Quantcast
Channel: Nadratul Syazwana
Viewing all 358 articles
Browse latest View live

Happy Saturday Everyone!

$
0
0

Assalamualaikum Hai.


Disebabkan Nad tengok makin ramai pulak yang promote promote sesama sendiri kan, Nad pun nak terlibat lah ehe. Sekadar bagi penghargaan buat yang rajin singgah ke blog Nad. Blog pun cikai aje, ada yang sudi datang cukup bersyukur dah rasanya. Bukan senang kan Nad bagi orang datang ke blog kita.


Alang alang hari Sabtu ni, dah la traffic pun biasa rendah. So jom sama sama kita berblogwalking sesama sendiri ahaha.




Muehe terima kasih semua yang sudi bersinggah ye. Yang tak tersenarai tak semestinya tak singgah, cuma Nuffnang tak sempat snap kot.  Nad just amik dekat dashboard Nuffnang je ni ehee. 


P/s : Tau tak Malaysian memang creative sangat dengan doodle? Check it out HERE!



Menang Topup Lagi Yeayy!

$
0
0

Assalamualaikum Hai.


Alhamdulillah, menang topup lagi hehe. Last Nad menang topup RM20 bulan September kot T_T Haa nampak tak? Pastu Nad memang bukan jenis nak topup sangat, means takde credit pun takpe ahahah sebab Nad ada wifi. So kira macam kalau topup tu bonus la kiranya. Erk? So kali ni menang topup RM15, alhamdulillah.



1) Topup RM5 dari Segmen Topup by Hanya Aku dan Dia




Kalau tengok tarikh tu memang dah lama dah. Nad malas je nak follow up dulu. Takpe tunggu je dulu maybe dia busy kan. Nanti dah kesempitan topup, Nad roger lah dia balik ehek.



2) Topup RM10 dari Segmen Blogwalking by IJ




Best menang dengan Eeca ni. Sebab kita hantar details je dia terus topup kan muahaha. Eh eh segmen ni ada 3 pemenang. Sekali yang menang Didie, Nad dgn Zack! Ehe tahniah. Korang taktau ah korang perasan ke tak. Thanks again Eeca ^^


P/s : Hadiah mask korang Nad post this week eh haha baru lengkap semua hantar details memacam ragam k kelakar ada yg nak mask lebih la sebab suka pakai mask. Haha takpe takpe, nanti Nad bagi lebih ehh.


Sinopsis Drama Zahira Slot Samarinda

$
0
0

Assalmaualaikum Hai.


Haa siapa yang ikut perkembangan cerita baru nii? Baru je 2 hari yang lepas start. Nad jarang je layan cerita Melayu ni hihi jarang tengok channel tempatan lol tapi takpe, Nad nak share jugak dekat korang cerita baru ni k. Mana tau ada yang bosan malam malam boleh la layan cerita ni. Cerita baru ni bertajuk Zahira.



Drama Zahira Slot Samarinda TV3, sinopsis Drama Zahira, gambar Drama Zahira, pelakon Drama Zahira TV3, Drama Zahira menggantikan drama Selamat Pengantin Madu



Sinopsis Zahira


Zahira mengisahkan tentang seorang gadis bernama Zahira. Kehidupan Zahira penuh ranjau duri. Pelbagai dugaan dan cabaran yang terpaksa ditempuhi. Malah dari segi percintaan, Zahira tidak dapat mengecapi kebahagiaan. Akhirnya, cinta itu putus di pertengahan jalan.

Walaupun hatinya dirobek kekecewaan bercinta, namun Zahira cekalkan hati mengharungi ujian hidup. Zahira tekad ingin membantu ibu angkatnya dalam melunaskan hutang. Kehidupan mereka sekeluarga sentiasa ada kekurangan dan kerana itu ibu angkat Zahira sering mendapatkan pinjaman wang.

Siapa sangka Zahira bakal berdepan dengan harimau garang! Encik Iqbal bakal menjadi majikannya. Habis laa, harimau garang yang cerewet bakal menguji kesabaran Zahira. 


SUMBER : Yumida

Barisan pelakon drama Zahira:
Adi Putra
Zara Zya
Ryzal Jaafar
Adik Balqis
Fazren


Mula Disiarkan : 20 November 2014
Waktu Tayangan : 10 malam (Rabu & Khamis)
Saluran : TV3

Apa lagiii? Jom la tengok drama Zahira ni. Nak tengok dekat Tonton pun bolehh.


P/s : Kalau lah jalan cerita Melayu unpredictable mesti lagi best hehe.


Appointment 4th and 5th Dr Hasseenah

$
0
0

Assalamualaikum Hai.


