Quantcast
Channel: Nadratul Syazwana
Viewing all 358 articles
Browse latest View live

Zolace.com Website Shopping Wanita Terbaru

$
0
0

Assalamualaikum Hai.


Saban kali lah kita dengar website untuk shopping online ni kan? Sekarang ni ada pulak laman web untuk shopping online muslimah Malaysia yang terbaru sekali iaitu Zolace.com. Haa biasalah, kuasa membeli kan di tangan perempuan kan so harus lah banyak website perempuan jer.





Zolace.com mula ditubuhkan pada 2014 oleh dua orang yang mampunyai impian besar dan minat yang mendalam tentang fashion. Idea-idea digabungkan maka terhasillah Zolace.com. Zolace akan memastikan semua pelanggan gembira dan puas hati dengan barangan dan servis mereka. So jangan risau ya, Zolace bagi jaminan kepada semua memang tak menyesal kalau beli-belah dekatsini.




Macam yang kita tau, barangan perempuan memang banyak cabang kan. Dekat Zolace ni boleh jumpa semua barangan-barang perempuan kecuali kasut hehehe belum masuk pasaran mungkin.

Tapi kalau setakat nak caritudung bawal, baju kurung modern, seluar palazzomaxi skirt, dress muslimah, blouse labuh muslimah, sling bag ni memang Zolace memberikan tawaran yang terbaik sekali. And yeahh, shipping to around the world. So mari rakyat Indonesia, Brunei dan Singapore pun boleh turut ikut serta shopping di sini. Eh eh selain tu ada juga necklacedan rings tau!




Kenapa Anda Harus Shopping di Zolace.com?

- 100% Free Domestic Shipping (including Brunei and Singapore)
- 100% 30 days easy return
- 100% Secure Shopping
- 100% Best Deal Guarantees
- Worldwide Shipping
- FREE Shipping



See, banyak kan benefit kalau shopping di Zolace.com? The best part is no minimum order which means kalau barangan tu RM30 then RM30 jelah bayar pastu free shipping. Takyah nak tambah-tambah lagi RM6 ke RM10 ke okay?





Selain itu, dengan shopping di Zolace.com juga kita akan dapat points atas setiap pembelian. Belum lagi upload gambar kita #ootd dengan barangan tu dan submit review di website mereka. Terus berganda-ganda dapat points tak lama lepastu boleh redeem cash! Kachinggg! So apa lagi? Mulakan misi shopping anda sekarang hanya di Zolace.com.


Apa Nad Beli di Zolace?


Haa haa cuba teka cepat barangan apa yang Nad grab di Zolace? Hihihi. Zolace memang terkenal dengan barangan muslimah tapi aksesori nya sangat menarik perhatian Nad. So Nad grab 1 sling bag dan 2 necklaces hehehe tehee saksikan.



Sling Over Satchel Bag in Black



Fascinated Forest Collar Necklace



Swoon to the Moon Long Necklace



Zolace Malaysia Sdn Bhd

Address : 850, Batu 4 1/2, Jalan Ipoh, 51200, Kuala Lumpur
Contact No : 03-6259 6222
Working Hours : Monday - Friday : 9am - 6pm
                         : Saturday : 9am - 1pm
                         : Sunday : CLOSED
Facebookhttps://www.facebook.com/ZolaceMalaysia


P/s : Memang puas hati barangan dekatsini, tak menyesal beli hehehe.


Julie’s Perkenalkan 6 Variasi Julie’s Hershey’s

$
0
0

Assalamualaikum Hai.


6 Variasi Julie’s Hershey’s. Wow!! Sekali idea dikeluarkan terus banyak jenis biskut diperkenalkan. Ahad haritu, Nad hadiri majlis pelancaran biskut ni di Dal. Komm Café, Uptown Damansara. Memang excited okayyy. Nad pulak memang bukan jenis makan nasi sangat, banyak makan biskut, roti atau makanan ringan je hahaha. Ok, boleh jadi stock baru dekat u ni.







