Quantcast
Channel: Nadratul Syazwana
Viewing all 358 articles
Browse latest View live

Tempatan Fest 8.0 at Ipoh Riverfront

$
0
0

Assalamualaikum Hai.



Apa itu Tempatan Fest?
Tempatan Fest adalah satu festival yang menghimpunkan brand brand lokal. Dalam setahun, akan ada beberapa kali Tempatan Fest di beberapa buah negeri. Bukan di KL sahaja tau. Tempatan Fest pernah diadakan di Negeri Sembilan, Penang dan Shah Alam. Kebanyakan barang yang dijual adalah tshirt keluaran brand itu sendiri. Ada jual booth yang menjual shawl, sticker dan wristband.


tempatanfest-september-2014


Ok dah. Tu just introduction nak bagi korang tau ada tu Tempatan Fest. Kalau terus baca je tak best aa kan tanpa tau ada motif event tu. Bermula dari Tempatan Fest 1.0, Tempatan Fest 2.0 dan seterusnya sehingga Tempatan Fest yang terkini iaitu Tempatan Fest 8.0. Haha dalam banyak banyak ni, 2 kali je Nad pernah pergi.



And yang bestnya kali ni, kitorang datang dari Penang ke Ipoh semata-mata untuk Tempatan Fest hahaha. Haa, tengok betapa hebatnya aura Tempatan Fest sampai orang sanggup datang dari jauh ni. Btw, kan Nad baru je tubuhkan RedPanda kan, so kitorang just ingat nak usha usha la cara diorg set up booth, jual apa je, suasana dia. Haa camtu sebab kalau ada rezeki kitorg ingatkan nak join lah haha in shaa Allah.



tempatanfest-september-2014-brands

Antara brand brand yang join. Banyak gila kann haha








Maaflah hanya gambar sendiri je banyak T.T Eh tapi korang nampak kan surrounding dia camne? Kitorang sampai awal so tak ramai lagi sebab ada yang baru nak set up booth. Dah masuk tengahari tu dah start ramai, breakdance semua ada. Rasanya malam lagi meriah kot dengan skater semua. Eh ohh bestnya serius best, try usha TempatanFest dekat insta untuk tengok kemeriahan event ni ;) Hehe.



Cabaran 30 Hari | Day 2: 5 Cara Memenangi Hati Anda

$
0
0

Assalamualaikum Hai.



Hehehe. Kita kembali lagi dengan cabaran 30 hari. Duh duhh, Nad dah tertinggal 8 hari kot hehehe. Tapi takpe, kita teruskan. Cabaran kedua - 5 Cara Memenangi Hati Anda. Eh malangnya hati saya telah dimenangi oleh seseorang haha apa yang malang oi. Sila baca sila bacaa hehe.


Cabaran 2

5 Cara Memenangi Hati Anda






Selalu ada dengan Nad.
Hehe nampak macam mengada but thats me. Kalau boleh nak tiap masaaaa berkepit. Kalau dekat kena selalu jumpa. Kalau jauh kena selalu contact. Bukan apa, sebab Nad jenis kalau dah terbiasa tak contact, haa memang tak contact lah. So, kalau orang tu memang selalu ada dengan Nad, memang eh eh, Nad rasa Nad ada dia jelah haha.


I love surprises!!
He did this twice. Memang Nad tak expect apape. Hehe maybe time tgh buat surprise tu, I look feelingless tapi ketahui lah sebenarnya Nad terharu gila gila gila oi. It don't have to be something big or expensive, it just need to be neutral and unexpected. Bila something tu unexpected kan, lagi lah kita terfikir ya Allah mana lah dia cari idea cari masa nak buat surprise untuk happy kan kita :')


Respect others, Be Gentle
There was a guy yang Nad minat gila gila time sekolah dulu hahaha. Apa yang Nad suka, dia memang gentle gila ah hoii. Boleh imagine tak, kawan perempuan nak tumpang kereta dia boleh bukakkan pintu untuk perempuan tu? Kawan perempuan okay bukan girlfriend. And lagi satu kes, kawan Nad tercicir sapu tangan lepastu dia kutipkan pastu kejar kawan Nad tadi 'excuse me excuse me' sambil hulur sapu tangan. And lagi satu kes, dia pernah tegur Nad sekali pastu tanya la nama borak borak sikit. Pastu time dia nak pergi tu dia cakap 'nice to meet you'. Oh hoiii, gentle gila lelaki camni. Layan semua orang sama rata.


Tak Malu dengan Nad
Tak malu dengan Nad katsini ni bermaksud yang orang tu ikhlas kenalkan Nad dekat family and kawan kawan dia. Yelah, bila dah kenalkan, nampak la yang dia memang ikhlas, betul serius nak dengan kita, tak main main dengan kita and tak malu dengan kita. Benda ni nampak macam remeh tapi sedikit sebanyak memang dapat menangi hati Nad hehehe. Yelah, sebab ada certain lelaki kan memang dia taknak kita masuk campur lgsung. Dia nak hal kita dengan dia, antara kita dgn dia je -.-


Be a good listener
I am a good listener I guess. Walaupun Nad nampak macam tak focus and sambil buat benda lain, tapi percaya lah Nad sebenarnya dengar apa yang orang luahkan hahaha. Sebab tu Nad pun nak orang dengar apa Nad cakap. Bila cakap pastu cam takda respond, automatic rasa macam 'k aku taknak cakap dengan kau dah'. Hahahahaha.



