Quantcast
Channel: Nadratul Syazwana
Viewing all articles
Browse latest Browse all 358
↧

Promosi "BACK TO SCHOOL" di Sunfeet dan Pemeriksaan Kaki PERCUMA

$
0
0
Assalamualaikum Hai.

Pemeriksaan Kaki Percuma di Sunfeet

Promosi "BACK TO SCHOOL" Bersama Sunfeet. Bila waktu cuti sekolah ni, memang banyak promosi yang ditawarkan untuk barangan persekolahan kan. Waktu ni, semua ibu bapa mahupun pelajar berpusu-pusu ke shopping mall untuk mencari pakaian dan peralatan sekolah. Sunfeet juga tidak ketinggalan membuat promosi kelengkapan persekolahan seperti kasut dan bag sekolah.

Nad sendiri berkesempatan untuk mengunjungi Sunfeet International Rehab Centre yang terletak di Petaling Jaya. Ternyata, promosi yang dijalankan memang berbaloi-baloi. Anda boleh berjimat sehingga 20% dari harga asal. Kalau nak tau, kasut sekolah di Sunfeet direka khas dengan kesesuaian tapak kaki dan bagus untuk menampung bahagian bada, pinggang dan tulang belakang. Insole yang terdapat pada kasut juga bersifat 'solid'Β dan mudah alih. Pentingnya pemilihan kasut yag betuk bagi memastikan kaki membesar dengan baik dan anak-anak sentiasa merasa selesa mengenakan kasut tersebut.

Pemeriksaan Kaki Percuma di Sunfeet

Pemeriksaan Kaki Percuma di Sunfeet

RM 299

Boleh rambang mata juga kalau berkunjung ke Sunfeet International Rehab Centre ni sebab pilihan kasut sekolah memang banyak. Sama ada mahu kasut sekolah jenis bertali atau siap disarung, kedua-duanya juga terdapat di sini. Selain itu, kasut sekolah berwarna hitam dan putih turut dijual.

 Pemeriksaan Kaki Percuma di Sunfeet

Pemeriksaan Kaki Percuma di Sunfeet

Pemeriksaan Kaki Percuma di Sunfeet

Pemeriksaan Kaki Percuma di Sunfeet

Bag sekolah juga turut dijual

Sepanjang hidup, pernah tak korang melakukan pemeriksaan kaki? Mesti tak pernah kan? πŸ˜‚ Selama ni cuma sibuk pemeriksaan kulit dan mata je. Pertama kali dalam hidup Nad try pemeriksaan kaki secara PERCUMA di Sunfeet ni. Mudah je, hanya perlu walk in ke Sunfeet dan beritahu anda mahu buat permeriksaan kaki. Nanti pihak Sunfeet akan scan kaki korang. Hasilnya, korang boleh tahu saiz sebenar kaki, ada sesetengah orang saiz kaki kanan dan kiri tidak sama, jenis kaki (flat, normal, high arch, severe, pronated) dan apa yang disarankan untuk support kaki korang.

Pemeriksaan Kaki Percuma di Sunfeet


Pemeriksaan Kaki Percuma di Sunfeet

Foot Analysis Report

Saiz untuk kedua-dua belah kaki kiri dan kanan Nad sama saiz iaitu size 38. Hmm selama ni macam tersilap beli saiz je sebab mostly kasut Nad saiz 37 hahah. Jenis kaki normal. Tapi kaki Nad yang belah kiri dah menghampiri high arch. Kalau tak dibendung, besar kemungkinan kaki kanan juga boleh menghampiri high arch juga. Kesan jangka panjang akan mudah sakit pinggang.

Nad juga sempat mendengar talk ringkas yang disampaikan oleh Dr Edmund Lee, seorang pakar orthotik tentang kesihatan kaki. Sebanyak lebih 30,000 pasang kaki telah pun berjaya dirawat oleh Sunfeet.

Pemeriksaan Kaki Percuma di Sunfeet

Talk by Dr Edmund Lee

Pentingnya melakukan pemeriksaan kaki terutama buat kanak-kanak adalah kerana masalah kaki pada kanak-kanak masih boleh diperbetul. Pada usia 1-4 tahun, kaki kita masih membentuk (false flatfoot). Pada usia 4-14 tahun, ini dipanggil golden period of intervention di mana ini adalah waktu terbaik untuk memperbetul kaki yang mengalami masalah. Waktu ini, kaki masih lagi flexible untuk diperbetul. Bagi orang dewasa, kaki kita sudah tidak boleh diperbetul dan hanya boleh support supaya tidak menjadi lebih teruk. Ini kerana, tulang pada badan orang dewasa sudah matang dan tidak flexible.

Pemeriksaan Kaki Percuma di Sunfeet

Pemeriksaan Kaki Percuma di Sunfeet


Alang-alang tengah cuti sekolah ni, mesti ramai yang tengah mencari kelengkapan sekolah tahun 2019 untuk anak-anak kan. Boleh la segera berkunjung ke Sunfeet untuk membuat pemeriksaan kaki PERCUMA dan dapatkan promosi "BACK TO SCHOOL" di Sunfeet.

Sunfeet International Rehab Centre

Alamat : Block C, 18 Jalan 19/1, Seksyen 19, 46300, Petaling Jaya, Selangor
Waktu Beroperasi : Setiap hari 10AM - 7PM
Contact : 013-912 2939
↧

Viewing all articles
Browse latest Browse all 358

Trending Articles


Re:Mutton Pies (lleechef)


Sapos para colorear


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


INUMAN QUOTES


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.