Quantcast
Channel: Nadratul Syazwana
Viewing all articles
Browse latest Browse all 358

Japan Travelogue : Flight to Osaka, Japan

$
0
0
Hi Assalamualaikum.


Since ini adalah first post Nad tentang #JapanTravelogue so Nad akan cerita dari mula dari awal sekali. Perancangan awal sebenarnya Nad dengan kawan Nad hanya plan nak pergi Jogjakarta, Indonesia. Tapi, kebetulan pula flight ticket pada waktu tu boleh dikategori kan agak murah, terus plan melencong pergi ke Japan pula Masya Allah. Memang gamble betul waktu tu sebab beli ticket awal 6 bulan. Hanya boleh berharap trip kali ni betul-betul menjadi.

Dan yang kelakar, Nad pergi vacation kali ni dengan orang yang Nad tak pernah jumpa in real life pun. Tapi dah kenal lama since 2012 camtu dari blog juga, cuma rasanya dia dah stop blogging. Dan hanya follow each other dekat social media je. Entah macam mana lah boleh ter plan nak pergi vacation sekali. First and second meet kitorang jumpa untuk plan and discuss about vacation ni sahaja. Third meet up terus fly dah. 

So, dapatlah Nad flight ticket dari KLIA2 ke Osaka-Kansai Airport (KIX)pada harga RM 477.35 termasuk baggage 20kg + Meals + Insurance. Sampai je sana terus beli ticket train untuk menuju ke hotel. Sepanjang di Japan, Nad takde beli sebarang pass. JR pass, Suica card, Pasmo card semua takde beli. Nad hanya beli manual di machine ticket berdasarkan Google Maps. Machine mudah difahami dan jangan risau, ada English. 

Waktu Nad pergi ni pada bulan February, musim sejuk. Agak kelakar jugak lah sebab waktu landed ego kan, konon boleh tahan sejuk. Nad pakai sweater biasa je. Sekali 3 degree celcius pulak hahahha. Dengan angin malam dia yang sejuk kering tu, memang menggigil jugak lah. Nak tarik luggage pun menggeletar wei. Last-last mengalah la keluarkan juga glove sebab tangan macam nak beku dah.


Dekat Osaka ni, Nad tinggal di Diamond Hotel. So train dari airport ke Diamond Hotel 920 yen (RM 34.37). Waktu mula-mula sampai hotel ni kelakar jugak lah sebab first time berinteraksi dengan orang Japan. Ada lah dalam 3 perkataan je cashier tu tau cakap English 😂 Setelah bermacam gerak tangan, akhirnya dapat jugak lah check in. Padahal nak bagitau je floor berapa dan nak naik lif dekat mana hahahah. Bilik yang Nad duduk ni agak kecil, cukup-cukup untuk dua orang je. Bilik first ni kitorang pilih Japanese style, tidur atas futon. Satu malam hanya RM 35.92 x 4 hari = RM 143.68

First day ni pun dah penat rasa. Walaupun duduk dalam flight dah puas tidur, bila dapat futon ni terus tertidur jugak lagi. Lagipun perancangan first day keesokannya di Osaka ni nak terus pergi ke Universal Studio Japan. So memang dah prepare energy siap-siap taknak sampai esok tu lemau. Memang kena cukup rehat dan tidur. Alhamdulillah selamat sampai di Osaka dengan jayanya.


Total Cost
Flight KLIA2 to KIX = RM477.35
Train = RM34.37
Diamond Hotel = RM 143.68

Total = RM 655.40

Next post : Universal Studio Japan

Viewing all articles
Browse latest Browse all 358

Trending Articles


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Tropa Quotes


INUMAN QUOTES


Best Love Life Quotes Collection


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Pokemon para colorear


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


Tagalog Love Quotes – Nagmamahal


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Long distances monthsary message tagalog


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Girasoles para colorear