Alhamdulillah, selesai pun akhirnya cabaran hari kedua ni. Memang curi masa betul nak update lagi lagi hari Jumaat ni ada test. Memang gunakan setiap waktu yang ada dengan sebaiknya lah hehehe.
#kelabbloggerbenashaari

Cabaran 30 Hari | Day 1: 5 Fakta Tentang Diri


REVIEW : Into the Storm

$
0
0

Assalamualaikum Hai.



Haa, ramai tak yang tahu cerita ni? Cerita ni pun dah agak lama lah tapi best jugak sebab lain daripada yang lain. Into The Storm. Tengok tajuk pun tau dah mestilah pasal petir, kilat, puting beliung. Kan kann. Hafiz lah yang nak sgt tengok cerita ni T.T Nad cam aaa best ke?


INTO THE STORM movie poster malaysia


Sinopsis Into the Storm

Kisah ni bermula dengan dokumentari yang memang minat sgt pasal puting beliung ni, Pete. Dia memang dah dokumenkan banyak benda. So bila ada puting beling ni memang dia and the crew sentiasa ada dekat dengan puting beling untuk record and kaji la pasal puting beliung ni. Tambah pulak puting beliung ni jenis yang jarang terjadi, so lagi lah dia berkenan kann. Haa .


Lain ceritanya dengan Gary si pengetua yang sibuk sangat dengan hal kerja. Sampai anak anak pun susah nak cakap dengan dia. Tapi bila terjadi puting beliung ni dia lah yang gigih cari katmana anak anak dia. Sorang ada dengan dia sorang lagi pergi record video project sekolah.


So time ni la Gary & son dan Pete & crew bergabung untuk cari anak dia semua and track puting beliung dekatmana and maklumkan dekat orang orang lain. Tapi ada jugak konflik yang mana Pete terlalu taksub sampai ada crew dia yang mati diambil puting beliung T.T


Haa siapa minat cerita camni? Kalau yang minat tu, mesti rasa best kann. Nad kurang sikit cerita camni hehehe. Taktau lah kenapa.






Moral of the Into the Storm stories:

Parents, do spend time with your children ok. Nanti kalau anak rasa tak rapat memang dia takkan share cerita apape dgn parents.
Elakkan terlalu taksub dengan sesuatu sampai boleh mengancam nyawa.
Ambil berat pasal orang lain. Jangan terlalu pentingkan diri.



Rating : 3/5
Duration : 1 hour 30 mins
Genre : Action



Cabaran 30 Hari | Day 3: Sesuatu yang Menguatkan Anda

$
0
0

Assalamualakum Hai


I know I know I know. Nad tau Nad dah tertinggal hahaha 16 days. I know that. But real life get super busy with loads of assignments *sigh* And yeah, quota internet dah habis hahaha. Only off-peak hour available. So here I am, 4o'clock in the morning. Menaip sebanyak mana entry yang mampu hahaha. Dengan harapan esok esok boleh publish jer. Lagi lagi next week dah start final kan.



Cabaran 3

 Sesuatu yang Menguatkan Anda






When I Feel Like I've Nobody


Yes, indeed. Itulah benda yang menguatkan Nad. Nad pun taktau lah. Sebab yelah, bila kita dah takde sesape baru kita dapat rasa kita kena buat semua benda. Kita yang kena berdikari sendiri untuk kesenangan hidup kita. Kita yang bertanggungjawab sendiri dalam apa keputusan yang kita buat dalam hidup kita. 


Nad bagi contoh sikit sikit ah. Contoh cam kita ada bestfriend tetibe dia cam lebih rapat dgn orang lain and taknak dah pun buat assignments dengan kita. So automatic itu menguatkan kita. Nad akan rasa macam ok takpelah inilah life, inilah life bebudak uni. Takpe, buat assignments sendiri pun tak apa.


Contoh kedua, kalau tetibe cam gaduh dengan boyfriend kan. Tetibe haa time tu jugak lah nak rasa diri kita ni kuat, tabah, mampu tangani apa je hahahhahh. But that's true kan. Kita rasa macam ala takpelah takde kau pun boleh hidup lah. In shaa Allah, boleh je hidup sendiri ni. Haa something liddat la.




So far Nad rasa itulah benda yang menguatkan Nad :) Yang buat Nad kekadang cam terfikir takboleh bergantung sangat hidup dekat orang lain. TAKBOLEH. TAKBOLEH. Sebab orang ni temporary. Bila bila masa je dia boleh pergi dari hidup kita. Haa terkapai kapai lah nanti. 
#kelabbloggerbenashaari



Cabaran 30 Hari | Day 4: Buku Kegemaran Anda

$
0
0

Assalamualaikum Hai



Buku Kegemaran. Tiap orang mesti ada buku kegemaran kann? Eh, mesti ada punya lah. Even buku tu tah dah hilang ke mana, atau pernah baca sekali. Tapi tetap buku kegemaran which means buku yang paaaaaling kita suka ^^ Yang kita baca sekali pun kita boleh ingat jalan cerita dia setiap peristiwa yang terjadi and watak watak dia. Haa kemain.


Cabaran 4

Buku Kegemaran Anda






14,000 Things to be Happy About


Haa, dalam kes Nad ni lain pulak hahaha. Nad tak pernah pun lagi baca buku ni tapi Nad consider jugak ni buku kegemaran. Sebab Nad memang dah lama gila mengidam buku ni. First nampak buku ni ada minah saleh mana tah letak dekat instagram. Hehe kita suka usha perempuan cantik dekat explore :p Second, nampak dak Qila ni pulak letak. Qila oiiii kak Nad tanya okay dekat comment Qila beli mana mohon reply pls.


