Quantcast
Channel: Nadratul Syazwana
Viewing all 358 articles
Browse latest View live

Shopping Sakan dekat Zalora!

$
0
0

Assalamualaikum Hai.


To be truth, inilah first time Nad shopping dekat Zalora hahaha. Itu pun sebab menang voucher RM250 dekat contest 7Eleven hahaha. Kalau tak memang tak pernah la kot nak shopping shopping dekat Zalora ni kan. Tak reti :p




Disebabkan last pick up voucher 30 November, makan Nad dengan naif nya ajak lah adik Nad yang 15 tahun pergi office 7Eleven ni dekat Jalan Imbi. Function ajak dia untuk tengok waze ya. Hahaha tak sangka dapat la pergi balik dengan selamat, jammed gila situ -.-


Voucher ni sekali guna sahaja so Nad pun sekali shopping banyak camtu jelah ye. Setelah difikir-fikir Nad pun macam taktau sangat nak beli apa. So Nad pun decide lah nak beli untuk ibu, adik dengan Hafiz jugak hahaha. 





Lepas dah berhari-hari bukak Zalora hahaha Nad pun beli mende mende atas tu semua. Hehehe seronok tau shopping RM250 FREE!! Hahaha dah la first time free pulak tu. Brand Zalia ni sebenarnya Nad taktau pun then kak Nana lah yang bgtau pasal brand ni. Nad tengok macam okay jugak so beli lahh.



Bawah ni rupa baju-baju yang Nad beli yaa:- Ada yang lain colour sebab bila search balik dah tak ada. Anddd nampak tak LIMITED TIME ONLY tu? Means sekarang tengah sale! Rasa rugi pulak beli awal hahaha beza banyak kottt.








Alhamdulillah ada rezeki join contest 7E tu. Join last minute pulak sebab time tu family Nad datang Penang ke camne then ayah singgah 7E. Nad pun cakap la kat adik adik kita bayar asing asing tau hahhaa sebab nak kejarkan resit RM6 ke atas yang banyak. So dapatlah Nad hantar 3 penyertaan kan. Alhamdulillah. Consolation winner pun ramai 100 orang.


P/s : Bangga jap sebab malam tadi kita tengok bola pastu Malaysia menang :p



BVR Collagen Memang Best

$
0
0

Assalamualaikum Hai.


BVR Collagen. Korang pernah dengar tak? Since Nad dengar pasal ni memang Nad terus je cari info dari pelusuk tempat ah blog, instagram dan facebook. Kalau boleh nak cari semua info dan pendapat yang honest. Sehingga akhirnya, Nad pun terpengaruh hehe biasalah perempuan kan.


Pulaknya lepas tengok owner BVR Collagen, Schamimiey ni masya Allah cantik sesangattt. Dah la cantik umur baru 22 dah kawin ada anak dan berjaya sesangat dengan Audi Porsche semua T_T Nad 2 tahun akan datang pun belum tentu macamtu. Ok dah stop sekarang pasal produk dia memang best.


Best dia tu sampai Nad terus beli sekali 2 haha.




Sebenarnya Nad start makan since bulan 11 haritu. So bila dah genap sebulan maka dah habis sebotol. Sekarang ni dah masuk botol kedua. And sekarang tengah nak usha usha nak borong dekat memana sebab nak beli banyak terus T_T Hahhahhaha sekali package dengan gold scrub dia and lollys hehehe. 


Nad makan macam biasa je sekali pagi sekali malam and kalau terlebih rajin tengahari or petang Nad makan je hahaha. Nad tak bancuh sebab malas so terus je masuk mulut kemam ke apa then minum air. Rasa dia pun sedap je so confirm boleh telan.


Kalau nak beli boleh contact Nad je ye harga tak sampai RM50 pun. Contact je dekatmana mana pun blog ke insta ke fb ke tak pun wasap +601111908090.


P/s : Finally jumpa supplement yang sesuai setelah Aurawhite dan Vitamin C 1000mg.


Masalah Suka Bertangguh

$
0
0

Hi Assalamualaikum.


Harini serious takde mood nak update apape. Padahal dah tengahari ni still taktau juga nak update. Banyak sangat fikir apa nak dibuat, tapi buatnya tidak. Lagi pulak weekend, memang traffic blog sikit jelah kan. Sikap suka bertangguh Nad teruk sesangat kalau boleh semua benda last minute baru nak buat. So I just need some motivation over the weekend hehee.









P/s : #TeamSuka Bertangguh lol


Bila Hidup Semakin Busy

$
0
0

Assalamualaikum Hai.


Kalau dulu,
Update blog hari-hari pun memang banyak masa.

Sekarang,
Nak update pun sampai lagi berapa minit before pukul 12.

Kalau dulu,
Boleh balas chatbox sampai tunggu text,

Sekarang,
Sampai 2-3 page cbox tak berbalas-balas,

Kalau dulu,
Semua comment dibalas dengan cepat dan pantas lagi secara marathon,

Sekarang,
Dapat balas 2-3 pun kira dah cukup beruntung.