Biskut Julie’s Baked with Love bila digabungkan dengan coklat Hershey’s telah menghasilkan satu fenomena yang akan dipasarkan di pasaran Asia.  Perfect Food Manufacturing Malaysia Sdn Bhd (Julie’s) telah dipilih sendiri oleh The Hershey Company (Hershey) untuk bergabung dan telah dilancarkan di Malaysia pada October 2014.


Mr Martin Ang


We are thrilled about our new partnership with Hershey. Both brands were built on the same ideals and values, and I believe it is this foundation which sealed our partnership” – Mr Martin Ang (Director of Perfect Food Manufacturing).


Pastinya beberapa bulan sebelum dilancarkan Julie’s telah pun melakukan food testing dan persediaan yang secukupnya untuk mengeluarkan 6 variasi biskut ini. Setiap jenis membawa rasa yang tersendiri. Julie’s boleh didapati di hamper semua hypermarket dan supermarket dan akan dilacarkan di peringkat Asia pada 2015.


Semenangnya setiap biskut punyai tarikan dan citarasa yang berlainan. Bagi Nad, Nad paling suka chocolate waffle dan chocolate chip hazelnut cookies. Fuhh memang sedap gila ok. Tapikorang kena try semua benda T_T Nasib murah je sekotak tu RM7.90 hehe.




1) Chocolate Chop Cookies
A glass of frothy hot chocolate, his favourrite cartoon and a plate full of these chocolate dotted yummies! Dipped or on its own, this classic favourite never fails to impress the kids.

2) Chocolate Fudge Vanilla Flavoured Cookies
Let the magis of opposites explode in your mouth, as soft, gooey vanilla fudge melt and mesh with delightful chocolate cookies bits.

3) Chocolate Chip Oat Cookies
Know you can indulge in delicious treats, yet be nourishing your body with goodness and healthy grains, packed with toasted rolled oats, now you can indulge without guilt. Perfect!

4) Chocolate Waffles
Dig into soft, creamy, rich, luscious ice cream with the crunchy contrast of buttery waffles to create a purely indulgent dessert combo. This is life and its simple pleasures!

5) Chocolate Fudge Cookies
Best when it comes in pairs. Cozy up and fulfill your chocolate desires in this decadent duo with soft, creamy choc fudge sandwiched between rich chocolate cookies.

6) Chocolate Chip Hazelnut Cookies
Bite into the bold smoky aroma and flavour of hazelnuts infused in a delectable and delicious chocolate chip cookie.






Rasanya gambar ni ada harapan menang tapi lambat upload la kahkah perasan


P/s : Sekejap je dah habis semua stock Julie's ni T_T Nampak sangat terlebih sedap.

Review : Woman in Black II

$
0
0

Assalamualaikum Hai.


Woman in Black II. Kalau tengok poster pun sah sah cerita hantu/cerita seram. Haihh. Disebabkan kebetulan time tu banyak pulak cerita yang kitorang dah tengok, maka tengoklah cerita ni kannn. Cerita omputih, kalau hantu Thailand confirm lagi seram ish.






Sinopsis Woman in Black II

Disebabkan satu penempatan ni tengah berperang, maka banyak lah kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa. Dah jadi tanggungjawab 2 orang wanita untuk bawa budak-budak ni berpindah ke tempat yang lebih selamat. Jauh dari tempat peperangan, mereka ditempatkan di satu rumah ni.

Tapi, sorang penjaga wanita ni dapat syak ada something yang tak kena dengan rumah tu. Lagi-lagi bila dia perasan sorang kanak-kanak ni start berubah. Asyik bawak patung je ke sana ke mari. Tak lama lepastu start la kanak-kanak ni kena bunuh. Diorang cam kena pukau pastu bunuh diri sendiri.