Kenapa Nad consider tu buku kegemaran? Sebab Nad tak pernah minat apape buku sampai meng-google dok cara buku tu jual dekatmana je. Pastu tiap kali pergi bookstore Popular or MPH mestiiiii cari buku tu. Tapi selalu hampa mesti tak ada. Ke memang takda jual dekat dua bookstore tu? :( Sesape yang tahu tolong bgtau eh dekatmana boleh dapat :)




Hahahahaha aci ke camni? Buku kegemaran tapi tak pernah baca ahaha. Takpelah kan, in shaa Allah one day jumpa buku tu memang Nad terus rembat je haa. Puas hati. Tapi bila lah nak jumpa T.T Wuuu tolonglah bagitau dekatmana boleg dapattttt
#kelabbloggerbenashaari


Pencarian Sponsor Giveaway

$
0
0

Assalamualaikum Hai


Berdirinya sayang di sini, nak announce bahawasanya Nad akan mengadakan giveaway pada bulan hadapan. Yeayyyy! Hehehe tetibe terasa macam dah lama sesgt tak buat giveaway kan. So, Nad decide nak buat giveaway. Tapi so far hadiah ada beberapa je tak sampai 10 pun T.T Hahaha and Nad rasa cam tak meriah la pulak.



So, Nad pun terfikir nak open sponsor untuk giveaway ni yeayyy hehehe. So, sesape blogger yang rasa berminat nak sponsor boleh la contact Nad eh dekatsini [NadratulSyazwana]. Tau tau ala tak kisah pun nak sponsor, in shaa Allah Nad accept ;)



Details of Giveaway
Name : 3000 Followers Giveaway
Duration : 1 Oct - 21 Oct 2014 (3 weeks)
List of Participant : 22 Oct 2014
Winners Announcement : 25 Oct 2014

Details for Sponsor
Name
What to Sponsor
Your condition (Max : 3)


P/s : Itu sahaja untuk hari ini. Do pm me eh kalau nak sponsor takyah malu malu ;p


Cabaran 30 Hari | Day 5: 3 Perkara Anda Ingin Katakan Kepada Bekas Kekasih

$
0
0

Assalamualaikum Hai.


Hahaha okay cabaran hari kelima ni agak mencabar juga lah kann. Sebab benda benda macamni memang private. Sekali expose, boleh tau kita still berdendam ke tak kahkahkah. Kuat dendam dalam diam macam ni lah. Bukan berdendam. Its more like, I'm good without you lah eleh. Hahaha.


Cabaran 5

3 Perkara Anda Ingin Katakan Kepada Bekas Kekasih



[Current]


I'm thousand times better without you. Haa amik kau. Bila break up tu memang sakit tp lepas dah motivate diri sendiri terus bersemangat balik and terus bersemangat lah. Sampailah akhirnya jumpa someone yang way a lot better than you. Yang mana sgt lucky lah kita break hahaha.

Goodluck. Haha bukan nak rasa diri bagus sangat la tapi goodluck la dalam mencari pengganti ye. Cari yang molek molek sikit la yang berguna untuk masa depan hehe. Goodluck Goodluck Goodluck! :p

Selamat memperbaiki diri. Yelah selama dengan Nad mesti kita tau dah kan kelebihan and kekurangan masing masing. So kekurangan tu lah kau perbaiki time dengan perempuan lain eh. Mesti tau punya lah kan. Kekurangan orang lain takyah la expose kau just perbaiki je kekurangan sendiri ok? ;)



Hikhik. Agak kekeringan idea juga lah tajuk kali ni kan.. Pening oh apa lah nak cakap dekat bekas kekasih kita sendiri kan. Sebab Nad kalau dah break memang delete habis memories. Haha ni nak type pun duk nak ingat balik memang susah la. Tapi berjaya!
#kelabbloggerbenashaari




Cabaran 30 Hari | Day 6: Apa yang Anda Makan Hari Ini

$
0
0

Assalamualaikum Hai


Yeayyy harini cerita pasal makanan pulak ye? Wahh mentang mentang lah kan dah habis class pastu tengah study week bukan main nak makan yang sedap sedap je. Padahal study nya takde lah galak mana pun, makan je lebih T.T Hahaha. So harini kami berdua membawakkan diri ke Nash Donut, Perda, Pulau Pinang.



Cabaran 6

Apa yang Anda Makan Hari Ini




Inilah yang saya makan ngehehe. Semuanya di Nash Donut 




Tuna Pizza



Bread Pudding & Cheese Cupcake



Donuts



Dan semestinya diakhiri dengan gambar sendiri. Wuahh hehehe best tak best ah dapat macam macamni kan hujung hujung sem pulak tu. Best best! Ni makan berdua tau bukan sensorang T.T And total semua dalam RM30 sharp. 



Finally, sampai jugak hari ke6. Nad sebenarnya tak sangka ni. Banyak kali dah rasa nak give up tp alhamdulillah masih diberi kekuatan meneruskan hehehe ;) 
#kelabbloggerbenashaari





Cabaran 30 Hari | Day 7: Sejauh Mana Pendidikan Itu Penting Bagi Anda?

$
0
0

Assalamualaikum Hai.