Kalau dulu,
Blogwalking sampai dah taktau nak singgah blog siapa,

Sekarang, 
Nak blogwalking pun tak sempat.



Kehidupan di universiti makin lama makin busy. 2 minggu terawal memang free sampai taktau nak buat apa, Masuk minggu ketiga dah serabut apa nak buat semua tak tersusun. Lagi la nak menghadap blog ni kan. Mampu selfie je time time lecturer takde ekeke.




P/s : Sedih sebab dah sebulan maintain update blog tiap hari tapi semalam kantoi pulak.


Drama Istikharah Cinta

$
0
0

Assalamualaikum Hai.


Istikharah Cinta. Terasa macam nak tengok pulak cerita ni bila Nad tengok ramai yang update pasal drama ni walaupun cerita belum start T_T Hahahhahah dan walaupun sinopsis cerita hanya tau secara kasar sahaja. Tapi entah istikharah cinta kot ekeke.





Sinopsis Istikharah Cinta

Mengisahkan tentang Airil dan Dina Aliya yang berkahwin tanpa rasa cinta. Tapi, diorang try untuk cinta antara satu sama lain. 



Baru tau jalan cerita sikit ni pun dah terasa macam aaaa sweetnyaaa! Hehhehe amboi, cerita pasal cinta cinta suka aje yee? Hahaha. Korang jangan lupa tengok, kita tengok sesama okay hehe. 



Barisan Pelakon Drama Istikharah Cinta
Zul Ariffin
Faye Kusairi
Nonny Nadirah
Lia Natalia
Zarini Zainuddin
Hamidah Wahab
Elly Mazlein

Mula Ditayangkan : 23 Disember 2014
Jumlah Episod : 28 Episod
Saluran : TV3


P/s : Seronok sangat harini dah takde class pastu class esok semua cancel so balik malam ni! 


Cara Berdating Waktu Tengah Pokai

$
0
0

Assalamaulaikum Hai.


Hahaha tajuk hm. Ala biasalah siapa yang tengah bercinta tu tau lah pentingnya duit time nak keluar ni kan hahahha. Keluar je mesti pakai banyak gila duit T_T Dengan makan tau nak sedap je, tengok movie pulak tau nak marathon, pastu taknak jammed semua nak highway so tol lagi hahaha semua nak best-best jer. Dah cuba jugak nak bajetkan tapi tetap habis beratus.


Makanya Nad pun terfikir-fikir lah cara nak dating selalu tapi cara bajet. Ala cara bajet tu cam tak keluar duit sangat pun asalkan dapat spend time sesama and have fun. Kan kan? Nak happy tak semestinya kena keluar duit kot.



Bersiar Siar



Bersiar siar ni dalam erti kata lain boleh la lepak dekat pantai ke or jenjalan dekat taman mana mana. Haa confirm nak masuk pantai tu free of charge kan? Hahaha. Jenjalan je sesama. Bila takde buat pape camni boleh la borak lama lama sikit kan? Amik gambar and save the memories. Amik gambar dengan nature ni biasa cantik hahah. Lagi, boleh tengok sunset alah sweetnya.



Download Movie



Tengok movie ni pun agak satu pembaziran sebenarnya T_T Hahaha sebab movie dekat area KL Selangor ni bukan murah murah pun lagi lagi weekend. Cerita dah berzaman pun tetap berbelas ringgit. Belum lagi cerita baru kan. Pastu tau lah berdua, nak duduk couple sit je lol maka berganda lah. Nak jimat, download je movie then korang tengok ah sesama dekat taman ke apa feeling feeling dekat oversea gitu. Ha kan? Takdelah pelik sangat sebenarnya. Nak lagi best pergi bentang tikar sekali makan makan sikit. Ehh

Kalau premier screening takpe sebab free :p



Pergi ke Perpustakaan


Pelik ke pergi ke perpustakaan? Tak pun sebenarnya. Sweet adalah. Hahaha lagi lagi kalau yang suka baca novel ke aduhh. Seronok rasa dapat buat aktiviti kegemaran ditemani orang kegemaran jugak ha ayat haha. Kan? Ala lagi sekali amik jela gambar save the memories. Lagi standard sekarang dalam library ada je wifi so boleh je online je dalam tu ke.


Haa tiga contoh jela Nad dapat bagi untuk dating sewaktu pokai atau dating dalam keadaan berjimat ye. Yang penting dapat spend time sama-sama dapat jumpa buat something sesama. Tak semestinya nak dating kena keluar duit banyak, boleh je sambil saving. Yang mana tengah saving digalakkan amalkan ye :p


P/s : Hafiz, we should do this to save moneyyy hahaha (",)


Review : Produk Safi Rania Gold

$
0
0

Assalamualaikum Hai.




Ingat lagi tak entry Majlis Pelancaran Majlis Safi Rania Gold? Ala time nak lancarkan produk baru Safi Rania Gold and lantik Nora Danish jadi ambassador tu? Hehe haa yee. Yang bulan lepas tu :p So now, Nad nak review produk terbaru diorang niii. Tak best ah setakat bagitau boleh mencerah tapi taktau pun apa je produk diorang.


