Quantcast
Channel: Nadratul Syazwana
Viewing all articles
Browse latest Browse all 358

Japan Travelogue : Seharian di Universal Studio Japan

$
0
0
Hi Assalamualaikum.

Universal Studio Japan

Universal Studio Japan (USJ). Fuhh, kalau ke Japan memang wajib sangat lah pergi ke Universal Studio Japan yang terletak di Osaka ni. Kalau tak pergi rasa macam satu kerugian besar. Punya excited sangat nak pergi haritu sampai Nad pun tersalah beli ticket hahaha. Boleh baca kerugian yang Nad alami dekat [SINI]. Tapi takpe, Nad pun dah redha dengan kejadian tersebut dan lupakan je. Cost yang Nad share sepanjang ke Japan tak termasuk cost kerugian ok.

Ticket ke Universal Studio Japan ni Nad beli pada harga RM 307 di Klook. Ini cuma harga entrance ticket sahaja ye. Nad tak jadi beli express pass punya sebab budget limited 😜 Nad recommend korang beli dekat Klook sebab harga boleh dikatakan murah berbanding website lain. Dan tak perlu print out pun. Dekat apps tu ada QR code, then scan je. Macam kita pergi tengok movie tu. Mudah kan?

Macam biasa perjalanan ke sini pun Nad naik train dalam 180 yen (RM6.72). Sampai-sampai je terus ikut ke mana yang ramai orang tuju, itu lah dia hahahah. Eeee memang excited betul lah tengok theme park ni dari jauh sampai waktu datang tu Nad tak nampak dekat mana globe Universal Studio. Dekat entrance tu ada maps, disarankan korang amik maps tu untuk memudahkan lagi perjalanan kat dalam. Takdelah jalan tak tentu arah. Ambil maps yg English ok. Kitorang dah tersilap ambil maps bahasa Jepun, buat-buat faham jelaaa.

Untuk makanan, kitorang bawak biskut, coklat, makanan ringan, dan gula-gula. Kena seludup masuk sikit la. Sebab time dekat entrance memang pihak security diorang akan check bukak bag satu-satu. Siap ada announcement tak boleh bawa makanan luar masuk dan harus check bag. Dekat dalam tu ada jual popcorn ya Allah memang semerbak bau dia. Then diorang jual ayam drumstick sedap gila tengok orang makan 😭 Kalau lah boleh makan......

Ok dah dah. Nad nak cerita pulak ride apa je yang Nad naik and tahap best dia macam mana.

RIDES

"The Wizarding World of Harry Potter"

Tempat first wajib tuju! Sebab memang paling famous kan, dan takut nanti kena beratur panjang. Well, sebab tak beli express pass kan ehehe. First ride kitorang naik "Flight of the Hippogriff". Yang ni beratur dalam 30 minit. Mula-mula Nad ingatkan ini ride yang syok tu. Rupanya ni ride biasa-biasa je. Cuma mula-mula cuak sebab dia takde belt atau palang yang tahan dekat bahu. Dia tahan dekat peha kita je. Tak seram sangat tapi menjerit jugak la hahhaha sampai sejuk gigi sebab time tu 6 degree celcius 😂

Universal Studio Japan

Ride dia camni je tapi best weh hahah.

Lepastu baru pergi ride yang sumpah best among the best! "Harry Potter and the Forbidden Journey". Yang ni beratur dalam sejam setengah camtu. Sumpah wei sumpah best gilerrr nak mati especially kalau korang peminat tegar Harry Potter mesti rasa macam ya Allah aku tak boleh lupa apa aku nampak! Time dalam ni memang kita tak boleh record ke apa. Kalau boleh rasa macam nak suruh mata kita ni record dan simpan dalam kepala selamanya! Tahap best dia tu sampai ride ni dianugerahkan world's number 1 ride.

Universal Studio Japan

Korang akan naik macam 'roller coaster' pastu experience segala apa yang terjadi macam dalam movie Harry Potter. And semua benda tu macam real gila. Kalau lalu api memang kita rasa panas haba dia. Kalau pergi belah air rasa sejuk dia. Effect dia memang gempak gila. Nanti korang akan join Quidditch Game kejar Golden Snitch sama-sama dengan Harry Potter. Ride ni umpama bawa korang masuk realiti dalam dunia Harry Potter. Amazing sangat!

Dalam perjalanan nak sampai ke ride ni, korang akan lalu "Hogwarts Castle Walk". Yang istana penuh gambar lukisan dekat dinding, and dia memang gerak-gerak for real. Time ni tak dapat ambil gambar dah sebab bag dah tinggal dekat bawah. Tapi kalau beratur line lain yang khas untuk tour dekat castle, yes boleh ambil gambar. Tapi Nad tak masuk yang castle tour ni sebab nak kejarkan pergi naik ride lain.

Dekat sini juga ada "Wand Magic". Diorang ada jual wand. Korang boleh follow location yang boleh baca spell, then nanti betul-betul ada effect. Yang ni kita tengok budak-budak jela main heheh. Mesti diorang impressed gila cast spell lepastu api menyala la, pintu terbukak lah, air mengalir lah. Power idea diorang ni!

Universal Studio Japan

Dekat area sini pun ada banyak tempat makan dan kedai cenderahati jugak

Lepastu lalu dekat "Jurassic Park - The Ride". Ride ni korang akan duduk dalam 'boat roller coaster' camtu pastu diorang akan menjunam jatuh 25.9 meter ke arah river. Takdelah masuk dalam river pun hahaha, tapi air dia punya percik tu boleh basah jugak la baju kan. So, kitorang decide untuk tak naik ride yang ni 😂 Because its winter, 6 degree celcius, and its our first day here so our body just cannot adapt with the coldness just yet hahah.