Hekhek. Kembali lagi dengan tajuk yang mencabar. Bukan senang ok nak habiskan cabaran 30 hari ni. Baru sampai hari ketujuh pun macam dah kekeringan idea je nak bagi idea sejauh mana pendidikan penting bagi Nad kan. Dah la kita ni down rasa nak give up je study pastu kena pulak tajuk yang opposite haha memang kena brainwash balik diri sendiri duluuu.


Cabaran 7

Sejauh Mana Pendidikan Itu Penting Bagi Anda





Untuk masa depan yang cerah. Kita selalu suka tengok orang yang almost perfect. Contoh cam dia lawa, pastu kaya, pastu pandai. Haa package kann? Ingat kaya tu boleh datang kalau takde ilmu? Ingat pandai tu boleh tercipta kalau tak menuntut? Haa itulah. So kalau nak masa depan cerah, memang penting sangat pendidikan ni. Lagi lagi dengan sistem yang negara kita amalkan.


Untuk survive selama kita hidup. Ilmu bukan je dalam bidang apa yang kita amik. Bukannya kalau kita budak enginering, kita taknak amik tau langsung pasal memasak. Bukannya kalau kita budak culinary, kita zero langsung pasal matematik. Haa thats how its work. Kita at least kena amik tau jugak benda lain, ilmu lain yang ada banyakkkk sangat lagi.


Supaya tidak dipandang rendah. Even if other people tak cakap pun kan pasal ni, we ourselves pun mesti akan rasa rendah diri secara automatic kalau dah sekeliling kita semua orang bijak pandai. Uh pls don't deny that ;) That's why pendidikan tu penting. Untuk kita letakkan diri kira setaraf dengan orang lain, bukanlah yang kurang pandai tak setaraf. Tapi , kita usaha ok? :)




Yes! Hahahhaha apabila Nad berbicara tentang pendidikan. Haa kan dah over. Haha takpe takpe, in shaa Allah Nad akan usaha untuk belajar dan perbaiki apa yang kurang dalam diri Nad. Nad akan cuba. Hai Hafiz, Nad cuba ok? :p
#kelabbloggerbenashaari



Cabaran 30 Hari | Day 6: Apa yang Anda Makan Hari Ini


Apa Yang Menarik di Busan?

$
0
0

Assalamualaikum Hai.


Busan, Korea. Haa memang salah satu tempat percutian idaman tau. Siap ada dalam wishlist lagi haa. Semua orang pun tau, Korea memang famous dengan tempat tempat yang menarik. Ala tengok jela Runningman tu, lari ke sana ke sini pun semua tempat lawa je kan. Fuhh, boleh pengsan kalau tengok sendiri keindahan tempat tempat area Busan tu. While me loves travelling so much.



Last year time Nad pergi Medan, memang menarik sangat dengan nature semua. And I guess, dekat Busan pun banyak persamaannya dengan Medan. It's more to nature than crowded malls and what not. Hihik, so love it lah kalau pergi Busan. Jom check out tempat tempat menarik di Busan! 



1) Pantai Haeundae.




Pantai Haeundae merupakan pantai yang mempunyai ramai pengunjung terutama pada musim panas. Pusat kota, bangunan tinggi dan hotel hotel berdiri teguh di sepanjang persisiran Pantai Haeundae. Pemandangan di pantai ni memang sangat cantik tak kira waktu pagi atau malam dan pastinya waktu matahari terbenam.


2) Gamcheon Cultural Village.




Fuhhh. Tak cukup dengan pemandangan nature yang dah buat hati tergugat, welcome to Gamcheon Culture Village. Kota yang berwarna warni serta mempunyai banyak anak tangga (Stairway of Stars) memang sinonim sangat dengan Running Man. Kota colour block, ya Allah style gila ni memang menarik sesangat. Dengan kreativiti diorang lagi menampal semacam benda untuk dijadikan background untuk amik gambar. I'm so in love with this village! 
Note : Untuk mengelakkan kesesatan di celah celah bangunan, dapatkan map di Tourist Information Centre.


3) Menara Busan.




Menara Busan pun adalah salah satu tarikan pelancong yang agak terkenal. Untuk pengetahuan anda, pagar di sekeliling Menara Busan tu boleh letak love lock! Just like in Penang Hill ^^. Menara setinggi 118m ni boleh memberi kita pengalaman menyaksikan keindahan kota Busan dari atas. Yes, naik menara tu dan saksikan keindahan alam. Kawasan kawasan sekitar iaitu Taman Yongdusan juga sangat indah. 


4) Bangunan APEC Nurimaru.



Woh ini menarik! Bangunan ini menampilkan seni bina dan simbol Busan. Bangunan ini diilhamkan daripada rumah tradisional Korea musim panas dan berhadapan dengan pantai yang memukau Pantai Haeundae tadi! Haa maknanya memang berhampiran sangat lah. Sebagai pelajar kejuruteraan awan, memang instinct untuk lihat reka bentuk bangunan ni sangat kuat ekeke. 


5) Pasar Jagalchi.



Pasar Jagalchi ni sebenarnya adalah pasar ikan dan sesuai sangat untuk penggemar penggemar seafood. Pasar yang terbesar di Korea ini kebanyakannya penjualnya adalah perempuan. Ahhh, I still can't move on from Running Man. Selalu diorang punya task mesti ke pasar pasar. Nampak macam meriah even its just pasar. Disebabkan pasar ni bersebelahan dengan pelabuhan Busan, so bahan mentah dekat sini memang boleh dapat fresh! Dan yang bestnya pasar ini dibuka seawal 8 pagi hingga 10 malam. 