Plus, haritu ada yang comment tanya berapa range harga kalau nak pakai produk Safi Rania ni. Hmm kalau nak dibeli semua memang beratus lah habis. Tapi ni Nad nak tunjuk produk yang kira wajib pakai jelah yee. Ada 4 je kesemuanya dan tak sampai RM100 pun! Haa yeay kan?



Pembersih Wajah dan Gel Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD



Membersih dan Meremajakan Kulit

50g - RM8.90 (SM) RM9.20 (SS)
100g - RM14.90 (SM) RM15.50 (SS)

Pencemaran dan kotoran mengakibatkan kulit kering, lemah serta tidak sihat. Pembersih wajah Safi Rania Gold dengan Bio Nano Emas 24k dan Protein Sutera membersih kotoran dan sisa mekap dengan lebih efektif. Sementara Vitamin C pula memperlahankan pembentukan melanin sambil mencerah dan menyamaratakan tona kulit. Buihnya yang mewah berkrim membersih sehingga ke liang pori. Kulit terasa licin, lembut dan sihat. 


Membersih dan menyegarkan kulit

50g - RM8.90 (SM) RM9.20 (SS)
100g - RM14.90 (SM) RM15.50 (SS)

Cuaca panas dan tak menentu menjadikan kulit mudah kering seterusnya melemahkan struktur kulit. Gel pembersih wajah Safa Rania Gold dengan Bio Nano Emas 24k dan Protein Sutera membersih serta mengembalikan kesegaran wajah sementara Karnosin yang merupakan agen antioksida, melindungi kulit daripada radikan bebas yang merosakkannya. Pembersih bertekstur ringan dan berasakan gel serta pH seimbang ini membersih wajah dengan lembut tanpa menghakis lembapan semulajadi agar kulit wajah kekal lembap.



Serum Konsentrasi SAFI RANIA GOLD



Mengembalikan Keremajaan Kulit

20ml - RM33.90 (SM) RM35.30 (SS)

Penghasilan kolagen secara semulajadi di lapisan dermis kulit mula berkurangan apabila usia meningkat ke pertengahan 20an. Atasi dengan Serum Konsentrasi Safi Rania Gold. Diperbuat dengan lebih 50x Bio Nano Emas 24k bersama kombinasi Protein Sutera, ia mengandungi molekul yang lebih kecildan efektif supaya menyerap jauh ke dalam kulit untuk merangsang sintesis kolagen agar memperlahankan tanda penuaan pramatang sambil memperbaiki dan meningkatkan keanjalan wajah. Gabungan Tri-Tone Equaliser pula mengembalikan tona wajah agar tidak kusam dan wajah segera kelihatan lebih bermaya malah cerah berseri. Keremajaan kulit kini dikembalikan.



Krim Pelembap Malam SAFI RANIA GOLD



Merawat Kulit Ketika Tidur

40g - RM26.90 (SM) RM27.90 (SS)

Kulit yang sentiasa terdedah kepada panas matahari, pendingin hawa dan pencemaran di siang hari boleh memudaratkan dan mengakibatkan kemunculan garisan serta kedutan. Proses pemulihan yang sesuai untuk mengatasinya ialah waktu malam. Krim Pelembap Malam Safi Rania Gold dengan Bio Nano Emas 24k dan Protein Sutera merupakan krim yang merawat kulit sambil meningkatkan penghasilan kolagen. Sementara Phyto-SLC memulih kulit daripada lapisan kulit paling dalam, meningkatkan dan menggalakkan sel-sel baharu kulit  pada waktu malam sambil mengurangkan kemunculan garisan dan kedutan.



Haa itualah keempat-empat produk Safi Rania Gold yang kiranya wajib lah untuk korang tepek dekat muka okay. Sebenarnya ada banyak je lagi produk lain seperti penyegar, skrub muka, krim pelembap siang dan bb krim. Tapi yang kira asa yang atas ni lah ye :) Total kan semua haa tak sampai RM100 pun. 


P/s : Nad sekarang dah amik supplement jugak and konsisten hihi.


Menang Topup RM5 Lagi

$
0
0

Assalamualaikum Hai.


Menang sikit sikit sikit tapi kalau nak dikumpul menang topup tahun ni dah berpuluh dah, cuma tak sampai ratus je ehehe. Alhamdulillah lah kan. Tapi topup ni dah dapat dari haritu, sekarang dah tamat tempoh pun T_T Takde pulak menang topup lagi.



Topup RM5 dari Mira Syakila Hilas


Alhamdulillah. The best part menang dengan kak Mira ni time Nad bagitau menang terus time tu jugak dia topup kan. Padahal yang menang before before ni pun ada je yang belum topup, akak ni pantas terus. Senang Nad takyah nak ingat ingat lagi menang katmana kann. Hee thanks kak Mira :)


P/s : Harini Nad nak belajar menjahit weee~



Baju Frozen Kanak-Kanak (GIRL)

$
0
0

Assalmualaikum Hai.