Rasa macam sekejap je masa berlalu dah sampai appointment keempat dan kelima Nad dekat klinik Dr Hasseenah. Kenapa Nad sekali kan entry appointment 4 dan 5? Haa ni nak cerita.


Sebabnya waktu awal bulan September Nad terpengaruh dengan sensual plus serum yang kotak colour kuning tu. Time tu memang tengah hot la senang cerita, melambak lambak testimoni. So Nad pun terpengaruh la kan dengan harga murah lagi tu. So Nad pun beli dan konon yakin dengan produk tu maka Nad stop guna produk Dr Hasseenah kecuali pencuci muka. 


Sampai je penghujung September, haa start lah muka ni naik balik jerawat yang besar besar macam awal sebelum guna produk Dr Hasseenah ni. Bezanya ni baru naik sikit la dalam 2-3 ketul je tp still rasa beza sebab since guna produk Dr Hasseenah bulan June, jerawat tinggal kecik je kalau ada pun. Time tu memang menyesal ya ampun, terus simpan serum guna balik produk Dr.


PANTANG MAKAN

So makanya masa appointment keempat tu, Dr pun pelik apesal ubat makan tak habis habis? Padahal stock sikit je dia bagi. Mau tak habis Dr? Sebulan skip! Haha. Lepastu Nad lupa nak cerita kat korang, first appointment dulu Dr dah pesan ada 3 benda takleh makan.
1) Takleh makan Ayam! Sebab dedak (makanan ayam) tu tak elok untuk kita.
2) Takleh makan ikan keli! Sebab gatal.
3) Takleh minum air gas! Sebab terlalu manis. Badan kita boleh stress kalau makan minum manis sangat so nanti dia akan keluarkan lebih minyak and cause jerawat.


Kebetulan time tu Dr tanya, ikut lagi tak pantang ni. Hehh, kantoi lagi. Sebulan Nad tak pakai produk Dr memang Nad bantai je makan ayam semua tu. So Dr pun cakap kalau awak betul nak, awak ikut la. So appointment keempat ni Dr takde tambah apape produk so just kena bayar RM30 for consultation.


Appointment 5
Dr tekankan suruh makan ubat makan ubat jangan malas hehe. Pastu Dr tambah moisturiser ni dari aloe vera so memang elok harga RM48 je pastu tambah dia consultation so total RM78.



Aloe Vera Soothing Gel
Lepas pakai tidact, pakai ni dulu before pakai krim jerawat 3
Selang selang 10mins jugak 
Dr cakap waktu pagi lepas cuci muka pun boleh pakai ni




Total up selama 5 appointments Nad dengan Dr adalah RM990. Tu pun kalau Nad ikut peraturan makan ubat ikut time, sepatutnya kena tambah ubat lagi. So, untuk 4-5 bulan korang gi klinik Dr, korang spend around RM1000 la senang cerita.


P/s : Haritu ada anon comment, dia baca blog Nad sebab nak follow up pasal kulit Nad lah. Hehe dear anon, 1 Dec nanti Nad tunjuk ye camne beza since first day Nad pakai till now. Tunggu 1 Dec hehe.




Tapak Event Untuk Disewa #MyBlogFest

$
0
0

Assalamualaikum Hai.


Tercari-cari cara bagaimana nak meluaskan perniagaan anda? Tercari-cari tempat untuk sewaan tapak event/booth? Tercari-cari suasana yang crowded dibanjiri orang dan mendapat sambutan ramai? Haa inilah peluang anda!


Terdapat tapak untuk disewa di :-
Tempat : Astaka, Mini Stadium, Kuala Kubu Bharu
Tarikh : 28-30 November 2014 (3 hari)





Memang happening! Kenapa happening? Sebabnya time tu tengah berlangsungnya Malaysian Cycling For All Jamboree 2014! So pastinya ramai pengunjung yang akan datang sekaligus boleh laa tengok tengok tapak event korang usha usha barang haa yang jual makanan confirm laku habis T_T Hehe biasa event camni makanan ah laris.


2 jenis tapak :- Harga untuk 3 hari yaa.
1) Tapak Utama 20' x 10' (RM700)
2) Tapak Standard 6' x 4' (RM200)


Selain itu, turut disediakan 1 meja, 1 kerusi dan 1 plugpoint untuk kemudahan korang ye. Haa banyak benefit sewa tapak katsini tau.

Untuk maklumat lanjut boleh lawati SportsManagement atau hubungi terus Encik Piko dan Encik Faiz pada nombor yang tertera di atas. 




P/s : Kalau laa business shawl Nad dah stabil, memang Nad sewa dah ni (Y)


Review : Big Hero 6

$
0
0

Assalamualaikum Hai.