Inilah top 5 tempat tempat menarik di Busan bagi Nad. Bermula dari pantai,kampung, menara, bangunan unik dan pasar. Full package memang menarik tertarik semua lah. It's like a dream comes true la kalau dapat ke Korea hihi. I will ensure I enjoy myself there :)


Contest ini adalah Cabaran 'Winter in Busan' anjuran Blooggers& Majalah Libur
Penampilan Istimewa Trip ke Busan bersama Man Raja Lawak. Fuh


Cabaran 30 Hari | Day 8: 5 Lagu Cinta Kegemaran Anda

$
0
0

Assalamualaikum Hai.



Lagu cinta kegemaran pulak. Kreatif betul eh siapa yang create semua soalan ni. Mencabar mencabar. Entry semua kena berfikir. Takleh nak cincai sangat hahaha.  Baru je lepas paper Bill of Quantity dah start memikir apa lagu cinta kegemaran ehehek. So let's see.


Cabaran 8

5 Lagu Cinta Kegemaran Anda




All of Me by John Legend
Memang suka lagu ni since start dikomersilkan. Memang sangat menarik. Lirik, intonasi, nada semua lah Nad suka hahaha. Dengar je repeat repeat.



Doaku Untukmu Sayang by Wali Band
Lagu yang dinyanyikan oleh si dia waktu first and only karaoke time awal awal kenal hahaha. Nad pulak memang jenis tak layan karaoke so dia berduet je dgn kawan Nad lol.



Unbreakable by Westlife
Lagu yang meaning dia best. Rasa macam kita nak hubungan kita dengan yang tersayang best macam tu jugak. Nak semuanya indah cam dalam video clip hihi.



Swear It Again by Westlife



I Live My Life For You by Firehouse


Hehek dua lagu terakhir takde kenangan apa pun. Tapi dah lagu tu je yang Nad terfikir sekarang ni, yang ada dalam kepala. Tapi lirik diorang memang best ah takleh nak beat. Hehehe cuba korang dengar semua lagu atas ni memang sweet habis!
#kelabbloggerbenashaari




Menang Topup RM20

$
0
0

Assalamualaikum Hai.



Yeay! Setelah sekian lama tak active join contest or giveaway dekat blog. Tetibe start dari awal bulan September haritu Nad dah active balik hehe. Ala just join mana yang sempat jela kan. Tak semua join pun. Yang syarat amik masa lama sangat nak settle memang Nad tak join. Dah la quota limited lagi T.T




1) Topup RM10 dari Giveaway Merdeka Lestari by Kasih Lestari Abadi




2) Topup RM10 dari Giveaway Blogwalking Bersama Mamaniza.com
Sponsor by Mommy Liz




Hehe sebenarnya menang topup RM10 je kan. Tapi sebab dah menang dua giveaway tu yang dah RM20. Alhamdulillah, terima kasih atas rezeki ni. Thanks Kasih Lestari Abadi & Mamaniza sebab buat giveaway. Thanks Mommy Lizz sudi jadi sponsor. Hehe bersyukur sgt. Topup yang first tu dah guna. Yang second ni je tak guna lagi, sayang sgt rasanya :p Hehe rezeki join giveaway.

Jom usha blog giveaway Nad hihi http://loveyoucontest.blogspot.com


Cabaran 30 Hari | Day 9: 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Anda

$
0
0

Assalamualaikum Hai.


Tiba dah hari ke-sembilan yeah. 5 lelaki yang menarik perhatian anda. Woah. Memula Nad confuse dia nak ciri-ciri ke contoh lelaki idola yang menarik perhatian kita? Hmmp. Confuse sampai Nad google dulu tengok entry orang lain hahaha. Okay so Nad listkan jela eh ciri-ciri lelaki yang menarik perhatian tu semua :)


Cabaran 9

5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Anda







Mestilah seorang yang nampak baik
Hahahhahahha kenapa kena nampak baik? Kenapa tak baik je terus. Yelah, sebab first attraction sebelum kenal kan mesti kita kena ada rasa dia ni macam baik. Hahahah entahla, muka cam baik, perangai cam baik, cara layan perempuan cam baik. Haa camtulah, pastu bila kenal pun memang baik. Haa hehehe.


Suka baby / budak budak
Bukan apa, sebabnya Nad ni kekadang kan taksuka sangat baby or budak budak Kekadang baby nangis nangis bebudak buat bising kan rasa eh annoying gila ah. So the other one mestilah yang suka baby kann yang suka bebudak, kena lah yang opposite. Dah kalau dua dua asyik nak annoying je takleh jugak.


Pandai bawak diri
Haa campak lah kat negeri mana pun mesti boleh hidup punya. Tapi biasanya lelaki senang sikit nak bawak diri, perempuan ni haa yang cepat melatah ekeke. Kannn.


Layan perempuan dengan baik
Perempuan dekat sini bukan bermaksud dia layan girlfriend dia sorang je elok. Tapi ibu dia, adik perempuan, kakak and kawan kawan perempuan yang lain. Kawan kawan tu takdelah layan special pun, means cara cakap elok, hormat. Haa da cukup dah.


Tak Annoying
Part annoying hahaha. Part ni penting. Entah la sebab Nad kan jenis cepat gila ah annoying dengan orang. Serious kalau laki tu cam poyo sikit, over sikit. Haa okay annoying lah tu. Buat hilang mood malas nak hadap, semua lah hahhaa.So pls janganla buat perempuan annoying oh T.T



Semalam terlepas satu entry T.T Sepatutnya entry ni publish semalam wuwuu. Biasa lah, tengah final exam lepastu gap paper semua rapat rapat. Tu yang fuhh, susah jugak la nak cari masa update entry. Tapi akan ku usahakan jugak ye.
# kelabbloggerbenashaari




Senarai Hadiah 3000 Followers Giveaway

$
0
0

Assalamualaikum Hai.


