Hi Assalamualaikum.
Penjenamaan semula Fleur kepada Flerr! Kepada korang yang taktau, jenama Flerr ni adalah jenama car fragrance. Semua orang yang memiliki kereta mesti nak kereta dia sentiasa wangi dan segar je kan? Baru lah senang hati bila melangkah masuk kereta tu. Nad pun sejak bekerja ni memang setiap hari akan drive dan banyak masa dihabiskan dalam kereta. Lagipun kita mesti la kita nak yang terbaik buat kereta kita.
Penjenamaan Fleur kepada Flerr!
Fleur sudah pun wujud sejak tahun 2016 lagi dan ia adalah produk tempatan Malaysia. Namun, 100% pure concentrate essential oil adalah diimport dari negera luar iaitu France di mana essential oil ini selamat dan boleh bertahan dalam jangka masa yang panjang. Sepanjang kewujudan Fleur sehingga kini, sebanyak 3.1 juta botol pewangi kereta Fleur sudah pun terjual. Nampak tak? Kalau takde demand, tak mungkin boleh terjual sehingga berjuta-juta unit. Untuk 2019, Flerr menyasarkan akan menjual 1.8 juta unit botol pewangi dan 2 juta car fragrance.
Tapi, ramai yang sering menyebut perkataan 'Fleur' dengan salah sehingga akhirnya company mengambil keputusan untuk menjenamakan semula Fleur dengan nama FLERR! Lebih mudah untuk disebut dan pasti tiada kesalahan sebutan.
Pelancaran Le'Clipse
Dulu awal-awal drive kereta, selalu bereksperimen dengan pelbagai jenis car fragrance. Tapi susah nak jumpa yang kita berkenan di hati. Ada tu yang baru guna dalam jangka masa pendek je dah habis, ada yang baru gune kejap dan bau dia dah berkurang, ada pula yang bila kita on aircond baru dia keluar bau. Eish, macam-macam jenis car fragrance lah yang kita akan jumpa bila selalu mencuba ni.
Selain menjenamakan semula Fleur kepada Flerr, Ketua Pegawai Eksekutif Fleur, Encik Mohd Suhaimi Saiful juga turut melancarkan produk terbaru iaitu Le'Clipse. Wangian ini adalah yang jenis boleh clip sahaja di aircond kereta anda dan sudah pun mula dijual sejak minggu lalu. Didatangkan dengan 5 jenis bauan iaitu Amethyst (Lavender), Citrine (Citrus), Sapphire (Atlantis), Aurora (Ice Peach Tea), dan Emerald (Green Apple). Rare kan? Bukan jenis bauan yang biasa kita jumpa di pasaran. Yang lagi best bau ni semua selamat untuk kanak-kanak dan tiada methanol.
Sekarang Nad tengah cuba pakai Aurora (Ice Peach Tea) pehhhh wangi sangat. Even tak buka aircond pun masuk kereta memang terus bau. Setakat ni tak pernah lagi pakai jenis bauan begini untuk kereta. Pihak Flerr kata boleh bertahan sehingga sebulan (up to 30 days) so nanti kita tengok ok 30 hari tu masih bau lagi tak. Harga dia pun affordable hanya RM15.90 seunit.
Tolak penutup tu ke kanan untuk penggunaan maximum.
Yayyy, kereta Nad dah wangi sekarang. Korang bila lagi? Produk baru dan hot serta harga yang berpatutan. Kalau nak usha lebih lagi boleh la tengok-tengok dulu.
Website : www.flerr.com
Facebook : FLERR
Instagram : @flerrhq