So, penjaga ni ajak la diorang semua berpindah sebab tempat tu memang tak selamat. Tapi penjaga lagi sorang ni tak percaya. Tapi atas bantuan sorang bekas pilot, diorang pun akhirnya pindah jugak. Sebenarnya, hantu tu punya anak pernah mati lemas dekat laut ni so dia cam nak amik sorang budak nak lemaskan kat tempat yang sama.

Hmm ending dia kan em korang kena tengok sendiri sebab nad tak tengok hahahahhahahha scary sangat ah so tidur. Banyak sangat scene terkejut.


So far okay aje cerita ni. Part yang seram tu ada siap orang tepuk tangan gelak gila gila which make it scarier even more -.- Duh, seram lah bukan lawak okay. Rasanya lepasni mungkin ada Woman in Blask III?


Director : Tom Harper
Genre : Horror | Thriller
Duration : 1hr 45mins
Rating : 3/5


P/s : Hmm macam tak sempat aje nak tengok Taken dengan Hafiz hmm

Kelas Menjahit di KL

$
0
0

Assalamualaikum Hai.




Kelas Menjahit? Ya, belajar menjahit semenangnya salah satu benda yang Nad memang teringin nak belajar. Kalau nak diikutkan Nad memang ada buku buat duit dengan menjahit. Haa semangat tak semangat? Hahaha tapi buku aje lah. Takde praktikal try try menjahit pun.




Lepastu Nad try pergi ke kelas jahitan Syaza dan belajat menjahit hehehe. Kak Syaza ni dah belajar menjahit since dia 15 tahun dan sekarang dah kawin and ada anak pun. Haa boleh imagine tak banyak mana experience kak Syaza ada dalam bidang jahitan ni. Kak Syaza sangat lucky sebab muda muda lagi dah di expose dalam benda yang boleh buat duit kan.



Kalau masuk kelas kak Syaza memang penuh dengan jubah, peplum, dress, baju muslimah mahupun kanak-kanak. Semua tu memang ditawarkan kalau nak belajar di kelas jahitan Syaza ni. Tapi Nad belajar benda paling simple sekali untuk satu hari ni which is belajar menjahit skirt. Walawehhh hahaha.




Di kelas jahitan Syaza, korang akan diberi notes panduan untuk belajar menjahit. Notes ni berganda-ganda akan memudahkan kita time belajar nanti. Just ikut steps and nahhh tetibe terhasillah pakaian yang korang nak tu. Jangan risau, sebab kak Syaza just ambil 3-4 pelajar untuk satu kelas so dia boleh fokus ajar awak sampai pandai hihi.




Cikgu menjahit, kak Syaza :)




Kebiasaannya kelas diadakan pada waktu hujung minggu. Okay Nad explain eh. Korang bayar RM200 untuk satu class dan belajar satu benda. Contoh nak belajar jahit dress. Bayar RM200 dan belajar jahit dress. Tempoh masa diberi adalah 3 hari. Kalau second day korang dah berjaya tamat belajar jahit dress then hari ketiga tak perlu datang. Tapi kalau baru separuh jalan then hari ketiga adalah hari terakhir untuk korang siapkan dress tu. Faham? Sijil penyertaan juga disediakan.



Ini hasil sehari belajar jahit skirt :)



Kelas Jahitan Syaza

Alamat : No 42-1, Block C, Jalan Danau Lumayan 1, Off Jalan Tasik Permaisuri, 56000, Kuala Lumpur.
Waktu Operasi : Weekday (Rabu dan Khamis)
                        : Weekend (Sabtu dan Ahad)
No telefon : 017-8612310 atau 03-91713034




P/s : Hmm sekarang rasa sayang nak keluar duit beli skirt tapi nak buat malas T_T

Barangan Elektrik Terbaru Keluaran Mitsubishi

$
0
0

Assalamualaikum Hai.


Mitsubishi Electric| Mitsubishi sememangnya satu jenama yang gah dan sudah pun dikenali di Malaysia. Sebut sahaja Mitsubishi semua sudah tau jenama barangan elektrik. Fakta ini memang tidak boleh disangkal lagi.








