Assalamualaikum Hai.
The Spiral. Okay kalini Nad nak review movie The Spiral. Rasa macam dah lama lah tak review-review movie ni. Asyik review skincare dengan make up je kan. Sebenarnya Nad banyak je tengok movie dekat cinema tu cuma tak sempat nak share kat blog. Movie ni pulak sejenis yang bersifat sementara je. Kalau kita peram lama sikit terus dah tak trending cerita tu hahah.
Berbalik kepada The Spiral, to be honest Nad tak pernah dengar pun tajuk dia waktu nak tengok cerita ni. Tapi, disebabkan Nad memang selalu tengok je cerita tanpa baca synopsis ke apa, sebab taknak tahu jalan cerita, so Nad proceed je. I totally has no clue what is this story about.
Sinopsis The Spiral
Permulaan cerita dimulakan dengan adegan bunuh-membunuh di sebuah rumah. Jon Caine juga membunuh semua orang di dalam satu café hanya kerana seseorang berlaga bahu dan menyuruhnya meminta maaf. Dia akhirnya ditangkap oleh Detektif Inspektor Aleana dan masuk ke dalam penjara. Tidak lama kemudian, rangka mayat Jon Caine sebenar yang dilaporkan hilang telah ditemui.
Semasa di dalam penjara, Dr Melanie Surya yang merupakan seorang psikiatri penjenayah cuba untuk merungkai sebab dan apa yang terjadi kepada Jon Caine. Tapi, Jon Caine memang psycho dan mengugut Dr Surya. Dr Surya akhirnya sedar bahawa kewujudannya ada kena-mengena dengan Jon Caine apabila Jon Caine bertindak menghilangkan diri betul-betul di depan mata Dr Surya.
So, apa kaitan Dr Surya dengan Jon Caine ni? Kenapa Jon Caine dating cari Dr Surya? Dan apa rahsia yang Dr Surya temui mengenai Jon Caine?
Storyline : Idea dan konsep movie sejujurnya sangat menarik. Macam movie English yang kita tak boleh nak predict sangat ending dia. Dari permulaan sampai pertengahan cerita, Nad memang focus tengok sebab curious dan nak tahu sangat apa yang terjadi dengan Jon Caine tu. Waktu permulaan cerita ni jugak memang psycho habis. Movie ni genre science-fiction, memang jarang sangat kita tengok Malaysia produce movie macamni.
Actor: Pemilihan actor yang tepat bagi Nad. Tiga pelakon Utama; Siti Saleha, Peter Davis dan Ben Pfeiffer yang memang hebat lakonan. Diorang speaking pun memang fluent, rasa macam tengok movie Barat pulak. Editing pun mantap.
Highlight : Kemuncak cerita adalah waktu Dr Surya dah start reveal rahsia Jon Caine dan mula merantau antara dimension untuk betulkan balik keadaan. Waktu ni korang kena betul-betul focus dan faham jalan cerita. Babak waktu ni agak bercampur dan confusing, tapi kalau korang jenis suka berfikir, memang best. Ending dia pun menggembirakan hehehe.
Director : Pf Wong
Writers : Kenny Walakandou, Peter Wong
Genre : Science fiction | Thriller | Horror
Duration : 1 hour 15 mins
Rating : 3.5 /5