Assalamualaikum Hai.
Petal Velvet Sunaway Sunscreen Kit. Semua orang sedia maklum, sunscreen/sunblock merupakan produk yang WAJIB dipakai bila kita terdedah kepada ultraviolet (UV). Nad sendiri, hampir setahun memang wajibkan diri Nad pakai sunblock. Bukan sahaja pada waktu aktiviti outdoor, tapi memang every single day Nad pakai sunblock yang SPF 50+ PA+++ tu. Hasilnya, sebulan yang lalu bila Nad buat skin analysis dekat satu medispa ni, result untuk bahagian UV tu match dengan umur Nad yang sekarang. Tak kisah la kalau korang bukan jenis yang pakai make up sekalipun, sunblock is a must.
Cleanser dan moisturizer Althea dah launch haritu. Kemudian, loose powder dan masker pula launch. So dah tiba masanya untuk Althea perkenalkan pula sunblock yang awesome ni!
Cleanser dan moisturizer Althea dah launch haritu. Kemudian, loose powder dan masker pula launch. So dah tiba masanya untuk Althea perkenalkan pula sunblock yang awesome ni!
Apa je yang terkandung dalam Petal Velvet Sunaway Sunscreen Kit ni?
❶ Petal Velvet Sunaway SPF 50+ PA+++
❷ Petal Velvet Powders in shade #0 (Translucent), #23 (Warm Beige) and #Pink Lavender
❸ Althea Hologram Pouch
Bau. Sunscreen ni memang berbau rose memandangkan ia mengandungi damask rose yang berfungsi untuk melembab dan melicinkan kulit. Kalau korang nak tau, damask rose ni kaya dengan vitamin yang akan menyerap masuk ke dalam kulit dan akan memberi effect glow pada kulit. Mula-mula bau sunscreen ni macam lain macam. Dah selalu pakai dah boleh adapt dan suka pula dengan bau dia.
Texture. First time Nad apply sunscreen ni texture dia agak cair dan mengalir camtu je. Esoknya bila nak apply Petal Velvet Sunaway Sunscreen ni dah mula pekat sikit. Yang penting, korang jangan lupa goncang sebelum buka okay. Tapi yang best, walaupun texture dia pekat, ia sebenarnya ringan, mudah disapu dan cepat meresap pada kulit!
Before | After
Finishing. Lepas je apply Petal Velvet Sunaway Sunscreen ni, kulit muka akan jadi satu tona lebih cerah dari biasa.Tapi still boleh blend well dengan warna kulit asal. Jangan risau, warna kulit takkan jadi bercapuk, mahupun meninggalkan kesan putih. Ia juga sesuai untuk muka yang mempunyai jenis kulit berminyak. Walaupun kulit muka Nad berminyak, tapi sunscreen ni takde rasa melekit atau buat muka Nad jadi lebih berminyak. Semua jenis kulit sesuai lah, termasuk juga kukit sensetive.
Special.
➊ Micro Powder Barrier
Partikel micro (kecil & halus) pada sunscreen bertindak untuk menyerap lebihan minyak yang terhasil pada kulit. Maka, kulit menjadi lebih bersih dan halus. Manakala, hyaluronic acid pula akan melembab dan menghidrat jauh ke dalam kulit.
➋ Advanced non-chemical UV Filter
Macam yang Nad cakap tadi, kulit korang takkan bercapuk. Sunscreen ni akan blend well ngam-ngam cantik dengan kulit asal korang. Itu lah fungsi advanced non-chemical UV filter ni di mana ia dihasilkan dengan transparent formula.
Petal Velvet Power keluaran Althea ni terdiri daripada 3 shades iaitu #0 (Translucent), #23 (Warm Beige) and #Pink Lavender. Yang pasti semua boleh blend well dengan kulit. Kalau nak beli semua shades pun boleh. Macam Nad, ketiga-tiga shades semua Nad apply sekaligus.
#0 (Translucent) | RM 16
#23 (Warm Beige) RM16
#PinkLavender RM17
Texture dia agak powdery. Maybe sebab lubang pada bekas agak besar, maka sekali shake je dah banyak powder yang keluar. Tapi bila apply kat kulit, memang dia betul-betul duduk elok cantik atas kulit. Dan yang paling best........ Kulit terasa lembuttttt sangat sangat! Sangat sangat sangat. Rasa nak belai selalu sebab terlalu lembut hahaha. Rasa tak puas nak pegang muka sendiri. Rasa lembut macam kelopak bunga tu. Powder Althea juga hanya menggunakan bahan semulajadi dan cruelty-free!
Apply ikut 3 shades dekat mana-mana part yang kita suka 😜
Dan ini hasilnya, taraaa ❤
Akhir kata, Nad memang suka combination Petal Velvet Sunaway Sunscreen dan Petal Velvet Powder. Kedua-dua product memang da bomb dan sesuai sangat dengan kulit Nad, sampai Nad guna as daily use. Kalau korang cuba salah satu dari product atas ni pun dah cukup untuk percaya betapa bestnya produk-produk ni.
Anyway, kalau korang beli Petal Velvet Sunawat Sunscreen Set lebih murah tau. Harga asal RM59, tapi dapat 10% discount jadi RM53.10. Jauh lebih murah berbanding kalau korang beli secara loose item.
Instagram : @altheakorea
Website : https://my.althea.kr