Assalmaualaikum Hai.
Haa siapa yang ikut perkembangan cerita baru nii? Baru je 2 hari yang lepas start. Nad jarang je layan cerita Melayu ni hihi jarang tengok channel tempatan lol tapi takpe, Nad nak share jugak dekat korang cerita baru ni k. Mana tau ada yang bosan malam malam boleh la layan cerita ni. Cerita baru ni bertajuk Zahira.

Sinopsis Zahira
Zahira mengisahkan tentang seorang gadis bernama Zahira. Kehidupan Zahira penuh ranjau duri. Pelbagai dugaan dan cabaran yang terpaksa ditempuhi. Malah dari segi percintaan, Zahira tidak dapat mengecapi kebahagiaan. Akhirnya, cinta itu putus di pertengahan jalan.
Walaupun hatinya dirobek kekecewaan bercinta, namun Zahira cekalkan hati mengharungi ujian hidup. Zahira tekad ingin membantu ibu angkatnya dalam melunaskan hutang. Kehidupan mereka sekeluarga sentiasa ada kekurangan dan kerana itu ibu angkat Zahira sering mendapatkan pinjaman wang.
Siapa sangka Zahira bakal berdepan dengan harimau garang! Encik Iqbal bakal menjadi majikannya. Habis laa, harimau garang yang cerewet bakal menguji kesabaran Zahira.
SUMBER : Yumida
Barisan pelakon drama Zahira:





Mula Disiarkan : 20 November 2014
Waktu Tayangan : 10 malam (Rabu & Khamis)
Saluran : TV3
Apa lagiii? Jom la tengok drama Zahira ni. Nak tengok dekat Tonton pun bolehh.
P/s : Kalau lah jalan cerita Melayu unpredictable mesti lagi best hehe.