Baju Frozen kanak-kanak memang famous kan sekarang ni? Memang dah berlambak lah katmana-mana semua Frozen. Bukan setakat perempuan je, lelaki punya pun ada T_T Hahahah adik lelaki Nad lah tu minat sangat Frozen.


Maka, Nad membawakan design terbaru baju Frozen ni untuk semua cuci-cuci mata yee. Memang comel. Hehe kalau tak comel, Nad tak promote hahaha. Suka yang comel comel je kannn haha.










Aaaaa comel gila kann? Lagi-lagi bila combine dengan seluar dia tuuu. Masya Allah hahaha untung bebudak sekarang kecik-kecik dah boleh comel macamni. Eh kalau berminat, cepat-cepat bagitau tau sebab stock sangat terhad sangat. Even Baju Baby I Mum and Dad yang Nad promote bulan lepas pun dah habis OUT OF STOCK and NO RESTOCK! Sedih je kann.




Details Baju Frozen (GIRL)

Material : 100% Cotton
Size : 2 - 7 Tahun
Price : RM30 (SM) RM33 (SS)
How to Order? : Whatsapp/Wechat/iMessage +601111908090 (Dijamin fast response)



P/s : Kalau kita yang dah besar pakai camni comel tak? Kahkah


Charity with Children of Rumah Hope at Jaya Shopping Centre

$
0
0

Assalamualaikum Hai.


Semakin dekatnya Christmas maka banyak lah juga projek buat anak anak bukan Muslim yang kurang bernasib baik. Semalam, turut diadakan sambutan tersebut di Jaya Shopping Centre. Tujuan charity ni diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama, charity dan kasih sayang.




Acara dah pun bermula since 1.30pm till 3.30pm. Sambutan kali ini menggabungkan 4 buah rumah iaitu Rumah Hope, Rumah Juara, Rumah Sayangan dan Shelter Home. Kalau tengok bebudak ni memang comel comel belaka kecik kecik je laki perempuan semua ada. 

Dengan cerianya lagi time perkenalkan diri tu, kekadang terdetik jugak mesti diorang sedih kan memalam kalau terfikir parents diorang. 




Kanak-kanak ni turut dihiburkan dengan persembahan tarian, nyanyian dari Ms MalaysiaWorld 2014 (Dewi Liana Seriestha), band muzik dan pastinya terima hadiah sempena Christmas! Dewi nyanyi dalam 3-4 lagu entah, suara memang memukau gila sedap aaaa fokus terus attention dekat dia and hayati lagu hahaha. Dah la tinggi + cantik eh semua lahhh.








Event memang happening. Agaknya suara Dewi tu boleh dengar sampai level 3 kot? Siap nyanyi lagi Phantom of the Opera lagi T_T Yang penting, kanak-kanak ni have fun sebab memang itulah tujuan utama event ni dilangsungkan. Time Dewi nyanyi lagu Christmas pun diorang sambung je :) 



Bagai langit dengan bumi sangat tau kalau nak compare dengan Miss Malaysia World 2014



Nak juga rasai pengalaman hebat ni? Boleh lah ramai-ramai ke Jaya Shopping Centre ye, Seksyen 16, Petaling Jaya. Sebabnya event macamni held sampai 4th January 2015. Cuma ada tarikh tarikh tertentu lah. Ada persembahan muzik, story-telling dan buat card.Shopping Jaya Centre pun tengah ada memacam promotion dari segi barangan dan service!


P/s : Bersyukur apa adanya. Sedih tengok kecik-kecik dah takde parents :/


Apa Yang Tak Perlu Dalam Perkahwinan? Agama vs Adat

$
0
0

Assalamualaikum Hai.


Harini nak cerita kawin kawin ehehe. Seronok ye baca artikel kawin kawin ni T_T Hahaha masya Allah. Bawak lah bersabar ye. Semua orang kalau boleh memang nak kawin, tapi ramai yang plan 5-6 tahun akan datang. Kenapa? Haa kenapa tak at least setahun dua then terus jalan je? Haa banyak faktor ye banyak faktor orang kawin lambat. Salah satunya adalah disebabkan kos. Kos apa? Antaranya:-



Wang Hantaran



Wah wah wah amboi. Kalau macam tu Nad tengah dalam golongan 4k - 8k tuu. Kejap lagi habis dip terus naik golongan 12k - 15k hahahahaha. Macam ni ke ukur berapa banyak wang hantaran nak kena bagi? Kalau nak ikutkan zaman sekarang ni 10k pun orang anggap common punya value, ada pulak yang anggap 10k tu da habis rendah dah T_T Sebenarnya kan wang hantaran ni pemberian pihak lelaki kepada pihak perempuan semampunya.



Barang Hantaran



Bila sebut je barang hantaran, automatic keluar persoalan "Berapa dulang?""Barang apa nak bagi?" Haaa kalau boleh nak berbelas belas ye dulang. Semuanya kena ada  brand, hiasan semua harus tiptop rare orang lain takpernah buat lagi T_T Aaa nangis aa cam ni.