Big Hero 6 pun jadi lah ye. Padahal sebenarnya teringin gila nak tengok Mockingjay T_T Tapi takpelah. Big Hero 6 pun best apa. Serius aa cartoon cartoon yang keluar cinema semua best. Dah kenapa best sangat kan. Sebab comel T_T Hahahaha. Nad langsung takde idea jalan cerita dia camne tapi okay la best.


 '

Aaaa comelnyaaaa!!!



Sinopsis Big Hero 6

Cerita ni berkisarkan tentang robot. Hiro tu minat sangat dengan robot so dia selalu pergi perlawanan robot. Sementara abang dia pulak memang belajar dekat sekolah robot. So satu hari tu dia bawak Hiro ni pergi sekolah dia. And ada hari terbuka untuk pelajar baru pastu Hiro tunjuk kebolehan dia and terpilih masuk sekolah tu. Ada juga someone dari company lain yang berminat nak beli tp Hiro taknak jual.

Lepas je langkah keluar dari sekolah tu, terus sekolah tu terbakar. Abang Hiro nak masuk balik untuk selamatkan professor dia. Lepas je abang dia masuk terus berlaku letupan besar. Sejak hari tu, Hiro bersedih je dia hidup dengan Baymax, robot ciptaan abang dia. Robot ni akan detect kalau ada orang dalam keskitan and dia akan tolong la.

Satu hari Hiro dapat tau robot ciptaan dia tu disalah guna dengan orang lain untuk sains. So Hiro pun cari tau siapa orang tu sebab orang tu mestilah orang yang sama datang time Hiro tunjuk bakat dia tu. Memang dia syak someone yang berminat nak beli tu la sebab dah malukan dia Hiro tolak taknak beli. Hiro buat ni semua dengan lagi 4 orang kawan dia.

Sampai lah dia tau orang di sebalik topeng tu Professor Callaghan. Memang dia marah gila sebab abang dia masuk balik untuk selamatkan professor tu kot! Professor tu sebenarnya nak balas dendam dekat someone yang ada fail cipta ruang masa ke apa camtu. Tapi Hiro memang geram dekat dia sebab dia punca abang Hiro mati.

Endingnya mestilah diorang berlawan hehe


Hahaha nampak macam childish tau cerita ni aduh. Tapi memang best and comels! Comel dia tu kira macam wajib tengok jugak lah ahaha. Mohon tengok please. 




Overall untuk cerita ni Nad bagi 4 out of 5! Hehe jangan memain, walaupun cartoon T_T 


P/s : Bila nak dapat tengok Mockingjay entohh.


Review : Magnum Cafe Memang Menarik!

$
0
0

Assalamualaikum Hai.


Hehehe akhirnya dapat jugak ke Magnum Cafe yang terletak di Mid Valley. Asyik dok tengok orang pos gambar dekat Instagram je kan, Nad pun nak jugak merasa. So ajak jela si Hafiz ni walaupun dia tak reply time tu T_T Janji kita dah suarakan rasa hati nak pergi kan ahaha. 



Sekali pergi, haa memang betul pun kena beratur panjang panjang tu. Ala tapi takdelah rasa lama sangat pun, Lagipun kita beratur sampai depan kedai, then nanti ada yang explain pasal ice cream Magnum tu, pastu masuk kedai baru beratur lagi untuk beli ice cream T_T






RM9.90

Haah kitorang amik yang paling murah sekali je.
1) Pilih ice cream (Vanilla/Choc)
2) Pilih topping (Boleh pilih 3)
3) Pilih salutan coklat (Dark choc/Choc/White Choc)


Ada banyak je lagi pilihan lain. Citarasa lain yang lebih menarik dan pastinya lebih mahal la kan daripada ini T_T Kalau budget rendah kita beli camni je okay, sedap jugak, manis jugak.



Close up sikit :p


Rasanya Magnum Cafe ni dah lama je wujud dekat negara-negara lain macam Thailand, Indonesia, Singapore dan Shanghai. Tapi baru 14 November 2014 ni launch dekat Malaysia. Sambutan time awal awal ni agak hot jugak la, taktau la berapa lama kann. Buat chocolate lover and anyone yang suka benda manis manis, this is the right place for you. Memang heaven!



Address: Lot T-023, 3rd Floor, South Court, Mid Valley Megamall, Lingkaran Syed Putra, 59200, Kuala Lumpur.

