Assalamualaikum Hai.
3H2M di Pulau Perhentian, Terengganu. Kalau ikutkan hati memang dah lama sangat Nad teringin nak pergi ke Pulau Perhentian, Pulau Redang atau Pulau Kapas. Selalu tengok orang share gambar dekat sana memang jernih sangat air dia. Lepastu ada pulak terbaca pulau-pulau di Malaysia ni sebenarnya memang indah setanding dengan pulau di negara luar. Lagi la membuak-buak rasa nak tengok sendiri keindahan ni depan mata. Dan rezeki Nad dapat pergi tahun ni hehe.
Dan kini kembali bekerja hahah. Lepasni takleh kerap sangat jalan. Kena kumpul duit dulu untuk next year punya jalan-jalan. Hehe awal kan planning. Bye bye Pulau Perhentian.
Untuk ke sana, Nad ambil package je. Sebab malas nak explore berapa harga untuk setiap aktiviti dan ada yang kata harga kalau pergi sendiri lebih mahal. So Nad buat keputusan untuk ambil package, senang dah ada agent yang tolong uruskan semuanya. So Jumaat malam tu Nad dah gerak dari TBS dan turun di Jertih. Untuk ke Pulau Perhentian, lebih mudah kalau turun direct di Kuala Besut, tapi ticket bus semua dah habis. So Nad turun di Jertih dan ambil Grab ke jeti Kuala Besut. Perjalanan dari TBS ke stesen bus Jertih mengambil masa 7 jam dan dari Jertih ke jeti Kuala Besut dalam 30 mins camtu.
Sudahnya, pukul 6 dah menunggu dekat jeti Kuala Besut. Dalam pukul 8 macamtu baru office travel agency buka. Perjalanan menaiki boat bermula dari jam 9 am hingga 4 pm. Rezeki Nad dapat naik boat awal pukul 9 dan tiba di Pulau Perhentian Besar pukul 10 camtu. Tapi kena tunggu lama sebab check in resort jam 2 pm! 😂 Tapi nasib diorang bagi masuk awal dalam pukul 12 pm hahah. Jenuh wei tunggu 2 jam.
Hari Pertama
Aktiviti petang tu adalah hiking untuk melihat kincir angin (windmill). Pelu naik boat untuk ke Pulau Perhentian Kecil - Long Beach. Tahu tak typical gambar yang orang selalu share kalau nak pergi Pulau Perhentian tu? Haa, itulah tempatnya. Tapi Nad tak pernah tau pulak nak ke sana kita perlu hiking. So pemakaian Nad memang tak sesuai langsung untuk hiking hahhaha dengan blouse batik dan cuma berselipar. Tapi, hiking dia level easy je, so berjaya juga daki sampai habis.
Memang SubhanAllah cantikkk sangat sangat kalau kat atas tu ok. Berbaloi hiking penat-penat ni. Cuma jambatan dekat bahagian bawah sikit tu macam dah berlubang-lubang dan boleh dikategorikan dalam kategori tak selamat. Maka, Nad tak turun sangat sampai bawah tu. Kebetulan waktu di puncak, Pulau Perhentian hujan kejap dalam 5 minit camtu. Tapi Alhamdulillah masih selamat dan tak licin sangat untuk turun semula. Sampai di bawah, sempat lagi pekena ais milo kepal dan air batu jagung heheheh. Harga dia sangat affordable dan tak cekik darah RM5 je.
Pulang semula ke resort dan aktiviti bebas. Kebiasaannya waktu malam ada fire show yang bermula pukul 9 atau 10 pm. Tapi Nad tak pergi malam ni sebab taktau!
Hari Kedua
Aktiviti hari kedua adalah snorkeling! Yayy, aktiviti yang paling ditunggu-tunggu. Memandangkan breakfast kami termasuk dalam package, so Nad dah tak perlu fikir nak breakfast apa. Pagi terus siap-siap dengan pakaian nak snorkeling. Tak sabar sangat sebab Pulau Perhentian memang antara port yang famous dan cantik untuk snorkeling. Mula-mula kami dibawa ke Pulau Perhentian Kecil untuk briefing dan practice cara-cara menggunakan goggles. Practice dekat tepi pantai je, so boleh dikatakan air tak berapa jernih sebab air dah blend dengan pasir.