Pelamin dan Bersanding



Pelamin juga macam merupakan satu benda wajib ye nak buat. Lagi gah lagi bagus sebab nanti nak amik gambar dekatsitu kannn. Bagi nampak mewah sikit semuanya. Jarang sangat lah orang kawin then takde pelamin ni kann. Rasa macam tak lengkap, macam pelik je kalau takde pelamin ni. Tapi sebenarnya pelamin tak wajib punn.



Doorgift



Kalau zaman dulu, doorgift orang bagi bunga telur je senang. Sekarang ni macam macam ada. Yang bagi tasbih, cupcake, coklat pun ada tau. Kan dah keluar kos banyak dekatsitu. Tu belum lagi kali dengan berapa ribu jemputan haa. Kalau tengok doorgift sekarang ni memang menarik menarik semuanya.



Photoshoot



Kalau dulu ada gambar time kawin pun da cukup hebat dahh. Sekarang ni dengan pre wedding, wedding, post wedding, malam berinai semua ada. Kalau nak shoot cantik cantik confirm lah kena hire photographer yang professional kan? Photog sekarang pun ribu ribu tauuu. Selain photoshoot, ada juga nak bayar kompang, mak andam, pengacara majlis dan kad undangan.



Sewa Tempat Majlis



Tempat kawin sekarang bukan senang ye nak cari. Even dewan kecik kecik sekarang ni pun mau cecah berapa ribu alahai. Nak sewa tempat pun dah pening kepala kejap lagi T_T Seberapa banyak jumlah jemputan, seberapa besar dan banyak lah tempat majlis dan jumlah makanan. Nasib kita duduk kampung je laman luas buat depan rumah je kannn (",)


Dah itu jelah rasanya benda benda yang sebenarnya tak wajib pun tapi masyarakat kita buat seolah-olah benda tu wajib. Nak pun tak berani nak ulas sangat sebab kita pun taktau wedding kita nanti camne kan :) Boleh jadi semua benda kat atas ni Nad pun buat hmm hmm. Tapi nak buat cemana, sebab benda tu dah seolah-olah benda biasa yang dibuat.


Nahh, maklumat lanjut pasal kawin kawin ni boleh pergi SINI


P/s : Kalau parents bagi kita jalan ajee mana yang mampu hahahhahahah k tak.


Wodless Wednesday : Dating

$
0
0

Assalamualaikum Hai.




Inilah masalah kalau jarang jumpa. Sekali dapat jumpa terus malas nak update blog, terus wordless wednesday je kahkahkah. Excited sangat dah kann. 


P/s : Okay byeee nak siap! :p


Review : Night at the Museum : Secret of the Tomb

$
0
0

Assalamualaikum Hai.


Hehehe disebabkan semalam keluar teruslah tengok Night at the Museum sekali. Kalau nak diikutkan tarikh sebenar keluar 25 Dec tapi kenapa entah semalam dekat Sunway Pyramid tu dah keluar. Hmm apa lagi terus jela tengok kan. Pastu ada pulak promotion join Movie Club, dapat lagi discount. Memang syok.







Sinopsis Night at the Museum : Secret of the Tomb


Okay kembali ke masa lampau. Dulu ada sekumpulan pencari ni jumpa tablet istimewa dekat padang pasir. Orang Arab katsitu dah bagi amaran jangan ambil sebab nanti semuanya akan berakhir. Tapi dah diorang excited sangat jumpa, so diorang pun bawa lah balik New York.

Tablet tu warna kekuningan emas and disimpan dekat bawah tanah kawasan muzium. Tapi lama lama tablet tu macam berkulat. Maka bermulalah drama dalam muzium tu. Bermula time hari gabenor nak melawat, tetibe semua haiwan jadi liar. Diorang tak sedar siapa diorang, diorang macam hidup dekat zaman lampau tu. Rupa rupanya sebab kuasa tablet tu semakin berkurang.

So, penjaga muzium pun gigih la mencari Firaun ke apa time zaman lampau then tanya cemana nak kembalikan keajaiban tablet tu. Rupanya kena jemur bawah sinaran bulan. Tapi datang pulak panglima perang dari zaman lampau yang ingatkan tablet tu harta pencarian raja dia. Bermulah rampas merampas sampai almost yang ramai dah bertukar ke patung balik sebab tablet dah takde kuasa.

Tapi akhirnya panglima perang tu faham dan serahkan semula tablet untuk dijemur bawah sinaran bulan. Dan semua hidup balik macam biasa hihi.


Tapi seriously cerita Night at the Museum ni memang kelakar gila. Bukan setakat satu dua scene, tapi banyak scene yang mampu buat gelak kot. Rugi kalau tak tengokkk. Kelakar gila ah semua scene. 


Director : Shawn Levy
Genre : Adventure / Comedy / Fantasy
Duration : 1hour 50mins termasuk iklan
Rating : 5/5 !


P/s : Tolong kembalikan mood yang hilang untuk update blog ni T_T


Set Make Up Bobbi Brown

$
0
0

Assalamualaikum Hai.


Aaaa happynya bila dapat set make up Bobbi Brown. Dah nama pun perempuan kan, bila dapat barang camni fuhh. Walaupun sekarang macam jarang je make up sangat tapi tetap happy okay. Dah 6 bulan tak pakai foundation and I'm happy :) Dulu tak pernah lalui sehari tanpa foundation. And baru nampak beza memang foundation bagi effect buruk pada kulit.