The Flying Dinosaur

"The Flying Dinosaur". Ini ride kedua best yang Nad naik dekat Universal Studio Japan! Sumpah first time naik ride jenis camni yang memang terbalik! Hahahaha. Beratur untuk ride ni dalam 2 jam atau 2 jam lebih macamtu, serious memang lama. Pastu terjumpa pulak dengan other Malaysian yang travel solo. Btw, ride ni adalah track yang terpanjang di dunia.

Untuk ride ni, perempuan yang bertudung diorang akan bagi macam baju hujan 😂 Kelakar gila pakai benda alah ni. Mula-mula tak faham jugak apa la motif kena pakai kan. Lepas dah naik ride yang paling gilaaaaa ni, baru faham function baju hujan tadi tu. Kalau tak memang boleh tercabut tudung. First sekali posisi kerusi tu dah memang terbalik, lepastu ride dia paling laju, paling tinggi gradient. Rasa macam nak tercabut jantung. Taktau lah kalau ride ni masih ada jugak yang berani nak lepas kedua belah tangan. Kalau berani lepas jugak memang gila lah. Even minah salleh yang duduk sebelah pun duk "OMG OMG" hahahaha.

Universal Studio Japan

Next, kita try "The Amazing Adventures of SpiderMan - The Ride 4K3D". Yang ni pun besttt hahahah. Sama jugak dia seumpama bawak kita masuk dalam cerita Spiderman tuuu. Rasa macam kita terbang sama ikut dengan Spiderman. Pastu jumpa dengan Octavius hahah. Rasa macam terbang weh sebab Spiderman kan dok lompat sana lompat sini.

Universal Studio Japan

Universal Studio Japan

And then, kitorang pun masuk la dekat bahagian "Minion Park". Memang meriah teruk dengan suara Minion tu di sana-sini and suasana serba kuning ahaha. Lepastu ternampak game "Freeze Ray Sliders" hahahha. Nampak macam budak-budak je yang main, tapi ada jugak sikit orang dewasa. Mula-mula ingat taknak try sebab dia macam ada sembur air sikit-sikit and ride dekat atas ice. Kan pergi time winter, so apape yang melibatkan air ni memang berat sikit nak join sebab takut menggigil nanti hahhaa. Tapi sebab dia sembur pun macam sikit je, so kita try jugak lah. Naik fun-fun je ride yang ni hahha. Okay lah kalau nak jerit and bergelak tawa. Waktu dia berpusing tu rasa geli perut je hahah.

Universal Studio Japan

"Freeze Ray Sliders"

Masih di bahagian Minion lagi, kita try ride "Despicable Me Minion Mayhem" pulak. Haa yang ni beratur lama hahaha. Berjam jugak lah. Tapi ride dia pehhh best. Macam Harry Potter dan Spiderman pulak. Cuma Minion ni kan asyik lompat-lompat, so banyak aksi melompat and bounce jela hahah. Tapi dia punya jerit pun best jugak, ditambah lagi dengan suara annoying Minion tu eee geram jer. Tapi instead of menjerit, minion punya ride more to bergelak ketawa.

Despicable Me Minion Mayhem

Universal Studio Japan


Cute kannnn!?

Universal Studio Japan

SHOWS

Selain daripada rides, dekat Universal Studio pun ada banyak attractions lain tau. Antaranya shows yang memang gempak. Cuma apa yang buat dia tak berapa gempak sebab bahasa in Japanese hahahhaa. Dah macam apa lah kita katsitu duduk tengok shows tanpa faham bahasa apa dia cakap. Tapi still menarik. Sebab 2D, 3D, 4D. Show yang Nad tengok seingat Nad cuma dua je iaitu "Terminator" dan "Shrek Adventure"

Jalan cerita memang menarik la. Even korang tak faham bahasa pun, tapi kira macam boleh faham jalan cerita sikit-sikit lah. Still terhibur juga. Takdelah totally blank sampai cam apa ni bosan. Haaa. Btw, show ni agak la juga ye dalam setengah jam. Tapi alang-alang dah penat berjalan, kita buat-buat nak tengok show pulak lah. Boleh duduk sekejap ahaha.

So far itu jelah rides and shows yang Nad tengok. Btw kalau korang pergi USJ, kena tengok jugak waktu tu rides apa yang unavailable. Sebab kadang-kadang dia closed for maintenance. Kena rajin bukak website sebab anything pihak USJ akan update dekat website.

Universal Studio Japan

Dah malam baru sempat ke globe Universal ni sebab siang tadi lupa diri jap hahah

Sebelum sampai ke Diamond Hotel, kitorang singgah Lawson jap beli nasi putih untuk dinner. Sebab ada bawa kari ayam instant dan serunding dari Malaysia. So dinner itu jela. Tak lupa jugak, beli hot pack hahahhha. Sebab menyesal kan harini sejuk sangat, beli hot pack siap-siap untuk pakai esok hari. Baru boleh berjalan dengan tenang. Tak ingat harga tapi beli nasi dengan hot pack ni dalam RM6.54 jee.

Next post : Osaka Castle 
                 : Tempozan Giant Ferris Wheel
                 : Umeda Sky Building
                 : Dotonbori


Viewing all articles
Browse latest Browse all 358

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.