Quantcast
Channel: Nadratul Syazwana
Viewing all articles
Browse latest Browse all 358

Pengalaman Jerawat Merah Selepas 2 Minggu Penggunaan Pencuci Muka Aloe Hansaegee Nature

$
0
0
Assalamualaikum Hai.

Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser

Hansaegee ALOE AC Clean Bubble Cleanser. Teringat pulak dulu waktu sekolah rendah, selalu dok amik aloe vera dekat belakang rumah untuk letak dekat muka. Gigih walaupun tajam daun aloe vera tu, tapi sebab mahukan bahan secara semulajadi kita gagahkan juga. Disebabkan bagus lendir aloe vera ni, dekat rambut pun kita lumur sekali. Dulu rajin dan tak terikat sangat dengan aktiviti lain.

Sekarang kalau nak ambil lendir aloe vera tu sendiri rasa macam dah tak berapa practical. Agak leceh dan banyak kerja nak kena buat. Nasib baik ada produk Hansaegee Nature yang berkualiti tinggi dan merupakan 100% produk penjagaan kulit yang original. Brand ni berasal dari Korea dan kalini Nad nak cerita tentang cleanser dia iaitu ALOE AC Clean Bubble Cleanser.

Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser

Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser

ALOE AC Clean Bubble Cleanser

Packaging

Dari segi packaging, size botol memang agak besar sebab satu botol ni mengandungi 150 ml cleanser. So kalau korang nak bawa pergi travel atau berjalan jauh, agak berat dan makan ruang jugak lah. Cuma kalau nak pakai di rumah sesuai sangat, dan tak perlu restock secara kerap sebab penggunaan satu botol ni boleh bertahan untuk jangka masa yang lama. 


Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser

Pump dia pulak mudah ditekan. Bila korang dah jumpa bermacam jenis cleanser, ada sesetengah pump yang keras, dan sukar ditekan. Ada pula yang bila tekan pump, cleanser taknak keluar. Tapi nasib baik Hansaegee punya cleanser ni, pump sangat mudah ditekan dah keluar foam yang halus tu!

Texture




Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser

Mengenai texture dia pula, ini yang paling wow best! Lepas je kita pump, keluar lah buih-buih halus yang memang saaaaangat halus, lembab, dan sejenis buih yang berair. Time korang nak gosok kedua belah tangan yang penuh dengan foam cleanser tu memang rasa macam fluffy betul. Sampai ralit pula Nad pergi main dengan buih tu 😂 Oh, and the smell bau macam aloe vera tapi bukan macam lendir aloe vera yang fresh dari pokok tu. Bau dia macam aloe vera yang dah upgrade sikit jadi soft wangi, bau dia cam kat hujung-hujung je hahah.

Untuk pengetahuan, Hansaegee ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni menggunakan 10 jenis ekstrak tumbuhan semulajadi. Dalam 10 jenis ekstrak, dua bahan utama yang terkandung dalam cleanser ni adalah Aloe Vera dan Tea Tree Oil, yang mana kita semua sedia maklum dua bahan ni memang sangat baik untuk kulit. Aloe Vera terkenal dengan sifatnya yang mampu merawat sunburn, melembabkan kulit, mengurangkan parut jerawat, dan membersihkan kulit. Manakala, Tea Tree Oil pula mampu menghalang bakteria, mengurangkan jangkitan, dan sekaligus merawat jerawat. Fuh, tengok kebaikan dua bahan ni pun rasa dah cukup bagus dah. Antara ekstrak lain pula adalah seperti lavender ekstrak, rosemary ekstrak, thyme ekstrak, dan sage ekstrak.

Bubble Type


Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser

So, apa yang best tentang foam bubble cleanser ni? Disebabkan foam bubble cleanser ni sangat halus, maka particle dia lebih mudah untuk membersih pori sehingga jauh ke dalam kulit. Dia boleh cuci pori-pori yang kotor dan tersumbat dengan menyingkirkan lebihan minyak yang terkandung pada kulit. Dia punya power tu, nak remove make up sekali pun boleh tau. Lepas je habis cuci muka terus korang rasa muka korang macam bersih, ringan, dan macam cerah sikit hahaha. Rasa macam eee bersih sangat lah muka ni.

Kulit berminyak macam Nad pula memang sesuai sangat guna cleanser jenis foam. Sebab memang power menarik lebihan minyak yang melampau-lampau ni. Tapi, dia takkan buat kulit korang terlalu kering.Rasa lembab sedang-sedang gitu, dan lembut! Sampai rasa nak belai selalu. Tapi apa pun, ia sesuai untuk semua jenis kulit okay tidak kira lah normal skin, oily skin, mahupun combination skin. All skin types boleh gunakan cleanser ini.

Kat bawah ni Nad tunjuk cara-cara nak pakai ya.

1) WAJIB basahkan tangan dan muka korang dengan air. kalau tak nanti kesat dan bubble pun tak ada.

Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser

2) Pump 1.5 atau 2 kali pada tangan. Macam Nad pump 2 kali je senang kira ehehe.

Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser

3) Cuci muka.

4) Basuh muka dengan menggunakan air untuk remove segala bubble. 

Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser


After & Before 


Dari segi parut belum nampak lagi sebab Nad pun baru pakai dalam 2 minggu. Tapi nampak tak jerawat merah merah tu dah surut and takde parut dekat bahagian tu? Sebab cleanser ni cool down kan balik kulit Nad. Parut in shaa Allah soon sebab aloe vera pun bagus untuk parut kan hehe.

Hansaegee Aloe AC Clean Bubble Cleanser

RM65 / 150 ml

Korang boleh dapatkan Hansaegee ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni hanya di website rasmi [Hansaegee] yaa. Dekat retail shop atau online shop lain memang takde jual. So jangan risau ya. Dapatkan di website ni memang confirm original. 

💚 Company Name : Hansaegee Nature
💚 Website : www.hansaegee.com/shop



Viewing all articles
Browse latest Browse all 358

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.