Dengan seronoknya nak maklumkan mulai esok Nad akan buat giveaway! Yeayyy hihihi. Seronok sgt sebab agak ramai juga lah yang sponsor and hadiah memang best best belaka yee ;) Hihi. So, jom tengok hadiah apa yang disediakan. Agak agak nak join dah boleh follow sponsor terus :) Senang nanti esok takyah nak follow dah hihi.




Tudung bawal/shawl with lace and beads (lain colour) by Nana Ameer (1 pemenang)



Wideshawl by Norihan Yusof (3 pemenang)



Tshirt by Khairunnisa Hassan (1 pemenang)



Cash RM30 by Ayue Idris (1 pemenang)



Peppermint Intensive Foot Rescue by Emi Amira (1 pemenang)



Wideshawl by Nadratul Syazwana (Colour : Biru+Coklat) (1 pemenang)





Shawl by Miera Shafie (3 pemenang)





Sepasang fabric Brooch & hair clip by Annie de Yantie (5 pemenang)



Novel Sepi Tanpa Cinta by Asha Hana (1 pemenang)



Shawl by Nurul Imaniah (1 pemenang) 



Topup Maxis RM5 by Farhana Ibtisam (2 pemenang)

Topup RM5 by Sya Nissa (1 pemenang)

Topup RM5 by Izwani Eliyana (1 pemenang)




Pibamy mask 1 unit & Shiseido mask 5 unit by Stylez Store House (2 pemenang)



A pcs of Savee Mask by Nadratul Syazwana (5 pemenang)




Banner/Fansign design by Alsa Haslinda (2 pemenang)


Handmade Craft by Etique (2 pemenang)



Akhir sekali terima kasih kepada 15 orang sponsor yang sudi sponsor giveaway Nad ni. nad sendiri tak sangka akan dapat sponsor seramai ni T.T Wuwuwuu. Thanks alot yahh. 



3000 Followers Giveaway

$
0
0

Assalamualaikum Hai.



Yeayyy lama dah tak buat giveaway. Kalini giveaway diadakan sempena followers Nad yang dah menginjak ke 3000 orang. Alhamdulillah memang ada terget tahun ni nak 5000 followers tapi macam tak mampu je. So 3000 pun dah cukup bersyukur Alhamdulillah. Jom join Nad bagi syarat paling simple punya :)






Syarat Penyertaan :


1) Follow blog 
Nadratul Syazwana  Norihan Yusof  Khairunnisa Hassan  Ayue Idris  Emi Amira  Miera Shafie  Annie de Yantie  Asha Hana  Farhana Ibtisam  Sya Nissa  Izwani Eliyana  Stylez Store House  Alsa Haslinda  Etique Nurul Imaniah



2) Like page Sponsor









3) Follow Twitter






4) Follow Instagram


  @nadratulsyazwana                                       @lovelypearlshawl

  @nanameer_                                                  @khairunnisax

  @orenchladee                                               @scarletto_shop

  @syanissa_                                                    @stylezstorehouse

  @asha_hana



5) Buat entry / Letak banner / Backlink


6) Click love love ni tunggu sampai habis loading



7) Copy ayat ni and paste dalam entry!
Secara rasminya, giveaway ini dianjurkan oleh Nadratul Syazwana dengan kerjasama Nana AmeerNorihan YusofKhairunnisa HassanAyue IdrisEmi AmiraMiera ShafieAnnie de YantieAsha HanaNurul ImaniahFarhana IbtisamSya NissaIzwani EliyanaStylez Store HouseAlsa Haslinda  dan Etique 


8) Tinggalkan link entry korang dekat entry ni



Alhamdulillah siap pun akhirnya entry ni. Penat dah dok copy paste code sana sini, copy paste link sana sini T.T Wuuu biasa dapat sponsors sikit je tapi alhamdulillah kali ni ramai hehehe. So marilah kita sama sama join giveaway ni! Ajak kawan kawan sekali ya!


Senarai Hadiah

Shawl/Tudung (9 pemenang)
Baju tshirt (1 pemenang)
Cash RM30 (1 pemenang)
Body Shop product (1 pemenang)
Fabric Brooch (5 pemenang)
Novel (1 pemenang)
Topup RM5 (4 pemenang)
Mask (7 pemenang)
Handmade Craft (2 pemenang)
Banner/Fansign (2 pemenang)



Duration : 1 October - 21 October 2014!



Menang Set Tuala Khas dari Dove

$
0
0

Assalamualaikum Hai.


Hehehe selain dari join contest dekat blog (Contest & Giveaway) Nad pun active la jugak kot join contest di Facebook or mana mana je flyer or website yang Nad jumpa ada contest. Dari main game, jawab slogan, beli itu ini, semua Nad join hehe. 


And Nad sendiri almost lupa kalau menang ke apa haha. Sebab cam kita just try luck and then lupa. Mana ada rezeki menang, mana tak ada tak apa. So haritu nampak kat instagram, kak Namee asyik promote je contest Dove. Ish, dah la cantik kan. So, terpengaruh la hahaha. Kebetulan pulak Nad memang guna Dove yer.


Contest mudah je pun. Kita just completekan task yang dia bagi selama 14 hari.