3 Januari yang lalu, Mitsubishi telah mengadakan satu talk event selama 3 jam bagi memperkenalkan 4 produk keluaran terbaru mereka. Talk event yang bertempat di ofis Mitsubishi, Petaling Jaya adalah bagi mempamerkan produk-produk tersebut seperti air-conditioner, jet towel, fan dan fridge.



Air-Conditioner




Air-Conditioner Mistubishi ini mengandungi filter nano platinum yang akan menambahbaik lagi proses pengumpulan habuk atau debu. Ia juga mempunyai 5 langkah kawalan udara yang pastinya menjamin haluan udara mengisi seluruh ruang. The best part is air-conditioner terbaru Mitsubishi ini JIMAT. Yes, jimat. Sebabnya air-conditioner jenis ini mudah untuk dibersihkan hanya dengan 3 langkah sahaja. So boleh buat sendiri tanpa mengharapkan bantuan syarikah baikpulih pendingin hawa. Bertambah jimat bila kita rajin servis sendiri air-cond yang turut merendahkan kos bil elektrik. Selain itu, air-cond ni 5 starwhich means less energy used!



Jet Towel (Hand Dryer)




Biasanya kita jumpa hand dryer ni dekat mall or restaurant je. Tapi sekarang, dekat rumah pun dah boleh letak tauuu hihi. Semuanya dari Mitsubishi. Penggunaan hand dryer ni adalah untuk memastikan kebersihan sentiasa terjaga dan memastikan kita sentiasa selesa. Ruang untuk mengeringkan tangan juga luas so tangan yang gebu-gebu pun boleh fit in sekali hehe. Hanya letak tangan 10 seconds then tadaaa dah kering tak perlu letak sapu tangan lagi sekarang.



Fan

·    

Keselamatan: Bahan-bahan bukan self-flammable dan motor tersembunyi digunakan bagi meningkatkan lagi keselamaran penggunaan kipas dan menghalang bahan lain daripada memasuki bahagian motor. Ini turut mengurangkan kemungkinan kemalangan.
Perlindungan: Fius kupas akan berhenti secara automatic apabila arus elektrik berlebihan manakala fius terma menghentikan aliran elektrik apabila motor terlalu panas.

Warranty untuk kipas adalah selama 3 tahun.


Fridge




Fridge keluaran Mitsubishi sangat unik dengan adanya “Vitamin Factory Triple Colour LED”. Ia membantu meningkatkan 1.5 kali dalam mengekalkan nutrient dan meningkatkan vitamin sayur-sayuran. Lepastu boleh kawal kelembapan udara untuk memastikan sayur-sayuran dan buah-buahan segar dan tahan lama. Kesimpulannya, semua akan segarrrr. Sama seperti air-cond, kipas juga 5 star so kurang energy yang digunakan. Lagi –lagi pada waktu tengah malam, automatic energy level akan turun untuk mengurangkan penggunaan tenaga.



Keempat-empat barangan elektrik yang disebutkan di atas adalah barangan terbaru keluaran Mitsubishi. Barangan yang sudah pun dinaiktaraf kan dan kualiti terbaik hanya dari Mitsubishi.


P/s : Kalau ada rumah sendiri ni fuhh, syiok cuci mata barangan elektrik pulak haha.

Glitter Butterfly Shawl yang Selesa!

$
0
0

Assalamualaikum Hai.


Dalam banyak-banyak giveaway Nad paling suka menang dalam bentuk barang seperti shawl. Hahaha. Sebab apa? Sebab Nad memang suka pakai shawl tapi susah sangat nak keluarkan duit ke arah shawl T_T Hahahhaha nampak tak game terlalu berjimat dia tu? Well sebab kalau difikirkan balik tu semua satu kehendak bukan keperluan. Tu yang Nad jenis pakai je apa yang ada.


So kali ni Nad mennag giveaway Like & Share dari blog kak Azah :) 5 pemenang dipilih dan nama Nad atas sekali hahaha memang excited lah kan.




