Assalamualaikum Hai.
Tettt! Tettt! Tettt! Tup! Terus laju je tangan matikan alarm. Pastu tidur balik ahaha. Siapa ada perangai ni? Masya Allah ekeke :p Nad pun kekadang perangai camni gak. Entah la. Padahal kadang tu ada je niat memang nak bangun awal. Tapi mata ni kemain mengada bila dah waktu pagi tuuu. So, apa kita nak buat? Hmm.
Mari Nad bagi cara hehe. Yang penting bangun pagi kena fresh and bersemangat tau! Baru lah satu hari tu ceria and semangat je. Kalau pepagi pun dah moody dan bermalas-malasan habis lah satu hari tu macam sia-sia jee layan moody.
Tips Bangun Awal.
1- Fikirkan Sesuatu yang Positif Sebelum Tidur
Positif. Fikirkan tentang benda seronok yang korang nak buat esok. Contohnya; esok nak gi makan ice cream pizza donut starbucks milkcow durian crepe yeayyy haa confirm excited! Hahahah okay terkeluar dah semua craving hahaha. So mesti excited nak bangun bagi nak start hari tuuu.
Selain tu, ada seorang pakar tidur (Dr Stephanie Silberman) cakap, dengan berfikir positif sebelum tidur, kita dapat mengurangkan perasaan risau dekat perkara lain and tidur lebih lena.
Mesti ramai yang amalkan cara ni kan? Nad pun dulu pernah jugak seronok dengar muzik sebelum tidur. Ada jugak apps yang boleh bantu kita dapat tidur lebih lena apa semua haha. Serious. Dia bagi alunan ombak la so macam tenang-tenang gituuu ok tidur.
3- Pastikan Tidur Anda Mencukupi
Tidur yang mencukupi adalah antara 6-8 jam. Zaman-zaman belajar atau gadjet ni memang susah nak dapat tidur yang cukup. Kadang baring kat katil awal dah tapi hadap handphone sampai la 2 atau 3 pagi. Terus la tidur pun jadi lambat hmm. Punca punca! Padahal boleh je tidur awal.
So elakkan hadap handphone/tab/laptop terlalu lama lepas dah baring tuuu.
4- Wujudkan Rutin Harian Selepas Bangun Tidur
Set kan rutin harian hidup anda. Contohnya; exercise ke, minum coffee ke, bagi itik makan kee. Kita set macam kalau bangun awal boleh exercise bagi kurus sihat cantik, kalau bangun awal boleh buat coffee sedap sikit minum relaks relaks, kalau bangun awal boleh luangkan masa lebih sikit dengan itik.
Rutin harian jugak turut memberi motivasi untuk kita bangun awal.
5- Prepare Segala Persiapan
Bukan senang nak jadi someone yang prepare segala persiapan ni. Kalau boleh malam sebelum tidur tu dah plan and prepare semua untuk esok. Baju dah digosok, gadjet battery semua full, make up dah tersedia and bla blaaa semua lah yang boleh di-prepare awal haha.
Ini untuk elakkan kita tergesa-gesa and jadi someone yang terurus hehe.
6- Letakkan Alarm Clock Jauh Dari Katil
Bila masa korang annoying dengan bunyi alarm clock, sanggup tak bangun dan berjalan semata-mata untuk matikan alarm? Haha. Automatic terus segar sekali dah time tu. Haaa boleh la terus bangun hehehe. Itu lah motif letak jauh dari katil hahaha.
7- Setkan Alarm Clock Beberapa Minit Lebih Awal
Dah biasa jadi. Sekali tengok alarm, tidur balik. 2 kali tengok tidur balik. 3 kali tengok, baru bangun! Haha. That's why kena set awal sikit. Kalau set tepat-tepat waktu yang kita nak bangun habislaaaaa memang lambat la jawabnyaaa.
8- Minum Segelas Air Kosong
Minum segelas air kosong sejurus je selepas korang bangun dari tidur. Confirm fresh! Fresh! Yakin fresh! Terus fresh ke otak tahu? Minum air kosong selepas bangun dari tidur juga bertujuan untuk mengelakkan hidrasi setelah tidur satu malam.
Apa macam? Ok tak? Esok boleh bangun awal tak? Hahaha. Sesuai sangat dah tips tips bangun awal camni untuk orang yang duduk rumah jer macam Nad ni, Haaa ingat sennag nak cari motivation? Dunia luar pun tak nampak dah ni hahaha.
P/s : Esok kena bangun awal untuk jumpa boyfriend! Ehek.