Quantcast
Channel: Nadratul Syazwana
Viewing all articles
Browse latest Browse all 358

Penang Time Tunnel & 3D Fluorescent Art Museum

$
0
0
Assalamualaikum Hai.

Penang Time Tunnel. 3D Fluorescent Art Museum. Rasa macam orang dulu-dulu sangat sebab Nad perasan Nad selalu pergi muzium-muzium ni. Kali terakhir pergi Cameron Highlands haritu pun Nad pergi time tunnel jugak. Konon-konon berminat la dengan sejarah negara. Kali terakhir amik tau pasal sejarah pun waktu form 5 la. Time tu rasa dah khatam sejarah negara sebab dapat A 😂 Lepastu terus tinggal langsung sejarah. 

Bangunan untuk Penang Time Tunnel ni dia bersambung sekali dengan 3D Fluorescent Art Museum. Tingkat bawah khas untuk Time Tunnel, lepastu naik tingkat atas untuk ke 3D Fluorescent Art Museum pula. Ticket masuk pun tak cekik darah, lagi-lagi kalau korang student memang boleh dapat murah. 

Penang Time Tunnel

Macam biasa lah, kebanyakan muzium yang terdapat di Penang biasanya terletak di Georgetown. Kalau korang nampak pintu masuk ni, ini lah tempatnya. Hmm style en, dengan ada batang mop lagi kat tepi tu. 

Fasa Pertama : Muzium Bersejarah

Penang Time Tunnel

Korang masuk je memang akan nampak kapal ni dulu. Waktu zaman-zaman penjajahan kan. 

Penang Time Tunnel

Bermula lah penceritaan pasal sejarah Pulau Pinang. Dimulakan dengan kisah waktu Francis Light menemui Pulau Pinang. Zaman-zaman di mana Pulau Pinang dijajah oleh British. Yang bestnya, kisah-kisah sejarah ni semua ada terjemahan dalam 5 bahasa iaitu bahasa Melayu, English, Chinese, Japanese dan Korean. Sekaligus membolehkan pelancong untuk memahami penceritaan yang cuba disampaikan. Kids version pun ada juga.

Penang Time Tunnel

Captain Francis Light

Penang Time Tunnel

Antara alatan memasak masyarakat India dan Melayu serta permainan tradisional Melayu.

Penang Time Tunnel

Zaman di mana buruh-buruh kasar dari India dibawa masuk bekerja di Pulau Pinang. Setiap masyarakat ada pecahan masing-masing untuk bekerja dalam bidang apa.

Penang Time Tunnel

Penang Time Tunnel

Gambar-gambar sewaktu penjajahan Jepun😭 Kalau korang tengok, baca dan hayati ni memang rasa macam dendam tak habis lagi lah ya Ampun. Kejam betul wei. Gambar setiap satu dan caption semua dah tersedia waktu kita dijajah dan diseksa. Patutlah semangat mempertahankan tanah Melayu orang-orang tua memang kuat. 

Penang Time Tunnel

Penang Time Tunnel

Antara barangan sekitar tahun 1930 hingga 1950. Nostalgic betul.

Penang Time Tunnel

Me back in 1960 ❤

Penang Time Tunnel

Penang Time Tunnel

Dekat penghujung muzium bersejarah ni akan dipaparkan keadaan negeri Pulau Pinang suatu ketika dahulu dan sekarang. Kalau nak ikutkan, tak jauh beza sangat pun. Sebab Pulau Pinang banyak mengekalkan bangunan-bangunan lama sewaktu zaman penaklukan British dulu. Ciri-ciri bangunan English style dan moden tu masih ada. Selain tu, video sewaktu diserang Jepun semasa Perang Dunia II turun dimainkan. 


Fasa Kedua : 3D Mural Art

Penang Time Tunnel

Penang Time Tunnel

Penang Time Tunnel

3D Art Mural ni terdapat di bahagian bawah dan atas bangunan. Pergi berdua pun boleh sebab photographer boleh tolong amikkan gambar 🙈

Penang Time Tunnel

Penang Time Tunnel


Fasa Ketiga : 3D Fluorescent Mural Art

3D Fluorescent Art ni memang menarik lah. Dalam banyak-banyak muzium ni first time Nad jumpa yang fluorescent. Memang unik, menarik dan lain dari yang lain. Imaginasi kawkaw dan hasil gambar jadi attractive.

Penang Time Tunnel

Penang Time Tunnel

Maaf, tangan tidak memberi kerjasama yang baik.

Penang Time Tunnel

Ketibaan buruh-buruh import di Tanah Melayu.

Penang Time Tunnel

Penang Time Tunnel

Untuk pengetahuan, keadaan kat ruang 3D Fluorescent Art ni memang gelap gelita hahah. Nak amik gambar memang kena pakai flash untuk hasilkan gambar yang berkualiti dan clear.


Fasa Keempat : Mirror Method

Penang Time Tunnel

Yang ni pun boleh kata menarik juga sebab Nad first time jumpa. Gambar kita diambil dari reflection cermin. Sebenarnya ada banyak lagi hasil mirror method, tapi yang ni je Nad berkenan heheh.Untuk mirror method ni, lebih baik kalau photographer yang ambilkan gambar kita. Kalau nak ambil sendiri nanti angle tak betul lah apa, terus gambar jadi tak real.


Fasa Kelima : Inverted Room

Penang Time Tunnel

Penang Time Tunnel

Dekat bahagian ni, Nad ikut je arah photographer tu dia suruh buat apa 😂 Sebab time katsana Nad memang tak boleh bayangkan gambar tu akan jadi camne. Lepas dah balik and tengok balik gambar, baru boleh nampak hasil dia.

Bagi Nad memang berbaloi betul lah kalau korang pergi tempat ni. Bukan setakat satu dua seni je, ada 4 jenis seni yang korang boleh nampak. Sekali bayar je dan korang boleh pergi semua tempat ni. Kalau korang nak pergi sini nati jangan lupa prepare best pose okay!


Harga Tiket Penang Time Tunnel & 3D Fluorescent Art Museum

Dewasa : RM29 | RM16 (with Mykad/Mykid)
Kanak-kanak (5 - 12 tahun) : RM16 | RM8 (with Mykad/Mykid)
Student (with student card) : RM16 | RM11 (with Mykad/Mykid)


Penang Time Tunnel & 3D Fluorescent Art Museum

Address : No 39, Jalan Green Hall, Georgetown, Pulau Pinang, Malaysia
Business hours : Open everyday (9.15am - 7pm)
No tel : 04-261 9181
Facebook : Penang Time Tunnel
Website : penangtimetunnel.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 358