Operating Hours: 
Sunday to Thursday: 10:00AM - 10:00PM 
Friday to Saturday: 10:00AM - 12:00AM


P/s : Kak Alsa kita tengah decide nak buat giveaway ni guys, apa kata korang pergi blog dia jap bagitau nak join ke tak? :D Hadiah cantik menarik Nad dah dapat 2! Hehe 


Baju Baby I Love Mum & Dad

$
0
0

Assalamualaikum Hai.


Baju Baby I  Mum & Dad.
Selalu je kita tengok baju travel I  Korea la, I  Beijing la, I  Penang hahaha tapi mana pula baju I  Mum & Dad? Kihkih. So ni Nad nak bawakkan kepada korang baju I  Mum & Dad. Tapi ni untuk baby baby sahaja, yang dah besar-besar takleh nak tolong T_T Ngehehe. 







 

Comel je kan kalau baby babay pakai camni. Terserlah kasih sayang hihi. Yang bestnya kain baju ni tak terlalu tebal dan tak terlalu nipis. Sesuai sesuai je untuk baby pakai dan selesa.



Details of Baju Baby I Love Mum & Dad

Material : 100% Cotton
Size : Newborn sehingga 1tahun lebih
Price : RM25 (SM) RM30 (SS) include postage
How to Order? : Whatsapp/Wechat/iMessage +601111908090 (Dijamin fast response)


P/s : Kalau la ada anak sendiri, beli dah haha comel pastu murah.



Fridge Magnet dari Blogger Bbwana

$
0
0

Assalamualaikum Hai.


Rasa macam dah lama la pulak eh tak update pasal hadiah T_T Ahaha. Dah lama tak menang lah tu. Yelah sebab mostly kan random so kalau ada rezeki adalah kan kan? Alhamdulillah. Lately, sampai dah hadiah yang terbaru. Berebut adik-adik nak bukak. Bukan diorang punya pun hahaha.



Fridge Magnet Cake dari Bbwana



Akibat rebutan adik-adik begini lah hasilnya ahaha




Alhamdulillah hadiah awak dah selamat sampai. Disebabkan details pun bagi dekat comment je so Nad pun dah inform diorang dekat comment jugak. Comel je tau. Lama dah tak menang fridge magnet. Dulu selalu menang sampai penuh fridge tu pastu ayah marah :( Pastu ibu pun dah tak letak dah. So sekarang nak kena cari port baru untuk fridge magnet nih! Haha.


P/s : Dah pick up voucher Zalora RM250 dua hari lepas, hehe nak cuci cuci mata jap.


Perubahan Produk Dr Hasseenah

$
0
0

Assalamualaikum Hai.


So dah pun cukup 5 bulan Nad guna produk Dr Hasseenah. Yeap around 5 months jer rasanya. Starting from 4 June hingga harini 1 Dec. So sekarang Nad nak cerita perjalanan dari mula Nad pakai sampai lah sekarang ye hehe. Excited sikit nak cerita kahkah.


AMARAN!!
ENTRY INI AGAK PANJANG


Before March 2014


Sebelum March 2014 ni Nad pakai Vitamin E Collagen yang RM15 satu set tu. Memang berkesan cantik je kulit hehe alhamdulillah lah kan. Nah, rasa yakin aje nak pergi ke mana pun. nak amik gambar pun takda hal punya lah kan T_T





March 2014


Tak lama lepastu dengar ura-ura mengatakan produk tu ada mercury. So Nad pun bertukar lah ke Loreal. Siap beli satu set tau. Bukan takat pencuci muka sahaja. Haa beratus jugak lah kan. Sebabnya kita kalau boleh nak la muka kita secure. Tapi tak sangka pulak makin teruk jadinya T_T




Hah set Nad bagi. Teruk gila ya ampun T_T Sedih sgt tau. Korang sendiri bezakan lah ye. Dah la time ni tengah final exam tau, habis dah orang tegur. So untuk slow down kan pengeluaran jerawat tu Nad pun amik lah supplemet sne & be yang RM200++ tu pehh habis je terus tak mampu repeat beli dah hahaha. Sne be berkesan (tengok gambar bawah) tapi mahal sangat ni.


June 2014


So akhirnya time bulan 6 tu Nad pun amik inisiatif untuk jumpa doctor pakar. Senang. Terjamin. Dan mahal T_T Kahkah tapi nak buat cemana so ini wajahku time first day appointment. Time naked face untuk doctor kenalpasti apa masalah kulitku.





August 2014


2 bulan pakai baru nampak beza sikit jeee. Memang kena sabar betul pakai produk ni T_T Dah la banyak pantang, mahal pastu kena sabar k. Demi kulit yang lebih elok. Hmmm.


Whoops, maaf atas perbezaan warna kulit. Faktor pencahayaan mungkin?


