Quantcast
Channel: Nadratul Syazwana
Viewing all articles
Browse latest Browse all 358

DatumCorp Lancar Kempen #DatumHomesForAll dan Projek Datum Jelatek

$
0
0
Assalamualaikum Hai.



#DATUMHOMESFORALL. DatumCorp International Sdn Bhd (DatumCorp) yang merupakan anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah melancarkan kempen #DatumHomesForAll di galeri jualan Datum Galleria, Jalan U-Thant, Kuala Lumpur. Nad memang excited betul bila dapat invitation tentang projek Datum Jelatek ni. Nad dah pernah dengar idea tentang projek ni dari tahun 2015 dulu waktu internship dekat PKNS. Waktu tu memang rasa impressed betul bila dengar tentang planning dia. Soft launching pun dah diadakan pada tahun 2015.


Kempen ini dilancarkan oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor, YAB Tuan Haji Amirudin Shari dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) DatumCorp, Shytul Shahryn Mohamad Shaari. Kempen #DatumHomesForAll ni bertujuan untuk mengukuhkan pembangunan konumiti DatumCorp melalui dua objektif.

1) Meningkatkan pemilikan kediaman dan pelaburan di Datum Jelatek melalui 4 pakej khas unik iaitu The Voyager Pack, Wealth Boost Pack, Blooming Pack dan Pro-C Pack.

The Voyager Pack : For Airbnb
Wealth Boost Pack : For saving or investment - Clean Home Family Package
Blooming Pack : Healthcare and Clean Home Package
Pro-C Pack : For investor

2) Meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat berhubung dengan sumbangan Orang Asli kepada negeri Selangor melalui permainan mudah alih Datum Tap. 

Permainan Datum Tap membolehkan pemain mengumpul 'planks' bagi membina rumah maya komuniti Orang Asli yang mana pada akhiranya akan berubah menjadi rumah sebenar. Kira konsep bermain sambil beramal la gitu. Permainan boleh dimuat turun dari kedua-dua platform iOS dan Android. 

Bukan sahaja komuniti Orang Asli boleh menang rumah, tetapi kita sebagai pemain juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik! Top 10 akan berpeluang untuk bertanding secara live dan menang hadiah utama. Manakala hadiah mingguan akan dipilih secara random.

Hadiah Utama : Pakej pelancongan ke Osaka selama 6H5M
Hadiah Mingguan : Huawei P20 Pro (13 units)

Majlis juga turut menyaksikan pemeteraian MOU di antara CEO DatumCorp dengan Presiden Epic Society, John Son-Oei. Epic Society merupakan organisasi bukan berorientasikan keuntungan yang menumpukan kepada usaha mendirikan rumah kepada komuniti Orang Asli.







"Kami berasa terharu apabila diberi peluang untuk bekerjasama dengan DatumCorp menerusi kempen CSR mereka. Ternyata Datum Tap muncul dengan sebuah gamification yang tepat bagi menyampaikan dan menjayakan matlamat kami dalam membudayakan komuniti Orang Asli. Umum mengetahui permainan telefon bimbit kebiasaannya adalah untuk bersuka ria dan mungkin untuk memenangi hadiah. Namun begitu, Datum Tap bergerak seiring dengan hasrat untuk memenuhi kehendak komuniti dan secara tidak langsung mendidik masyarakat menegenai komuniti Orang Asli" - John Son-Oei

Datum Jelatek


Datum Jelatek! Aaaa memang akan fall in love betul dengan konsep rumah ni. DatumCorp memperuntukkan RM1.2 billion untuk menjayakan projek Datum Jelatek yang berasakan idea "Bridging the Community". 

Bangunan Datum Jelatek mempunyai 4 tower (Daneeya, Ayaana, Careema, Basheera) dan 708 unit buah rumah. Setiap tower adalah berhubung antara satu sama lain dengan adanya "sky-ring" yang terletak di tingkat 27! Dari tingkat ini juga, jelas boleh terlihat pemandangan KLCC yang hanya terletak 3.5 km dari Datum Jelatek. Ia juga bersambung dengan bangunan kedai 4 tingkat untuk kemudahan penduduk.

Pembeli boleh memilih sama ada jenis rumah studio, jenis rumah 1 bilik, jenis rumah 2 bilik mahupun jenis rumah 3 bilik. Keluasan unit ini bermula dari 550 sq ft sehingga 1,600 sq ft. Setiap unit rumah disediakan dari dua hingga empat car parks. Haa even beli studio-sized pun boleh dapat 2 car parks dan tiada sewa dikenakan. Sebelum Nad lupa, kalau yang tiada kenderaan anda jangan risau, Datum Jelatek adalah bersambung dengan Stesen LRT Jelatek! Pehhh. Keluar rumah terus naik LRT. Datum Jelatek juga mengutamakan keselamatan penduduk di mana ia dilengkapi dengan 6 pusat security dan security checkpoint. 

Dari segi kemudahan, persekitaran Datum Jelatek adalah berdekatan dengan KLCC, Gleneagles Medical Centre, Prince Court Medical Centre, Prince Embassy park, Royal Selangor Golf Club, Pavilion dan 2 sekolah antarabangsa. Akses berdekatan adalah Jalan Ampang, AKLEH, MRR2 dan Jalan Tun Razak. 

LEVEL 11
Half Basketball Court
Zen Reflexology
Aromatherapy Plant
Function Hall
Games Room
Jacuzzi
Infinity Pool
Cabanas
Steam Bath
Gymnasium
BBQ Area

Level 27
Aerobics Studio
Outdoor Dance Studio
Theattyre
Private Alfresco Lounge
Library

Ada banyakkkk lagi kemudahan dan entertainment lain. Tapi Nad senaraikan separuh dulu ya. Selain tu, projek Datum Jelatek juga menerima sijil Green Building Index (GBI) kerana dibina sambil menitikberatkan keadaan alam sekitar. Contoh, Datum Jelatek mempunyai landscape yang subur dan architectural design dia sangat inovatif. Sistem pengudaraan yang efektif (dari segi penggunaan tenaga) dan pencahayaan natural yang baik (kurang penggunaan tenaga elektrik). Quite excited juga tentang ni sebab Nad ingat lagi tahun lepas ada 1 semester kena ambil subject ni. Kalau Datum Jelatek dapat award ni means points dia memang tinggi. 3 lagi award lain yang dimenangi dalam Asia Pacific Property Awards adalah Best Residential Renovation/Redevelopment Malaysia, Best Mixed-Use Development Malaysia dan Best Mixed-Use Architecture Malaysia.



Lastly, jangan lupa untuk download permainan Datum Tap di telefon bimbit anda okay! Nad pun main tau. Tapi planks baru 800+ tapi tak apa. Kalau ada rezeki boleh menang hadiah best. Kalau takde rezeki, anggap saja kita bermain sambil beramal. Tak rugi pun :) Kalau nak baca lebih lanjut, boleh baca di http://datumjelatek.com.my 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 358

Trending Articles


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


INUMAN QUOTES


Sapos para colorear


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Re:Mutton Pies (lleechef)