Haa macam ni. Sepatutnya kena completekan 14 hari. Cantik dah Nad dapat start on first day. Tapi disebabkan busy kalah menteri and perlukan komitmen yang tinggi untuk terus sampai 14 hari, maka Nad hanya mampu buat 5 hari jerr hehehe.





Hadiah dia mestilah gempak kan?

GRAND PRIZE x14 : Pencetak Instax Share bernilai RM699 + Cash RM200 + Produk Dove RM100
CONSO PRIZE x75 : Produk Dove RM100
1st 300 yang complete 5 misi : Set Tuala Khas Dove
Each Contestant yang complete 14 misi : Sample Produk Dove


Hehehe tak sangka and tak perasan plak. Memula tu Nad perasan grand prize and conso jer. Sekali bila tetibe ibu cakap dapat tuala terus la cepat je check menang apa pulak dekat Dove ni. Sekali check t&c oh 1st 300 rupanya. Haha rezeki lah kalau macamtu. Rasa rugi pulak tak dapat habiskan all 14 mission. 




Memang cantik tuala yang Dove bagi ni. Berkenan betul dengan colour putih tu T.T Hahaha kebetulan dekat rumah memang tak ada tuala colour putih. Time ibu inform Nad menang ni terus ibu bgtau sekali ayah cop colour putih. Erk? 


Terjebak dengan Clash of Clan!

$
0
0

Assalamualaikum Hai.


Clash of Clan. Siapa jelah yang taktau game ni kan? Memang famous and memang boleh buat orang addicted sesangat. Imagine lah Nad start main on 1st October padahal 3rd October ada paper ni T.T Haa tapi still jugak kuat semangat main Clash of Clan tu dok attack orang sana sini. Habis je paper benda first tengok pun game tu jugak, tau tau dah kena attack balik hahaha.



Walau cemana pun, Hafiz tak suka sebenarnya Nad main game ni. Sebab dia kata tak ada penghujung dan buat addicted sesangat. Betul jugak tapi apakan daya hehehe. Sampai ada jugak post dekat facebook Nad tengok isteri mengadu suami asyik main Clash of Clan je. Ish ish, yang tu tak elok. Nad memang bersemangat betul lah main. Baru 4 hari pun dah boleh rebuild clan castle tu, tapi nanti dulu. Nad nak bagi kuat dulu defence hehehe. Aduh dah dah stop. 




Mihmih, malu la nak tunjuk newbie 4 hari punya base :p


Sebenarnya Nad memang dah tau game ni lama. Dengan classmate dok asyik cerita coc je kat group class hahaha. Tapi cam ala tu game lelaki taknak terpengaruh la kan. Sekali ada roomate Nad ni pergi download and dia bersungguh gila main, terus cam eh cam best hahaha. Lepas Nad download memang tak lepas ah asyik nak main je T.T Alahai Clash of Clan kenapa kau buat orang addicted sangat niii.


Menangi Loket Emas 916 : Peraduan Blog Kedai Emas DuaLogam Merlimau

$
0
0

Assalamualaikum Hai.




Sejak dari dulu lagi memang dah terang, nyata lagi bersuluh memang emas lah yang harus kita miliki sebagai asset yang bernilai. Bagi perempuan pula, perhiasan ini memang sudah menjadi kebiasaan untuk dipakai sejak mereka menginjak ke alam remaja. 


Kisah aku.

"Aku mula pakai emas sejak form 5 lagi. Even pergi sekolah pun aku pakai. Masa tu memang first time aku dapat emas yang memang betul betul aku hargai. Sebab mak aku cakap ni harta kau, pandai pandai kau jaga. Time tu tahun 2011. Aku dapat cincin and gelang emas. Cincin aku tak sure berat dia berapa tp gelang tu dalam 7g."


"Aku pakai and jaga elok elok sampai aku masuk uni. Even ada certain orang kata tak berani nak pakai emas takut bahaya. Tak berani sebab kulit gelap so tak sesuai. Tak berani sebab macam orang tua. Aku tetap pakai. Sebab aku tau tu parents aku yang bagi so sukehati aku la nak pakai ke tak hahaha. Err, walaupun aku tau kulit aku tak berapa nak cerah."





"Masuk awal tahun 2014, parents aku start nak belikan adik perempuan aku pulak emas. Adik aku tingkatan 3. Kebetulan time tu harga emas turun tak silap aku maybe RM120/g atau 130/g. So, mak aku adik aku and aku aku sekali tukar. So gelang yang aku dapat since form 5 tu parents aku trade in balik pastu ganti dengan gelang yang 18g + anting anting sekali. Semua aku jaga elok sampai sekarang."




"Pertengahan 2014 pulak, ada someone nak ajak aku jadi girlfriend dia muehehe. Pastu duhh, dia proposed bagi cincin emas pulakkk. Selama ni aku pakai pemberian parents aku sebab aku nak diorg tau aku hargai sangat sangat pemberian diorang. But since ada cincin baru ni aku selalu pakai cincin ni jela hehe siap ada batu batu lagi. Tapi parents aku pun tau."



So, itulah kisah emas Nad hehehe. Saja guna words aku supaya nampak cam lebih memang diri Nad and betul Nad hargai. So, kalau korang nak emas design cantik cantik dan harga rendah boleh singgah di Kedai Emas DuaLogam. Nad pun baru tau pasal kedai ni. Ternyata sangat bagus dan trusted seller!! Itu yang penting kan.



