nak pindah balik kat Miami. Tapi Sean tetap taknak ikut. Kebetulan, dia ternampak iklan contest dance. Tapi dia takde kawan nak join so dia ajak lah Moose join.


Moose pulak memang minat dance so dia on jelah. Then, Moose pun kumpulkan lah kawan kawan dia yang minat and gempak menari dengan pelbagai cara. Dari situ lah dia kenal Andie and akhirnya diorang suka satu sama lain. Dalam peringkat pemilihan, diorang pun terpilih. Pihak lawan yang selalu berlagak dengan diorang pun terpilih. Lebih mengejutkan, kawan kawan Sean yang tinggalkan dia dulu pun terpilih jugak.


Dalam pertandingan separuh akhir, hanya group Sean and pihak lawan je terpilih. Group kawan kawan lama Sean tak terpilih. Tapi kemudian rahsia terbongkar bila pihak lawan dan pihak penganjur bersubahat untuk biar pihak lawan tu memang. So Sean dgn group baru + kawan kawan lama dia bergabung and bagi performance gempak gila nak mampos. Gempak sesgt sampai terus dapat call bahawasanya diorang terpilih untuk perform di tempat yang lebih bagus.


Fuhh. Selalu bila tengok movie apape mulut sibuk la bercakap la apa duduk bergerak sana sini sebab sejuk. Tapi tengok Step Up ni memang focus, no cakap cakap, no gerak gerak. Hahahha takleh terlepas satu step pun, rugi. Ahaha


SUAI 1


SUAI 2


Apa yang Nad boleh belajar dari cerita ni :

Always buat yang terbaik dalam apa keadaan sekalipun.
Hargai setiap saat setiap detik setiap pengalaman yang ada.
Jaga hubungan lagi lagi dengan orang yang paaaling kita rapat.



Rating : 5/5
Duration : 1 hour 30 mins



Viewing all articles
Browse latest Browse all 358