November 2014



Nahh. The scar tak 100% lagi hilang but nah cuba bezakan gambar June dengan now hehehe
I think there is different


Hmmm. I don't expect much from this product since pantang larang makan ayam pun Nad langgar. And kekadang pemalas sangat nak cuci muka since banyak sangat step. Tapi kalau nak compare dari first day till now guna product doctor ni memang berkesan and banyak perubahan


Sekarang Nad baru fasa hilangkan jerawat and yeah no more jerawat. Sepatutnya lepasni fasa hilangkan parut pulaa. Tapi family ada masalah kewangan sikit so mana yang kurang penting kita tak teruskan. Jaga muka memang penting tapi ada banyak lagi benda lebih penting kan?


P/s : Tolong suggest apape product bagus untuk hilangkan parut pls? ^^

Shopping RM1212 At Lazada Malaysia [Contest]

$
0
0

Assalamualaikum Hai.


Blogger-Contest

12/12/2014
ONLINE REVOLUTION SALE di LAZADA

SAVE THE DATE GUYS!!


1212 memang tarikh dan jumlah yang cantik untuk dibelanjakan hehe. Jumlah yang agak besar di situ. Dan apa yang Nad teringin sangat nak beli kalau ada RM1212? Hehe jeng jengggg!! Cuba teka? Nad dah mengidam lama benda ni tapi tak pernah meluahkan dekat sesape. Sebab rasa malu pulak. Kita bukan reti guna sangat. Tapi suka shot gambar yang cantik dan clear. Sebagai blogger juga, benda ni agak penting.



Canon 1200D + 18-55mm lens


Kalau nak diikutkan Nad ni pun bukanlah pandai sangat nak guna camera yang canggih-canggih. Dengan nak setting camera tu bagi blur background ke, nak cari angle cantik untuk hasilkan gambar terbaik semua. Tapi Nad akan belajar. In shaa Allah kalau one day Nad dapat benda ni memang Nad explore habis-habis. Demi gambar cantik dan jelas kan?


- 18 MP APS-C Cmos Sensor
- 18-55mm Kit
- 3.0 Inch LCD
- DIGIC 4 Processor
- 1080p HD Video
- Up yo 3.0 Frames Per Second
- Intelligent Auto Scene


The best part is dslr ni tengah ada discount 44% !! 
RM1,059


 Lazada Malaysia akan mengadakan Online Revolution Lazada pada 12 December 2014 iaitu 12 hari sebelum perayaan Krismas. Lazada akan menawarkan promosi menarik serta tawaran eksklusif untuk pelbagai kategori selama 24 jam. Dapatkan apa yang anda inginkan musim cuti ini, dari telefon bimbit, tablet dan peralatan elektronik hinggalah ke fesyen, barangan rumah, alat permainan dan peralatan sukan.


P/s : Kan dah kantoi teringin nak ada dslr hahaha. Jom ramai-ramai join sebab kalau kurang 20 orang contest cancel xx.


Sinopsis Drama Satu Hari TV9

$
0
0

Assalamualaikum Hai.


Lama dah tak tengok drama drama ni. Maklum lah, stay kolej kann. Tv apa pun takde. Nak download alahaiii hahaha sayangnya internet ni nak download movie hahaha. Rasa macam satu pembaziran. Tapi blogging bukan satu pembaziran ye ahaha. Latest story : Drama Satu Hari.






Sinopsis Drama Satu Hari

Drama Satu Hari menceritakan tentang Isfahan membawa diri ke Sarajevo sebab tak dapat terima isteri dia, Lia curang dengan kawan baik dia sendiri, Moez. Dekat Sarajevo tu Isfahan kenal dengan Sabrina, seorang penganalisa air mentah. Tanpa disangka-sangka, Isfahan ni suka pulak dekat Sabrina. Perangai Sabrina yang comel bagi dia membuatkan Isfahan rasa nak bercinta balik. Tak lama lepastu dia kena balik Malaysia sebab anak dia, Puteri meninggal. Dekat sana, tetibe Lia pulak nak balik dekat dia lepas Moez tu cerikan Lia. Agak agak Isfahan terima balik Lia atau kekal dengan Sabrina di Sarajevo? Yang tu kena tengok cerita ni hehe


Barisan Pelakon Rrama Satu Hari :-
Remy Ishak
Sara Ali
Rita Rudaini
Miller Khan

Waktu Tayangan : Selasa & Rabu (8.30 malam)
Saluran : TV9


P/s : Bosannya awal sem ni semua class nak cancel. Kalau tau baik duduk rumah luu.


Review : Play Dead

$
0
0

Assalamualaikum Hai.


