Quantcast
Channel: Nadratul Syazwana
Viewing all articles
Browse latest Browse all 358

Borong Buku di Big Bad Wolf 2018, MIECC

$
0
0
Asslamualaikum Hai.


Big Bad Wolf 2018! Hehehe. Walaupun dalam kesibukan kerja, sempat jugak lagi nak menyinggah ke Big Bad Wolf ni. Seingat Nad, sebelum ni Nad dah pernah pergi sekali waktu Big Bad Wolf 2016 dulu di Times Square, Penang. Kali ni, Nad join the crowd again dengan kawan-kawan yang sama. Hahahah. Dengan harapan banyak lah buku yang diborong kalini.



Plan asalnya mula-mula tu nak join aktiviti-aktiviti volunteer dekat sekitar sini. Tiba-tiba tersebut pulak pasal Big Bad Wolf yang secara kebetulan tengah berlangsung di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC). Terus masing-masing on nak pergi. Tapi kali ni kami pergi naik public transport je hahahah gigih tak? Sebab pergi on weekend, Nad malas nak hadap jammed dan berebut parking semua tu, maka hadap jelah naik ktm even 3 jam baru reti nak sampai.

Sampai ke sana, Nad memang dah set nak amik gambar dengan board Big Bad Wolf (Sebab 2 tahun lepas lupa nak amik). Tujuan Nad dating Big Bad Wolf kalini untuk cari buku genre motivasi dan novel-novel yang best. So bila sampai je, Nad tak belek pun buku dari satu meja ke satu meja. Nad skip bahagian children dan focus dekat bahagian adult/romance/self care, dan bargain. Pusing banyak-banyak kali pun memang pusing tempat sama je hahah.

Disebabkan Nad bangun lambat haritu, so tak sempat nak breakfast. Lepas 2 jam membelek buku, Nad memang dah lapar gila. Nasib baik ada Wolf Café berdekatan dengan area buku ni. Yang tak nasib baik sebab makanan dah banyak habis. So takde banyak choice sangat. Tapi sebab dah lapar kan so kita hadap jelah.


Orang parking trolley dekat depan café je

Habis makan, kita pun sambung belek buku lagi. Dekat area yang sama jugak hahaha. Sebab bila pusing banyak kali, rasanya staff dia ada tambah atau tukar buku dekat bahagian tu. Bila pusing je rasa macam buku dah lain, so takde bosan sangat. Waktu ni, Big Bad Wolf ada juga buat contest selfie dengan buku dan book haul.20 orang pemenang harian akan dapat RM50. Manakala pemenang utama akan dapat buku Harry Potter collection bernilai RM1000+.  Niat asal Nad memang nak join tapi tangguh punya tangguh, tetibe dah tarikh tutup haha.


Ruangan Bargain

Hasil tangkapan Nad kali ni lebih banyak kalau nak dibandingkan dengan Big Bad Wolf 2016. Dulu dapat beli 4 buku je, kalini dapat la 6 buah buku (2 buku motivasi, 5 novel). 6 buah ni pun Nad cukup puas hati dah hahah. Nak beli banyak sangat pun takleh jugak sebab kita kan naik public transport je, Jenuh nak usung buku tu ke sana ke mari nanti.




Setakat ni yang dah habis baca buku kecil OFF tu jela hahah. In shaa Allah by 2019 kita habiskan semua ni. 5 buah dalam masa setahun boleh kot kan. Nanti Nad share review each book dekat blog ok! 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 358