Assalamualaikum Hai.
Dah 26 hari raya baru sibuk nak up entry sempena Aidilfitri ye. Eh, ke korang dah habis raya? Hahahah. Biasa lah Nad kan, tak pernah nak cepat lah kalau update blog tu. Sejak tahun 2012 lagi, Nad memang kurang beraya dah. Sebab time tu umur 18 dan sambung belajar di Penang. So selama 6 tahun (2012 - 2017) Nad cuma raya untuk beberapa hari sahaja. Lepastu terus kena cepat-cepat balik ke UiTM Penang sebab kebetulan waktu tu adalah waktu final exam. Boleh bayangkan tak dah berapa lama tak beraya tu? Open house ke apa memang langsung tak dapat pergi.
So tahun ni, since Nad pun dah berjaya menghabiskan degree time bulan January haritu, dapatlah Nad merasa ketenangan beraya tu. Finally gais, after 6 years..... Turned out rupanya sama je suasana beraya tu hahahah. Even company yang Nad kerja sekarang dapat cuti selama 12 hari sempena Aidilfitri, kebanyakan masa Nad cuma habiskan dekat rumah je. 3 hari je pun yang keluar beraya. Cuma bila weekend tu dapatlah memenuhi jemputan open house kawan-kawan.
Raya pertama : Fuschia Pink
Raya kedua : Dark Blue
Raya ketiga : Soft Pink
Family 💖
Semenjak dulu lagi, tiap kali raya memang wajib mesti ada handbag dan kasut raya. Wajibbbbb. Like its the only time i do compulsory shopping. Dah nama pun zaman belajar kan, ayah bagi duit kita pun laju je pergi shopping :') Bukan main yeee. Ingatkan bila dah kerja bolehlah upgrade ke brand yang lebih wow, tak pun beli baju designer ke apa. Rupa-rupanya bila dah kerja ni kita akan lebih bersifat sayang duit dan fikir 10 kali sebelum beli sesuatu :') Masya Allah. Maka, tahun ni takde pun handbag baru, kasut baru mahupun make up baru. I just don't feel like buying.
Tahun ni juga merupakan tahun pertama Nad bagi duit raya dekat parents dan adik-adik Nad. Nikmat dia tu rasa macam wahhh, dah besar kita rupanya. Rasa lagi puas bagi duit raya dekat family sendiri, rasa macam kakak mithali sangat hahahah. Memandangkan Nad anak sulung and adik-adik semua memang masih belajar, rasa ringan je tangan ni nak bagi cehhh (Sekali setahun kahkah 😹)
Warga Rolid Setia Sdn Bhd; company pertama Nad kerja lepas habis belajar.
Walaupun tak banyak sangat beraya tahun ni, tapi invitation beraya tu alhamdulillah bukan main banyak lagi. Sampai ada yang tak terpergi. Terima kasih kawan-kawan yang masih jemput Nad datang open house semua. Akhir kata, Selamat Hari Raya semua! 💛