Okay korang ingat lagi tak contest Kotex yang Nad ajak korang join back in June haritu? Haa hehehe kan Nad dah bagitau memang Nad menang daily prize kan? Make Up Kit worth RM250. Tapi biasalah bila brand besar camni kekadang nak proceed hadiah tu lambat sikit. Tau tau je haritu hadiah sampai dah rumah yeayyy. 






Hehehe happy okay. Dari brush foundation, blusher, eye brow, eye contour, eye smudge, eye liner, ultra fine eye liner, eye shadow, lip semua ada!! Hahahhaha tapi maybe Nad tak guna semua lah kot kan? And, Nad tak guna pun lagi brush tu semua hehehe. Sebab sayang? Haha nanti lah gunaaa. 


Sangat worth it tau beli Kotex dapat set make up Bobbi Brown :') Dari RM6 dapat pulangan RM250 kehkeh. So barang dah ada, lepasni kena belajar make up elok elok pulak hehehe.


P/s : Bila hujan banjir ni nak pergi event blogger pun fikir bebanyak kali hmm.


Cable Internet Kena Curi

$
0
0

Assalamualaikum Hai.


Siapa perasan dah 3 hari Nad tak update blog? T_T Sabtu Ahad tu time tu memang Nad tengah takde mood nak blogging. Tetibe pagi Isnin tu dah takde line hahaha. And sekarang ni baru okay. Fuhh. So start esok baru Nad akan start balik kot blogging macam biasa. Haihh habis traffic semua merudum. Sedih tauu. Baru dapat tau juga tadi line cable tu kena curi, ada orang potong. Patut pun satu jalan ni jiran semua takleh guna jugak. 


P/s : Banyaknyaaa entry yang pending T_T Mood blogging mohon datang cepat

Food Delivery FoodPanda

$
0
0

Assalamualaikum Hai.


Apa itu FoodPanda? Ada ke yang baru first time dengar pasal FoodPanda ni? Nad dah banyak kali dengar tapi lately baru terbuka hati nak cuba try servis penghantaran diorang ni bagus ke tidak ye kan. Kekadang indah khabar dari rupa jerr. Lambat je makanan sampai but with FoodPanda no no memang fuh pantas k.


FoodPanda : Satu company yang akan terima dan hantar order kepada kita yang merupakan orang tengah hasil kerjasama dengan beberapa buah restoran seperti Starbucks, Vivo, Tgi Friday, Wendy's, 7 Eleven, Tony Roma dan banyak lagi.



Cara Order dari FoodPanda


1) Download FoodPanda apps dan register.
    Android : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.global.foodpanda.android
    Apple : https://itunes.apple.com/app/foodpanda-order-food-delivery/id758103884

2)


     Select Location
Jangan risau ya, FoodPanda punya service bukan hanya di Kuala Lumpur tetapi juga di Ipoh, Johor Bahru, Melaka dan Penang. Haa meluas satu Malaysia ada penghantaran hehe. Lepas pilih tempat boleh terus pilih nak restoran apa ye.


3) 

     Lepas pilih tempat mestilah pilihhh makanan! Hehehe terus je pilih memana makanan yang kita nak. Gambar dan harga disetakan. Then terus add to basket, which means dah masuk dekat order kita and terus proceed.


4) Lepastu akan ada dapat massage order proceed dan akan dihantar dalam masa ...
Jangan risau ye sebab bila staff FoodPanda dah sampai dia akan text bgtau so terus jelah jumpa :)



Kenapa Order Dengan FoodPanda?


- Hubungan dua hala yang bagus dengan staff penghantar.
- Penghantaran yang efisien dan tepat waktu.
- Jimat masa hanya dengan order online.
- Apps yang mudah difahami untuk order.
- Nak bermalas malasan kat rumah.



Pengalaman Bersama FoodPanda


Tepat jam 4.52 setelah penat berjalan jalan. Maka Nad pun stop kejap dan order Vivo melalui FoodPanda. Senang jer sebab apps mudah difahami cuma kena tau lah nak order apa haha. Then pusing pusing roung jenjalan sekejap lepak Old Town semua sampai pula mesej dari staff FoodPanda. 

Bila nak bayar Nad hulur je nor RM50 sekeping and minta balance. Tapi staff bagi isyarat macam hmm dia pekak or something so Nad pergi dekat Hafiz tanya ada tak duit cukup cukup nak bayar. 

And ya, the staff is deaf. But it's okay, the communication is still running well. Respect FoodPanda sebab still ambil orang kurang upaya bekerja. Lagi lah nak support FoodPanda kalau macamni T_T Eh eh makanan sampai tepat satu jam tau hehe and masih panasss padahal time tu gerimis renyai renyai camtu.



