Assalamualaikum Hai.
Althea Milk Peel Cream Mask. Pemakaian mask secara kerap adalah tidak salah dan bagus untuk mengekalkan kelembapan serta kelembutan kulit. Nad sendiri pun masih cuba merajinkan diri untuk memakai mask secara kerap. Cuma kita tukar-tukar jenis mask, harini pakai sheet mask, esok pakai clay mask, esoknya lagi peel off mask, pastu esok scrub kulit. Bila buat macamni, tak sempat nak rasa bosan pakai mask sebab bertukar-tukar mood 🙈 Cuma ada satu jenis mask yang Nad belum pernah cuba lagi iaitu bubble mask.
Terbaru, Nad dengar Althea keluarkan pula Milk Peel Cream Mask. Mula-mula dengar confuse jap sama ada peel off mask atau cream mask. Excited sangat nak try lagi-lagi bila tengok packaging dia yang simple dan comel.
RM36 | 50 ml
Selalu cleanser atau toner je ada AHA BHA ni, sekali Milk Peel Cream Mask ni pun mengandungi AHA dan BHA yang berfungsi untuk membuang kulit mati dan pori-pori tersumbat, sekaligus menjadikan kulit kita lebih lembut! Dah macam scrub dah sebab boleh buang kulit mati kan.
![Althea Milk Peel Cream Mask Althea Milk Peel Cream Mask]()
![Althea Milk Peel Cream Mask Althea Milk Peel Cream Mask]()


Texture Althea Milk Peel Cream Mask ni dia soft clay yang akan berbuih kita kita massage dekat kulit. Baru letak dalam beberapa saat je memang laju je berbuih. Rasa geli sikit dekat kulit sebab boleh rasa buih tu sedang berbuih-buih hahaha. Soft clay (kaolin) ni akan menarik keluar segala kekotoran yang ada dalam pori-pori kulit kita. Lepas dah buang sel kulit mati dan kekotoran dalam kulit, milk protein extract yang kaya dengan vitamin pula akan melakukan tugas dia dengan mengekalkan kelembapan dan kesegaran kulit kita supaya sentiasa sihat.
Muka rasa fresh lepas bilas
Cara nak pakai mudah je. Apply je soft clay mask dekat kulit dan tunggu antara 30 hingga 60 saat sampai dia berbuih-buih. Lepastu bilas dengan air suam. Lepas bilas je, mesti rasa kulit macam eh putih sikit hahaha. Mood kita pun jadi seronok je sebab kulit rasa lembut dan wangi bau milk. Sama seperti sheet mask, Milk Peel Cream Mask sesuai untuk dipakai setiap hari.
Texture ia yang halus dan ringan membolehkan pelbagai kulit sesuai memakainya. Baik combination skin, pori terbuka, kulit kasar/sentisitive yang memerlukan exfoliation secara lembut mahupun kulit kering yang memerlukan kelembapan sepanjang hari.
So, bertambah lagi satu koleksi mask Nad. Excited sangat sebab ni my first ever bubble mask. Macamni rupanya perasaan bila pakai bubble mask eh 🙈 Nasib baik sesuai dipakai setiap hari, takdelah ralat sangat bila tak dapat pakai kan heheh. Kalau korang pun nak ber bubble mask, boleh dapatkan di Althea (Milk Peel Cream Mask) yer.
Website : http://althea.kr