Assalamualaikum Hai.
Sedar tak sedar Nad pun dah semester 6 rupanya kat UiTM Penang ni. Tak sedar pulak dah 3 tahun ya dekatsini. Terasa lama pulak. Dan lagi sekali last semester ada fail lagi so repeat lagi T_T Duhh, tak faham ah apa entah Nad buat dekatsini.
Sebenarnya dah seminggu pun Nad dekatsini. Tapi biasalah, first week belum start belajar lagi. Ada lecturer yang masuk ada yang tak. Yang masuk pun just kenal-kenal, brainwash sikit bebudak semester akhir ni. Itu jelah, So far, task pun tak berat sgt lagi kena cari architectural plan (drawing) baru.
Nad pun taktau lah Nad boleh bawak ke tak sem ni. Sebabnya sepatutnya Nad amik 6 subject je, tapi disebabkan ada fail and ada subject yang Nad baru boleh ambil, dah jadi 8 subject pula. 8 subject dengan credit hour 22//23 T_T Astaghfirullah. Subject senang senang tak apa, ni dah dengan 2 project lagi. And ada 3 subject yang nak kena submit every week.
Maaflah, takde gambar clear pulak T_T
Ni dah macam jadual budak sekolah tau bukan budak universiti T_T
Kekadang tu rasa macam ye in shaa Allah boleh je bawak kena focus apa semua, tapi kekadang ada je rasa boleh ke buat ni bukan senang bukan benda yang senang senang boleh faham. Alahai. Tapi serious memang ni peluang terakhir Nad. Sebab kalau ada fail lagi, extend sem lah cerita dia.
P/s : Harap dipermudahkan urusan sem ni.Ameen