Nampak tak Vivo kitaorg? Ada 7 jenis makanan tau tu T_T


Head over to www.foodpanda.my untuk order secara online and hey thanks to Butterfly Malaysia for the opportunity. My second collaboration with Butterfly online hehe. Never get involved with you guys but thanks to Tammy who trust me to do this :)


P/s : Esok kita cerita pasal makanan lagi k :p


Pak John Yong Tao Foo Steamboat BBQ

$
0
0

Assalamualaikum Hai.


So hari Ahad yang lepas akhirnya Nad berjaya menjejakkan juga diri try Pak John Steamboat BBQ di eCurve ni. Jealous tau tak tengok ramainya blogger lain dah pergi so Nad pun teringin jugak la nak pergi kan. Nasib baik tetibe HalimBrothers ajak T_T Hahahahhaha. So Nad pun ajak la Azwar dan kak Bella sekali. Fuh.




Yang bestnya naik je escalator dari tempat parking terus jumpa Pak John Steamboat ni so takyah susah susah nak cari, lokasi strategik ni. Nad sampai around six so tak ramai sangat orang lagi start pukul 8 malam ke atas boleh dikatakan almost full house juga ye Pak John Steamboat, lagi lagi weekend.


So guys, sempena Christmas ni Pak John Steamboat ada memperkenalkan beberapa menu baru yang best meletop letoppp. Menu ni dah start since 15 December lagi and valid until 1 January 2015 which is todayyy. Yeaaa todayyy! So siapa yang terliur baca menu nanti boleh head over Pak John malam ni jugak hihi.






Sempena Christmas, Pak John Steamboat BBQ telah memperkenalkan 10 Christmas Buffet Special Menu, 11 Christmas Hot Plate Menu dan Christmas Hot Pot Soup - Creamy Butter Broth. Haa banyak kan? Hahaha.



10 Christmas Buffet Special Menu

1) Baked Potato with Mince Beef.

  • Kentang bakar yang dihidangkan bersama daging cincang dan krim.
2) Garden Herb Potato.
  • Salad kentang yang klasik dihidang bersama herba.
3) New Zealand Rib Eye with Black Pepper Sauce.
  • Daging rusuk yang digoreng bersama sos lada hitam, cili benggala, bunga kobis dan cendawan.
4) Christmas Island.
  • Pulut nasi yang dilimpahi dengan seafood sup berkrim.
5) Bountiful Hearty Rice.
  • Nasi goreng pelbagai sayuran dan ayam.
6) Grilled Slice CHicken with Creamy Spaghtetti.
  • Dada ayam yang dipanggang dengan sempurna dihidangkan bersama spaghetti berkrim.
7) Ramen Vongole Ole.
  • Ramen istimewa dan halal dimasak bersama lala, sejenis makanan laut.
8) Seafood Bread Loaf.
  • Kepingan baguette dan makanan laut yang disaluti keju.
9) Drill Sutchi Fillet.
  • Fillet ikan sutchi tanpa tulang berwarna brown sos.
10) Black Tangerine Chicken.
  • Kepak ayam goreng rangup disiram sedikit sos buah nenas.

11 Christmas Hot Plate

  • Coffee Beef
  • Tangerine Beef
  • Black Pepper Beef
  • Sweet Soya Beef
  • Coffee Chicken 
  • Tangerine Chicken
  • Black Pepper Chicken
  • Ginger Chicken
  • Sweet Soya Chicken
  • Lemongrass Chicken
  • Spicy Fish Fillet

         Christmas Hot Pot

  • Creamy Butter Broth




Fuhh haaa baca nama pastu imagine camne rupa dia hahaha mohon tahu, semua menu yang korang baca dekat atas ni hanya valid time Christmas ni je tauuu. HARINI LAST LAST LAST. Esok dah takde esok kembali menu biasa pulak ye. 




So grab peluang untuk merasa menu super best by tonight. Eh selain tuuu janganla korang ingat bila Christmas habis je menu terus tinggal sikit. Jangan risau yee sebab Pak John Steamboat ni ada menyediakan 100 jenis pelbagai makanan sayuran, daging, makanan laut, steamboat, dessert, 4 premium item, dimsum, ais krim, air dan banyak lagi lahh ish tak tersebut. Time weekend juga anda akan dihiburkan dengan muzik akustik dari kumpulan Voxscape.


Dan, Pak John Steamboat juga Halal Jakim dengan nombor rujukan MS 1500:2008 2 071-11/2013. Nad tau kalau lalu pastu nampak ramai customer cina je mesti cam curious hmm restoran ni halal ke tak? Tapi ada je orang melayu. So ingat Pak John Steamboat sememangnya halal so jangan ragu ragu.




Last nak bagitau Pak John Steamboat juga ada menyediakan 2 buah bilik VIP yang boleh digunakan untuk acara private. Satu bilik tu boleh muat around 20 orang. Katsini boleh buat company dinner, award night, farewell, family day, birthday party semua lah memang sesuai.




Pak John Steamboat BBQ

Address : Lot LG-13A & LG-15, Lower Ground Floor, eCurve, No 2A, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810, Petaling Jaya.
Price : For Christmas
           RM46++ (Weekday) RM49++ (Friday Saturday Sunday)
         : Normal
           RM36++ (Weekday) RM49++ (Friday Saturday Sunday)
Contact Number : 03-77333913
Website : www.pakjohn.com

Review : Seventh Son

$
0
0

Assalamualaikum Hai.


