Quantcast
Channel: Nadratul Syazwana
Viewing all articles
Browse latest Browse all 358

Jadual Cuti Umum Tahun 2019

$
0
0
Asslamualaikum Hai.

Jadual Cuti Umum 2019. Dekat hujung tahun ni, mesti ramai yang dah mula merancang untuk aktiviti tahun hadapan kan. Mungkin ada yang nak pergi travel, nak bersalin, nak berkahwin, atau sebarang aktiviti yang memerlukan perancangan awal. Dulu, Nad tak pernah ambil tahu pun hal-hal cuti umum ni. Kita amik tahu bila cuti semester je 🙊 Tapi sejak bekerja ni, penting juga untuk tahu bila cuti umum. Senang nak apply cuti hehe.

Image result for hello 2019


Dekat sini Nad sertakan jadual cuti umum tahun 2019 bermula dari bulan Januari sehingga lah Disember bagi memudahkan perancangan awal korang. Eh eh, cakap orang padahal diri sendiri pun sibuk nak tahu bila cuti hahahah.

JANUARI
  • 1 Januari (Selasa) - Tahun Baru (Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, Terengganu)
  • 14 Januari (Isnin) - Hari Keputeraan YDPB Negeri Sembilan (Negeri Sembilan)
  • 20 Januari (Ahad) - Hari Keputeraan Sultan Kedah (Kedah)
  • 21 Januari (Isnin) - Hari Thaipusam (KL, Selangor, Johor, Penang, Negeri Sembilan, Perak, Putrajaya)

FEBRUARI
  • 1 Februari (Jumaat) - Hari Wilayah Persekutuan (KL, Labuan, Putrajaya)
  • 5 Februari (Selasa) - Tahun Baru Cina (Semua negeri)
  • 6 Februari (Rabu) - Tahun Baru Cina Hari Kedua (Semua negeri)

MAC
  • 4 Mac (Isnin) - Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu (Terengganu)
  • 23 Mac (Sabtu) - Hari Keputeraan Sultan Johor (Johor)

APRIL
  • 3 April (Rabu) - Israk dan Mikraj (Kedah, Negeri Sembilan, Perlis)
  • 15 April (Isnin) - Hari Pengisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah (Melaka)
  • 19 April (Jumaat) - Good Friday (Sabar, Sarawak)
  • 26 April (Jumaat) - Hari Keputeraan Sultan Terengganu (Terengganu)

MEI
  • 1 Mei (Rabu) - Hari Pekerja (Semua negeri)
  • 6 Mei (Isnin) - Awal Ramadan (Kedah, Johor, Melaka)
  • 7 Mei (Selasa) - Hari Hol Pahang (Pahang)
  • 19 Mei (Ahad) - Hari Wesak (Semua negeri)
  • 20 Mei (Isnin) - Cuti Hari Wesak (Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu)
  • 22 Mei (Rabu) - Hari Nuzul al-Quran (Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak)
  • 30 Mei (Khamis) - Pesta Kaamatan (Labuan, Sabah)
  • 31 Mei (Jumaat) - Pesta Kaamatan Hari Kedua (Labuan, Sabah)

JUN
  • 1 Jun (Sabtu) - Hari Gawai (Sarawak)
  • 2 Jun (Ahad) - Hari Gawai Hari Kedua (Sarawak)
  • 5 Jun (Rabu) - Hari Raya Aidilfitri (Semua negeri)
  • 6 Jun (Khamis) - Hari Raya Aidilfitri Hari Kedua (Semua negeri)

JULAI
  • 7 Julai (Ahad) - Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown (Penang)
  • 13 Julai (Sabtu) - Harijadi YDPA Negeri Pulau Pinang (Penang)
  • 17 Julai (Rabu) - Hari Keputeraan Raja Perlis (Perlis)
  • 22 Julai (Isnin) - Hari Sarawak (Sarawak) 

OGOS
  • 11 Ogos (Ahad) - Hari Raya Haji (Semua negeri)
  • 12 Ogos (Isnin) - Hari Raya Haji Kedua (Semua negeri)
  • 31 Ogos (Sabtu) - Hari Kebangsaan (Semua negeri)

SEPTEMBER
  • 1 September (Ahad) - Cuti Hari Kebangsaan (Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu)
  • 2 September (Isnin) - Cuti Awal Muharram (Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Terenggu)
  • 9 September (Isnin) - Hari Keputeraan YDPA (Semua negeri)
  • 16 September (Isnin) - Hari Malaysia (Semua negeri)

OKTOBER
  • 5 Oktober (Sabtu) - Harijadi YDP Sabah (Sabah)
  • 5 Oktober (Sabtu) - Hari Hol Almarhun Sultan Iskandar (Johor)
  • 11 Oktober (Jumaat) - Harijadi YDP Negeri Melaka (Melaka)
  • 12 Oktober (Sabtu) - Harijadi YDP Negeri Sarawak (Sarawak)
  • 24 Oktober (Khamis) - Hari Keputeraan Sultan Pahang (Pahang)
  • 27 Oktober (Ahad) - Hari Deepavali (Semua negeri kecuali Sarawak)
  • 28 Oktober (Isnin) - Cuti Hari Deepavali (Semua negeri kecuali Sarawak, Johor, Kedah Kelantan, Terengganu)

NOVEMBER
  • 1 November (Jumaat) - Hari Keputeraan Sultan Perak (Perak)
  • 9 November (Sabtu) - Maulidur Rasul (Semua negeri)
  • 11 November (Isnin) - Hari Keputeraan Sultan Kelantan (Kelantan)
  • 12 November (Selasa) - Hari Keputeraan Sultan Kelantan Hari Kedua (Kelantan)

DISEMBER
  • 11 Disember (Rabu) - Hari Keputeraan Sultan Selangor (Selangor)
  • 25 Disember (Rabu) - Hari Krismas (Semua negeri)

Haa, so far inilah cuti-cuti umum yang kita ada untuk tahun 2019. Bergantung juga anda duduk di negeri mana ye. Ada yang dah mula merancang untuk aktiviti tahun 2019 ke? Kalau belum, anda sudah boleh merancang sekarang. Ada sebulan lagi sebelum kita habis tahun 2018 dan masuk ke tahun 2019. Happy New Year 2019! 😜

Viewing all articles
Browse latest Browse all 358