Kedai Emas DuaLogam Merlimau

Lokasi : JB7011, Taman Mewah. Merlimau, Melaka
Waktu Operasi :Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Sabtu (11pg - 6.30 ptg)
SMS/Telegram/Whatsapp : +60196551980


Lets go shopping shopping emas muehehe :p


Yeayyy Cuti Sem Lagi

$
0
0

Assalamualaikum Hai.


Yeayyy, dengan seronoknya cuti sem lagi. Memang dari bulan lepas lagi dah macam macam plan nak buat apa je cuti sem ni. Disebabkan cuti sem sekejap je sangat, so kalau boleh memang nak manfaatkan cuti dengan sebaiknya. Kalau boleh nak ada hasil, ada benda yang Nad buat time cuti sem. Bukan tidur bangun tengahari on lappy tengok tv makan pastu tidur..... repeat. 


So, first thing yang Nad kena decide nak kerja atau tak. 
Kerja - I need money.
           - Got alot of things to buy in my list.


But then, Nad decide untuk tak kerja. Hahaha sebab cuti kejap sangat lah sebulan dua minggu. Tak sempat berehat dah nak kena cari kerja yang susah orang nak accept kalau sebulan setengah je. So far cuti sem kali ni akan menyeronokkan I guess hehek.



Ayah try test Penang-Selangor non-stop ternyata betul 4 jam je



Plan throughout the sem break so far
 Concert Af (waiting fr friend confirmation)
 Finish all 5 new novels
 Aerobic class with mom
 Bloggers gathering at kak Sally's
 Kak Nurie's Wedding
 Any events


I know its all just a plan. But I believe this semester break will be great just as how it supposed to be. Nad akan pastikan cuti sem kali ni takkan dibazirkan, takkan disia-siakan macam yang sebelum ni. Hehehehe till then. Have a nice day semua :*


5 Cara Jimatkan Bil Telefon

$
0
0

Assalamualaikum Hai.


Zaman sekarang ni semua benda nak naik kan. Tak cukup dengan keperluan, keinginan untuk miliki barangan lain pun bukan main membuak-buak lagi. Kalau mampu boleh laa. Kalau kurang mampu tu yang banyak benda nak kena consider. Tanpa kita sedar, sebenarnya banyak juga duit yang dilaburkan untuk handphone. Lagi lagi yang guna postpaid kan. Main sedap guna tiba tiba bil melambung tinggi.


Orang selalu cakap, lagi lagi orang yang bercouple ni lagi lah banyak pakai credit kan. Asyik asyik nak kena topup hahaha. Tapi entahla sekarang dah tak rasa beban tu lagi. Sebab Nad dengan Hafiz kitorang cam gilir gilir siapa nak topup. Kadang kadang memang langsung takda credit tapi dua dua tak kisah pun :p


So sekarang ni, Nad nak share dengan korang semua cara nak jimatkan bil handphone korang. Haa sekaligus korang boleh spend duit tu kat tempat lain yang lebih penting selain daripada laburkan untuk telefon. Nah sila baca ;)



Guna Rangkaian Yang Ada FREE CALL


Bukan nak promote tapi rasanya kalau yang selalu otp ni memang Digi paling berbaloi hehehe. Itu pun kalau kita stick banyak otp dengan 3 orang lah sebab Digi ada Buddyz. Pastu kalau nak otp dengan banyak banyak orang yang lain number, Nad rasa paling berbaloi Celcom. Sebab Celcom-Celcom 28sen/10mins. Katsini dah boleh jimat credit dah kalau nak call call orang. Haa.



Guna Plan Internet Yang Boleh MORE FREE CALL


More free call katsini cam guna Skype, Viber, Wechat or FaceTime. Psst, Skype paling berbaloi. Ehehe. We've try it all ternyata FaceTime lagi banyak pakai data compared to Skype. Wechat and Viber pulak connection bad jer. So, korang kena consider untuk pilih plan internet yang still boleh elok pakai even dah habis quota. So save lah takyah nak renew data baru kan.



Guna Prepaid Instead of Postpaid


Bila kita guna prepaid, kita akan selalu alert berapa banyak credit yang kita ada. Tapi, lain pula halnya bila guna postpaid. Kita taktau berapa banyak yang kita kena bayar setiap kali reply text or call orang. Sekali bila bil keluar, haa dah pembaziran berlaku katsitu bila takleh nak control penggunaan call in call out semua.


Kerap Check Phone Usage


Bila kita on data, selalu selalu lah check data usage ok. kadang kita ni browse memacam lancar je pasti lupa lah nak check data. Lagi lagi bila scroll instagram tuu. Dah la instagram tu pakai banyak data T.T sobs. Apa boleh buat. So check ok. Kalau rasa macam lagi sgt je quota tu habis, maka pandai pandai lah control ye :)


Tak Perlu Subscribe Dengan Pihak Ketiga


Apa maksud pihak ketiga katsini? Haa inilah. Yang dok offer offer ringtone la cari pasangan la ikut zodiac laa. Haa tak perlu ye semua tuu. Sangat sangat sangat tak penting. NOT AT ALL. Tu semua pembaziran yaa.



Haa so nak tak jimatkan bil telefon? Nak tak nak tak? Mudah je kan. Korang amalkan je semua cara kat atas ni, memang jimat ok. Sebab semua tu pun Nad buat. Alhamdulillah takdelah rasa beban sangat pun. Ok ok je. Lagipun memang Nad jarang topup ahaha.So, jom jom jimatkan bil telefon, senang jer.


Viewing all 358 articles
Browse latest View live