Sepanjang cuti ni tiap kali keluar mesti tengok movie je hehehe. So kali ni Nad nak review cerita Seventh Son. Hmm tengok poster macam best. Even seminggu sebelum cerita tu keluar memang dah aim nak tengok. Dan akhirnya, dapat juga tengok time first day release.






Sinopsis Seventh Son

Pada zaman dahulu kala, Gregory kurung ratu ahli sihir dekat bawah tanah sebab merbahaya. Tapi 10 tahun kemudian, ratu ahli sihir berjaya lepaskan diri dan membahayakan semua orang. Dia memang bermusuh la dengan manusia.

Then Gregory ada la seorang anak buah ni, Thomas. Diorang ni memang akan menentang ahli ahli sihir. Sejak ratu ahli sihir kembali dia pun kumpulkan balik ahli ahli sihir yang lain dan berusaha untuk dapatkan batu ajaib milik dia. Batu tu ada kat tangan Thomas. Kebetulan, anak buah ratu ahli sihir ni fall in love dengan Thomas.

Maka atas dasar cinta tu lah dia pun berpihak pada Thomas dan lawan balik ratu ahli sihir. 


Haaa best kannn? Hehe. Thomas pun kenapa handsome sangat? Hahahaha. I cannot tau kalau macamni. Hmm bagi Nad best la cerita ni, ada jalan cerita dia. Nad tengok dekat Sunway Pyramid memang full house, and time pengakhiran cerita semua orang tepuk tangan ha kalau macamtu best tak?


Director : Sergey Bodrov
Genre : Adventure | Family | Fantasy
Duration : 1hr 50mins 
Rating : 4/5


P/s : Looking forward for Taken!! Hmm mesti best hehehe.

Shawl | Mascara Naked 2 | Fridge Magnet dari Blogger Yeayyy

$
0
0

Assalamualaikum Hai.


Hmm rasanya dah lama Nad tak join giveaway. Bukan sebab apa hujung tahun memang busy sesangat. Lepastu banyak pula giveaway yang end hujung tahun kan. Memang tak sempat langsung lah nak join hmm. So habis terlepas camtu je. Tapi alhadmulillah ada juga lah rezeki join giveaway yang lain lain tu.


Shawl dari Miera



Ya Allah baiknya lah kan Miera ni. Sebenarnya Miera sponsor 3 helai shawl dekat giveaway Nad yang sebelum ni. Tapi end up takde sorang pun yang tuntut dekat dia? Hmm dah almost 3-4 bulan so cam dah burn lah kan. Pastu Miera dengan baik hatinya nak bagi Nad sehelai shawl tu sebab memang dia dah niat nak bagi tapi takde orang claim pulak kan T_T Thank you Miera! Walaupun kita jarang bertegur sapa hehe.


Mascara Naked 3 dari kak Schaz



Yeayy yang ni kak Schaz buat giveaway dekat facebbok, tapi dia dah war warkan dekat blog. Tapi sikit je yang join dalam 5 orang so semua orang dapat hadiah wee. Nad dapat mascara Naked 3, fake eyelashes, and eyeliner tu. Nad dah pakai mascara memang best! Tak terlalu tebal texture dia so nak basuh tu senang. And fake eyelashes tu masih berfikir fikir bila nak pakai sebab tak pernah hahaha.


Fridge Magnet dari Euruka di Giveaway Diana Rashid



Hehehe baik akak ni. Setahu Nad, Nad cuma menang Fridge Magnet Cameron Highland jer, tapi dia siap bagi sabun badan yang memang wangi gilerzzz. Hehehe memula blur jap tu sabun apa, lepas tanya baru tau sabun badan hehehe.


P/s : Alhamdulillah syukur :)

Set Gang of 4 di Nando's

$
0
0

Assalamualaikum Hai.


Korang pernah dengar set Gang of 4 atau Gang of 8 di Nandos's? Hmm sejujurnya Nad tak pernah hahaha. Lepastu Nad ada menang contest simple dekat page Nando's, lepastu dapatlah voucher Gang of 4 ni. Nad memang blur lah taktau ada apa je dekat set tu entah banyak ke tak kan untuk 4 orang hmm.


So akhirnya, Nad pun ajak lah Hafiz, adik and kawan adik makan free kat Nando's guna voucher tu hihihi. Psttt, Nando's siap bagi monopod Nando's tau sebab nak suruh selfie guna monopod tu T_T Nad pun seram jugak kot lah salah faham then kena bayar ke kan nasib baik memang fully free wow hehe.




Gambaran makanan Gang of 4 yang kami dapat makan yeayyy. Alhamdulillah, dapat makan free total RM95 ni hehehe. Thank you Nando's! Walaupun kalau dapat Gang of 8 tu mesti lagi syiok hehehe.




P/s : Alhamdulillah, beginning 2015 so far so good walaupun ada few things yang keep bothering me hmm.

Viewing all 358 articles
Browse latest View live