Lepastu terus ke Turtle Beach for turtle watching. Tak yakin lagi betul ke boleh tengok turtle ni? Hahah. Punya la abang boat tu bagitau banyak kali location turtle, susah betul kitorang nak nampak. Sebab waktu tu, turtle tak naik atas. Dia duduk dekat dasar je. Lama tu baru Nad nampak bentuk dia membulat je kalau tengok dari atas ni 😂 Sudahnya abang boat menyelam tolong recordkan video untuk kitorang. Yayy! Memang puas hati betul.
Lepastu dia akan bawa kita ke Teluk Keke, haa nah snorkeling lah puas-puas! Cantik dia MasyaAllah. Ikan banyakkk sangat lagi-lagi kalau bagi roti memang dia akan ada dekat dengan kita je. Coral dia ada dalam dua colour camtu je dan bukan jenis yang panjang tinggi tu. Tapi memang excited betul tiap kali nampak ikan. Sebab ikan tu memang berenang dekat tepi-tepi kita ni je. Memang dah tak peduli dekat orang sekeliling lah, dok focus dekat ikan jerr.
Lepastu kita makan dekat Kg Nelayan. Situ takde banyak sangat kedai makan pun. Tak silap Nad makan dekat kedai makan no 6 je yang paling meriah banyak lauk. Tempat makan view laut hehehe Tapi jangan risau, harga dia memang berpatutan dan tak cekik darah. Tak mahal macam tempat pelancongan yang lain. Padahal dia punya sotong sikit punya besar weh! Memang puas makan la. Ada juga kedai kecik-kecik katsitu kalau korang nak shopping.
Destinasi seterusnya adalah Shark Point. Tapi kalini takde shark la. View dekat tempat ni adalah coral dia. Kat kawasan sini kurang sikit ikan. Perjalanan diteruskan ke Lata Air Berani. Dekat Lata Air Berani ni singgah kejap je dan just nak merasa mandi fresh air terjun sejuk. Tempat ni agak famous juga sebab kebanyakan yang datang dah siap-siap bawa bekas untuk tadah air. Kiranya, Nad jela yang taktau kewujudan tempat ni ye? Heheh. Nasib kawan lain dalam boat tu bawak bekas, so boleh share -hare. Tapi Nad tak merasa pun air terjun tu sebab sejuk sangattt, tak tahan.
Since takde gambar, so Nad belanja video turtle dan ikan okay! :)
Habislah sudah destinasi-destinasi snorkeling kami. Aktiviti petang tu adalah berkayak. Tapi bila turun ke pantai petang tu bukan main surut lagi air. Tengok orang lain yang tengah berkayak bukan main jauh lagi tapi paras lutut je. Memang tak berapa nak fun la. Sudahnya, abang yang jaga canoe tu pun tak benarkan kami berkayak petang tu dan decide untuk berkayak esok pagi je. Aktiviti malam macam biasa free & easy dan ada fire show!
Hari Ketiga
Untuk perjalanan dari Pulau Perhentian ke jeti Kuala Besut ada 3 waktu sahaja iaitu pada jam 8 am, 12 pm dan 4 pm. Waktu tengah breakfast pagi tu, tiba-tibe je hujan. Dah kecewa la sebab plan nak berkayak pagi tu. Tapi nasib baik hujan kejap je dalam 10 minit dan tak lebat sangat. Habis je hujan kami terus cepat-cepat pergi berkayak. Keadaan laut semua ok so penjaga canoe benarkan kami berkayak. Fuhh, nasib baik. Kalau tak sia-sia je bila tak boleh buat aktiviti yang dah termasuk dalam package ni kan. Habis je kayak terus packing barang untuk sesi check out dan naik boat jam 12 pm.
Our first kayak-ing together
Memandangkan bus dari Kuala Besut ke TBS pun habis disebabkan kami lambat booking, so perjalanan balik kami bermula dari stesen bus Machang pada jam 2.45 pm hahaha. Amboi, kemain jauh kann. Tapi Alhamdulillah selamat sampai TBS lebih kurang jam 11 pm. Dan esok tu kerja macam biasa! Fuh.
Dan kini kembali bekerja hahah. Lepasni takleh kerap sangat jalan. Kena kumpul duit dulu untuk next year punya jalan-jalan. Hehe awal kan planning. Bye bye Pulau Perhentian.