Yeayyy nak review novel sekali lagi hehe. Last time Nad baca What Have I Done? Now review Play Dead pula. Bagi Nad novel ni lagi best daripada yang haritu. Sebab yang ni cerita pasal konflik pembunuhan ke macamtu. So memang buat kita rasa curious gila nak habiskan time tu jugak T_T Ahaha.






Synopsis Play Dead

It should have been the happiest time of her life. But Laura Ayars' honeymoon turned into a nightmare when her sports superstar husband went for a swim - and never returned.

Whilst struggling to cope with her almost overwhelming grief, Laura is plagued by questions and doubts. Was it an accident? Or suicide? Or is it some terrible, ill-judged hoax?As events unfold, Laura start to question David's mysterious disappearance. She begins to uncover a conspiracy which reaches deep into the past, and is now slowly beginning to destroy everyone involved. Someone will do anything to keep Laura away from the awful truth - and she has no idea who she can trust.


Ha ha ha, teringin tak nak baca? Nad baca sinopsis je memang dah terpengaruh la haihh hahaha. Sebab curious sangat oh. Family sendiri plak dalang hahaha meh baca.


Nad's Review

Laura dgn David baru je kawin so nak honeymoon lah. Tapi diorang pergi sorok sorok sebab mak Lauratak restu dengan hubungan diorang tu. Laura memang supermodel cantik gila, David pulak memang keturunan handsome handsome ayah adik semua handsome. So memang sesuai and diorang sayang satu sama lain.

Sampai lah tetibe David dikatakan lemas time swimming. Tapi mayatnya tak dijumpai. Dan selagi tak dijumpai tu Laura terus siasat sebab dia tak rasa David lemas pun. Punya lah berulang alik berapa buah negara semata-mata nak tahu punca David hilangkan diri tu.

Memula dia syak dekat kawan David, lepastu mak dia sendiri, lepastu ayah dia, lepastu adik David. Sebab semua macam berkait rapat. Dan akhirnya satu rahsia lama sebelum Laura lahir lagi terbongkar yang berkaitan dengan family Laura and family David sendiri. 

-THE END-



Description of Novel

Title : Play Dead
Writer : Harlan Coben
Page : 513 pages
Where to Buy : Any Bookstore
Price : RM35.90 but got offer around RM8 kot tak ingat


P/s : Harini last day class untuk first week hehe harus semangat bangun awal padahal class pukul 11.


Wordless Friday!

$
0
0

Assalamualaikum Hai.


Disebabkan minggu ni first week untuk semester ni so tak ada lagi class yang dah start belajar. So sangat-sangat relax so far and akhirnya dapat jugak merasa tak ada class hari Jumaat hahaha. Finally. 




P/s : Gigih sangat tau update blog padahal penat gila keluar 8pagi till 9.30malam T_T


Dapat Panggilan Temuduga Pegawai Khidmat Pelanggan

$
0
0

Assalamualaikum Hai.


Alkisahnya, masa bulan 9 haritu Nad baru dapat tau pasal spa bagai. So bukan main excited la time kawan cerita tu terus la Nad pun pandai-pandai je isi apply mintak kerja. Tapi disebabkan diploma ni pun tak habis lagi, Nad pun guna jela keputusan spm kan. So jawatan dan gaji yang dipohon semua taraf-taraf spm jee. 


Tiba-tiba 2 hari lepas masuk dah email kata ada temuduga kerja pegawai khidmat pelanggan 18hb ni T_T Nad dengan serba salah nya. Kalau nak pergi pun dah la ni Nad dah sem 6. Takkan la nak stop macam tu je tanpa diploma. Yela, gaji pun RM952 je kot sebab guna spm punya sijil kan.


Tapi, kalau la tawaran ni masuk lepas Nad habis diploma maybe Nad terima jela kot. Sambil-sambil tu boleh la buat pjj untuk degree sekali ke kann? Tapi macam rugi la sebab Nad amik pun diploma kejuruteraan awam tiba-tiba kerja khidmat pelanggan dah apa kena-mengena? Hahaha. Tapi biasa lah, sekarang ni kerja pun tak boleh nak memilih kan. 




P/s : So apa pendapat korang? Kalau tolak, susah dah ke nak dapat kerja dari kerajaan lepasni?



Bermulanya Semester 6

$
0
0

Assalamualaikum Hai.


Sedar tak sedar Nad pun dah semester 6 rupanya kat UiTM Penang ni. Tak sedar pulak dah 3 tahun ya dekatsini. Terasa lama pulak. Dan lagi sekali last semester ada fail lagi so repeat lagi T_T Duhh, tak faham ah apa entah Nad buat dekatsini. 


