Quantcast
Channel: Nadratul Syazwana
Viewing all articles
Browse latest Browse all 358

5 Cara Jimatkan Bil Telefon

$
0
0

Assalamualaikum Hai.


Zaman sekarang ni semua benda nak naik kan. Tak cukup dengan keperluan, keinginan untuk miliki barangan lain pun bukan main membuak-buak lagi. Kalau mampu boleh laa. Kalau kurang mampu tu yang banyak benda nak kena consider. Tanpa kita sedar, sebenarnya banyak juga duit yang dilaburkan untuk handphone. Lagi lagi yang guna postpaid kan. Main sedap guna tiba tiba bil melambung tinggi.


Orang selalu cakap, lagi lagi orang yang bercouple ni lagi lah banyak pakai credit kan. Asyik asyik nak kena topup hahaha. Tapi entahla sekarang dah tak rasa beban tu lagi. Sebab Nad dengan Hafiz kitorang cam gilir gilir siapa nak topup. Kadang kadang memang langsung takda credit tapi dua dua tak kisah pun :p


So sekarang ni, Nad nak share dengan korang semua cara nak jimatkan bil handphone korang. Haa sekaligus korang boleh spend duit tu kat tempat lain yang lebih penting selain daripada laburkan untuk telefon. Nah sila baca ;)



Guna Rangkaian Yang Ada FREE CALL


Bukan nak promote tapi rasanya kalau yang selalu otp ni memang Digi paling berbaloi hehehe. Itu pun kalau kita stick banyak otp dengan 3 orang lah sebab Digi ada Buddyz. Pastu kalau nak otp dengan banyak banyak orang yang lain number, Nad rasa paling berbaloi Celcom. Sebab Celcom-Celcom 28sen/10mins. Katsini dah boleh jimat credit dah kalau nak call call orang. Haa.



Guna Plan Internet Yang Boleh MORE FREE CALL


More free call katsini cam guna Skype, Viber, Wechat or FaceTime. Psst, Skype paling berbaloi. Ehehe. We've try it all ternyata FaceTime lagi banyak pakai data compared to Skype. Wechat and Viber pulak connection bad jer. So, korang kena consider untuk pilih plan internet yang still boleh elok pakai even dah habis quota. So save lah takyah nak renew data baru kan.



Guna Prepaid Instead of Postpaid


Bila kita guna prepaid, kita akan selalu alert berapa banyak credit yang kita ada. Tapi, lain pula halnya bila guna postpaid. Kita taktau berapa banyak yang kita kena bayar setiap kali reply text or call orang. Sekali bila bil keluar, haa dah pembaziran berlaku katsitu bila takleh nak control penggunaan call in call out semua.


Kerap Check Phone Usage


Bila kita on data, selalu selalu lah check data usage ok. kadang kita ni browse memacam lancar je pasti lupa lah nak check data. Lagi lagi bila scroll instagram tuu. Dah la instagram tu pakai banyak data T.T sobs. Apa boleh buat. So check ok. Kalau rasa macam lagi sgt je quota tu habis, maka pandai pandai lah control ye :)


Tak Perlu Subscribe Dengan Pihak Ketiga


Apa maksud pihak ketiga katsini? Haa inilah. Yang dok offer offer ringtone la cari pasangan la ikut zodiac laa. Haa tak perlu ye semua tuu. Sangat sangat sangat tak penting. NOT AT ALL. Tu semua pembaziran yaa.



Haa so nak tak jimatkan bil telefon? Nak tak nak tak? Mudah je kan. Korang amalkan je semua cara kat atas ni, memang jimat ok. Sebab semua tu pun Nad buat. Alhamdulillah takdelah rasa beban sangat pun. Ok ok je. Lagipun memang Nad jarang topup ahaha.So, jom jom jimatkan bil telefon, senang jer.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 358