Assalamualaikum Hai.
Actually, benda tag tag ni dah lama pun. Just hahaha Nad copy paste sesape yang tag Nad then simpan dulu dalam notes. Now bila dah habis final exam, baru lah boleh jawab semua soalan korang tu kan :) I know it was too late, but at least I still answer :p Hahaha alasan Eh serious bukan alasan, Nad memang nak tunggu habis final then baru focus balik fully on blog.
Thank you for tagging me hehe ;)
If I get a chance to be hero atau heroin, what will you be? Reason?
Of course Lucy! Like in movie "Lucy". Tahu tak? Hehe. Yang kena simpan apa jenis dadah tah dalam perut dia, then the package terbocor then dia macam dapat something power yang boleh control things around her. And dia dapat all the knowledge yang even researcher pun still takleh complete kan. Eh how perfect is that? Hahaha tapi macam creepy juga if it was real T_T
Trust from my parents.
Biasalah, time zaman muda remaja dulu nakal sangat. Selalu je buat masalah itu ini. Sampai bila fikir balik masya Allah. Parents punya marah masatu macam apa tau. But things will get better. So, bila dah besar sikit ni daripada zaman jahiliyah dulu rasa macam okay thank you. Tanpa trust parents, nak buat apape pun susah. Tah tah nak join event blog pun tak boleh. Who knows, kan?
Benda yang awak paling minat atau suka?
1) Blogging.
Aci tak? Eh tapi seriously, memang blogging kot. Kalau cam orang tanya apa hobi ke apa, I will not answer surf the net or what, tapi specifically memang blogging. Suka tahap dewa kottt T_T Suka + Minat = Happiness. Gitu.
2) Make up.
Hehehehehe, typical girls lah kan. Nad jarang sangat sangat sangat keluar rumah tanpa make up. Even if korang rasa macam tak make up je macam natural je, haaa means Nad buat natural make up lah tu hahahaha. Sangat sukaaaaa.
Alaaaa tak specific lah soalan niii hahahhaa.
Perfume : Vanila over chocolate.
Ice cream : Chocolate over vanila.
Bread : Vanila over chocolate.
Colour : Vanila over chocolate.
Cafe atau Restaurant? Kenapa?
Both.
I have no problem in going into those two. Dua dua ada pro and cons yang tersendiri and dua dua juga masuk dengan tekak and selera Nad, dua dua jenis makanan pun Nad suka. So conclusion dia, Both. Hahaha.
Tips awak jaga kesihatan badan awak?
Em em emmm, bila fikir balik Nad tak jaga sangat pun kesihatan badan T_T Fikir punya fikir, almost takde jugak. But finally, I came up with this. Nad amalkan chia seeds.Chia seeds sangat kaya dengan antioxidants, and dia juga kawal peredaran darah kita, meningkatkan metabolisma, buat kita kurang letih dan sentiasa bertenaga and banyak lagi lahhh. Rasanya chia seeds boleh fit in kot dalam kesihatan badan tu kan hehe.
Bila keluar rumah, jenis style apa yang awak suka?
I think, casual kot.
Nad bukan hipster bukan swag bukan feminine so casual lah. Haha bukan jugak sejenis plan seminggu awal nak pakai baju apa. Kadang lepas mandi tu main grab je apape yang agak agak masuk then terus pakai hahaha jadi lah. Malas nak pening pening kepala fikir benda remeh camni.
Jenis Sukan yang anda minat?
Emm rasanya lah, Badminton.
Hahaha the only sports yang Nad tahu. Im not into sports. Hahahaha walaupun badan nampak macam okay okay but no, I don't do sports. Alah kalau setakat nak berjogging tu mampu la layan. Tapi sports umm, tak reti hehehe.
Blog sebagai _____ dalam hidup awak?
Sharing Medium.
Kadang, kita nak share hal personal. Macam pendapat or how we feel today or apape je. Selain tu, blog juga sangattt sesuai bila kita nak share something yang kita ada pengetahuan dalam bidang tu. Share benda yang kita tahu/expert. Share benda yang kita minat. Blog memang win as a sharing medium!
Kalau ada 1 million dalam tangan, apa awak nak buat?
1 million eh? For now, if dapat 1 million tu terus beli rumah dan kereta CASH! Ok terus habis sejuta hahahhahahah.
Negara yang paling teringin travel?
Then, now & forever will always be Paris. Fuh fuhhh. Taktau kenapa dari dulu teringinnnn sangat nak gi Paris T_T Memang kota impian betul lah. Dengan Eiffel Tower yang romantik tuuu. Eish. Hehehe. In shaa Allah kalau ada rezeki, memang nak jejak kaki ke sana.
Finally, habis juga jawab taggy tag yang pertama from Sheera ni. Almost satu malam juga lah menaip and fikir jawapan semua ni hahaha. Thank you Sheera for tagging me hehe.
P/s : Semester break has just started yeay!