Sebenarnya dah seminggu pun Nad dekatsini. Tapi biasalah, first week belum start belajar lagi. Ada lecturer yang masuk ada yang tak. Yang masuk pun just kenal-kenal, brainwash sikit bebudak semester akhir ni. Itu jelah, So far, task pun tak berat sgt lagi kena cari architectural plan (drawing) baru. 


Nad pun taktau lah Nad boleh bawak ke tak sem ni. Sebabnya sepatutnya Nad amik 6 subject je, tapi disebabkan ada fail and ada subject yang Nad baru boleh ambil, dah jadi 8 subject pula. 8 subject dengan credit hour 22//23 T_T Astaghfirullah. Subject senang senang tak apa, ni dah dengan 2 project lagi. And ada 3 subject yang nak kena submit every week.



Maaflah, takde gambar clear pulak T_T
Ni dah macam jadual budak sekolah tau bukan budak universiti T_T


Kekadang tu rasa macam ye in shaa Allah boleh je bawak kena focus apa semua, tapi kekadang ada je rasa boleh ke buat ni bukan senang bukan benda yang senang senang boleh faham. Alahai. Tapi serious memang ni peluang terakhir Nad. Sebab kalau ada fail lagi, extend sem lah cerita dia.


P/s : Harap dipermudahkan urusan sem ni.Ameen


Review : The Pyramid

$
0
0

Assalamualaikum Hai.


The Pyramid. Yaa, masih tak kesampaian lagi nak tengok Mockingjay hahaha. Aduh kesian lah. Takpelah, maybe nanti dapat tengok yang download punya pun da jadi lah. Tak pernah pernah tau pasal cerita The Pyramid tapi keluar tetibe je tengok cerita tu hahhaha.





Sinopsis The Pyramid

Cerita ni bermula dengan sekumpulan arkeologi yang menemukan piramid lama yang dah tertimbus. So diorang pun nak kaji laa. Hampir je dapat masuk piramid tu, tetibe misi diorang dibatalkan.

Tapi dalam 5 orang (anak, ayah, boyfrind anak, 2 cameraman) berdegil nak jugak tengok apa ada dalam tu. Disebabkan udara dalam tu bertoksik so diorang pun hantar la cam camera robot canggih bernilai RM3 juta masuk. Pastu camera robot tu kena serang. Disebabkan taknak kena marah dengan NASA diorang pun masuk la.

Sampai kat dalam tu macam biasa lah piramid kan, kat dinding tu adalah cerita zaman zaman Mesir purba apa semua ni. Rupan-rupanya tuhan Anubis, anak Osiris masih hidup and tengah mencari hati suci untuk hantar ayah dia yang kat alam roh ke syurga. Cuba teka akhirnya siapa yang selamat keluar dari piramid tu?



Tapi okay je sebab best lah jugak. Cerita ni macam dokumentari. Memula tu Nad ingatkan aduh salah pilih cerita mesti bosan japgi. Tapi bila dah lama sikit tu okay la sebab dah cam suspen sikit kan.


Release Date : 4 Nov 2014
Director : Gregory Levasseur
Duration : 89 minutes
Genre : Horror


P/s : Cerita ni takdelah seram pun tapi banyak unsur suspen dan terkejut-terkejut.


Review : Boat Noodle Mangkuk Bertingkek-Tingkek

$
0
0

Assalamualaikum Hai.


Nad dah banyak kali ajak Hafiz makan dekat Boat Noodle ni. Tapi lambat sangat la dia nak ajak pergi hahaha. Tapi akhirnya dapat jugak pergi tempat orang makan mee bermangkuk-mangkuk ni. Yang Nad tau ada dua tempat je satu kat Empire Damansara lagi satu dekat Publika. 


Yang kitorang pergi dekat Publika sebab Hafiz kerja situ time sem break haritu. Orang kata yang kat Empire lagi sikit kuantiti dia tapi lagi sedap lagi dekat Publika ni. Nad taktau la kan sebab Nad pernah makan satu tempat ni je T_T Hahaha.







Nad memang takleh nak decide la nak amik berapa mangkuk sebab memang takleh nak imagine sikit mana satu mangkuk tu kan. Hafiz terus je order 10 mangkuk. Total semua ada 4 jenis rasanya, 2 beef 2 chicken. Aduh kalau nak kena explain pasal nama Nad tak sure sgt T_T Sebab cam takleh sebut pun and main tunjuk je dekat menu tu ahaha.





Ini hasil kalau dua dua tak makan sayur hahaha.



