Quantcast
Channel: Nadratul Syazwana
Viewing all articles
Browse latest Browse all 358

Resepi : Cornflakes Madu Paling Mudah dan Rangup

$
0
0
Assalamualaikum Hi.

Resepi Cornflakes Madu Mudah

Cornflakes Madu. Sejujurnya, cornflakes madu memang favourite Nad especially time raya. Kalau beraya rumah orang dan jumpa cornflakes madu ni, memang pegang terus balang dia tak makan dah kuih lain. Orang pun sampai dah tahu cornflakes madu ni memang favourite Nad. Dan setiap kali juga, orang akan kata "senang jela nak buat". Dari sekolah menengah dengar ayat tu, tapi Nad rasa macam yelatu senang, japgi kita buat susah.

Tapi tu mindset dulu la waktu sekolah menengah, sejak-sejak dah dewasa besar sikit ni, rasa nak try buat pula resepi yang orang kata senanggg tu. Lagipun kalau buat sendiri boleh buat banyak-banyak dan kita sendiri boleh makan banyak. Apa pun, yang buat Nad triggered nak buat cornflakes madu ni sebab adik Nad dah buat dulu. Dan menjadi pulak dia buat, so kita try ehhh.


RESEPI CORNFLAKES MADU

Bahan-bahan :

Resepi Cornflakes Madu Mudah

1) Cornflakes 600g
2) Marherin 125g
3) 1 cawan madu
4) 1 cawan gula perang
5) Buah campuran / Colourful chocolate rice / Badam / Kismis (Optional)


Cara-cara :

① Buka api kecil sahaja. Cairkan marjerin. Lepastu, masukkan gula perang dan madu.

Resepi Cornflakes Madu Mudah

② Kacau ketiga-tiga bahan sehingga sebati dan dan sedikit menggelegak.

Resepi Cornflakes Madu Mudah

③ Masukkan cornflakes ke dalam campuran tadi. Kacau hingga sebati.

Resepi Cornflakes Madu Mudah

④ Kalau ada bahan tambahan seperti buah campuran / badam / kismis korang boleh campur sekali dalam masakan ni. Nad tak tambah sebab Nad lagi suka kalau cornflakes madu tu kosong je.

Done! Boleh masukkan ke dalam paper cup siap siap.

Bakar pada suhu 160 ⁰C selama 6 minit. Yang ni korang kena ikut kesesuaian bergantung juga pada jenis oven. Macam Nad, mula-mula Nad bakar 10 minit ada yang hangus lagi lagi dekat bahagian madu. So, Nad kurangkan waktu pembakaran jadi 6 minit dan cornflakes madu jadi just nice. Seeloknya untuk permulaan, korang try buat pada kadar minimum dulu. Kemudian baru tambah masa mngikut pada warna cornflakes madu. 

Resepi Cornflakes Madu Mudah

Sebelum dan Selepas bakar

Cornflakes madu ni Nad buat untuk hari raya Aidilfitri haritu. Bangga betul bila dapat hidang kuih buatan kita untuk tetamu eh, walaupun cuma cornflakes madu. Lagi bangga bila orang puji kuih kita sedap! Hehehehe. Bukan sekadar pujian, memang cornflakes madu haritu paling cepat out of stock yeay. Korang yang mana baru nak berjinak-jinak buat kuih, lagi-lagi newbie macam Nad ni memang sesuai sangat kalau nak buat cornflakes madu. Mudah sangat.

Ni pulak kalau nak breakfast Pancake :p RESEPI PANCAKE MUDAH

Viewing all articles
Browse latest Browse all 358