Boat Noodle

Address : 1) Empire Damancara, G03a, Heritage Lane
                2) The School @ Jaya One, P2, same floor as cold storage
                3) Ikon Cheras, G Floor
                4) Publika Block C5, Level G3, Lot30a
Working Hour : 11am - 9pm


P/s : Bila lah nak dapat makan sedap lagi ye? Dekat Penang ni tiap hari pun malas je rasa nak makan haihh.


Akhiri Tahun 2014 Dengan Bermakna

$
0
0

Assalamualaikum Hai.


Haha apa ke pelik la tajuk. Nad sendiri baca pun pelik, korang entah faham ke tak T_T Memandangkan kita ni pun dah penghujung 2014, so meh la muhasabah sikit renung-renungkan apa yang kita dah buat sepanjang tahun ni. Selama 11 bulan lebih kan, mesti banyak benda yang dah kita buat.


Dengan berbaki lagi 21 hari untuk masuk tahun 2015, jom lengkapkan 2014 kita dengan lakukan perkara-perkara ni. Tak banyak pun, 5 benda ajee. Tapi in shaa Allah akan buat tahun 2014 terasa penuh bermakna kehkeh.



Talk to Your Parents




Cuba ingat balik bila kali terakhir korang bercakap dengan family atau ahli keluarga yang lain? Ingat tak? Kalau tak ingat, haa ini lah masanya untuk korang duduk luangkan masa kejap dengan family. Luangkan masa untuk berbual perkara yang bermakna. Well, family comes first kan? Kalau jauh, nak Skype pun cukup dah. 



Contact Kawan Lama




Kawan mungkin datang dan pergi. Tak terkira lah kan. Tapi yang penting sebenarnya sejauh mana kita nak mengekalkan persahabatan tu. Untuk still keep in touch dengan diorang walaupun jauh atau dah lama tak jumpa (dalam 2 tahun ke). Just text je. Kalau lama sangat tak contact nanti jadi strangers pulak kan.



Relaxkan Diri




Ini khusus buat yang dah kerja lagi-lagi kerja office ni kan. Dah 11 bulan korang focus kerja sahaja haa apa kata take a break kejap relax-relax dekat rumah ke apa. Luangkan masa yang berkualiti tu prepare untuk buat azam tahun baru ke? Hahaha. Hujung-hujung tahun ni memang time yang perfect sangat kalau nak bercuti dengan insan tersayang.



Treat Yourself




Wishlist wishlist! Inilah masanya untuk penuhkan wishlist tahun 2014 yang tak tertunai-tunai tuu mehee. Pergi ke spa ke, tengok movie ramai-ramai, pergi karaoke atau makan dekat restoran favourite. Buat je semua tu tanpa fikir panjang. Sebab apa? Because you deserved that. Treat yourself okay? 2014 almost ended dah pun.



Buat Kebaikan




Buat kebaikan. Buat benda yang boleh buat orang lain happy walaupun benda tu benda kecik je pun. Contohnya macam puji some strangers. Awhh, sure will made their day kan? Bukan susah pun. Kalau nak buat kebaikan yang besar sikit boleh la derma darah ke apa, apape je asalkan boleh buat other people happy. Secara tak langsung confirm korang pun happy nanti. 


Haa macam seronok tak? Challange yourself jom dengan berbaki 21 hari ni kita buat benda-benda ni. In shaa Allah rasa blessed 2014! Hehe ending yang baik in shaa Allah. Jom buat biar korang akan terasa 2014 ni berakhir dengan penuh bermakna


P/s : Dah hujung tahun ni tetibe rasa macam banyak benda la pulak yang tak achieve T_T


Menang RM10 dari MyBlogFest

$
0
0

Assalamualaikum Hai.



Alhamdulillah, ada la jugak duit masuk walaupun RM10 kan. Last time yang Nad war-war kan pasal booth untuk disewa tu terpilih antara 3 pemenang. Sebenarnya MyBlogFest ni masih baru lagi dalam dunia blogging. 


Nad kenal pun sebab berbalas-balas chat dekat cbox tu. Sekali ternampak diorang buat contest ni, apa lagi terus jela join kan :) Blog diorang best sebab selalu cerita pasal event sana-sini and selalu juga buat contest. Sekarang ni pun ada 2 contest tengah running tapi Nad tak sempat lagi nak menjenguk T_T 


And paling best, diorang tepati janji dan on time. Diorang cakap duit akan bank in time 7hb, memang tepat tepat 7hb terus dapat. Seronok kan dapat penganjur macamni? Pulaknya nama admin dia Hafiz terus teringat dekat ....... Hahaha.




Kalau banyak masa weekend ni memang Nad join lagi 2 contest tu T_T


P/s : Ya Allah seronoknya lah 12 cpuv tengah running. Terima kasih terima kasih!


Viewing all 358 articles
Browse latest View live