Sebenarnya shawl ni macam jenis yang glitter glitter tu but not too obvious lah kan. Pheww~ First time tau Nad pakai shawl cutting butterfly and memang best. Jarang Nad nak buat shawl selabuh itu tapi hm dalam gambar tak pula labuh eh? Ke memang tak labuh pun? Standard standard je ehh.


Hehe thank you kak Azah for the super comfy shawl! Tetibe jadi confident hahaha.


P/s : Harini dah bergerak pulang ke UiTM Penang hm hm 

Azam Blog 2015

$
0
0

Assalamualaikum Hai.


Biasalah, nama pun Nad. Kalau tak terlambat tu tak sah la kan? Orang lain dah berzaman berazam azam ni kita baru nak sibuk T_T Huaaaa. Tapi takpe, sebelum ni busy dengan task lain yang lebih wajib untuk update, so bila weekend kita buat entry personal sikit hihihi.


Azam blog ni yag bestnya Nad dah ada since 2014! Hehe yeayyy. So boleh imbas kembali azam blog 2014 DI SINI. Nad dah check ada yang tercapai ada yang tak hahaha ala normal ah tu kan kahkah.


AZAM BLOG 2015



Azam Blog 2014

1) Nak capai follower 5k [FAIL]
2) Nak capai pageview 200k [ACHIEVED]
3) Nak naikkan ranking Alexa top 1k [FAIL]
4) Cashout hasil berblogging berganda-ganda [ACHIEVED]
5) Update entry setiap hari dengan konsisten [FAIL]



Azam Blog 2015


1) Nak capai followers 5k
- Disebabkan tahun lepas tak berjaya so Nad teruskan target tu ke tahun 2015. Harap berjaya lah. 1287 more to go!

2) Nak capai pageview 400k
- Lagi sekali kantoi pageview sikit kahkah. Ala tapi takpela janji target lepas kan. Hm nak target 500k tapi takut tak tercapai pulak hm.

3) Naikkan ranking Alexa top 1k
- Paling tinggi pun tahun lepas 2k rasanya takleh nak jejak 1k lebih tu. And current ranking sekarang pun 2575. Kena usaha lebih lagi nak achieved below 1k! Huaaa

4) Cashout hasil blogging RM800++
- Ok kalini lebih specific. Sebenarnya Nad dah start jana income dari blog since 2013. And Nad nampak hasil tu makin menaik. So tahun ni Nad tetapkan amount. Harap rezeki tahun ni berlimpah-ruah ameen.

5) Update entry setiap hari.
- Tahun lepas k kantoi habis hahaha total entry setahun pun cuma 175 jerr. Tapi itulah tahun paling banyak entry berbanding sebelumnya T_T Hahaha. Tapi so far tahun ni masih keep in track lagi hehehe.


K k semangat. Tahun 2015 semua benda kena semangat k. Study kena semangat, blogging pun kena semangat! Hahaha. Study kena semangat sebab ni dah last so cannot extend, 8 subject 22 credit hour pun kena push jugak! Blogging kena semangat sebab kalau tak push diri sampai bila pun blog takat gituuu jerr. Kan?


P/s : Hm kena tuntut ilmu agar lebih pandai bahagikan masa ni.

Tips Selfie yang Cun!

$
0
0

Assalmualaikum Hai.


Selfie. Haha dah sinonim sangat dengan masyarakat zaman kini kann? Hmm rasanya semua orang ber-selfie. Kalau tengok instagram Nad pun aduhaiii selfie tak habis habis haha. Dulu pemalu jugak nak selfie depan orang ramai tapi sekarang kahkah hmm dengan tak malunya selfie di mana mana. Janji gambar elok hahaha.


Nad taknak la Nad punya selfie je yang cun so meh meh kita selfie cunz sesama hahahhaha. Teruskan membaca yee.



Tip Tampil Langsing


Untuk nampak lebih langsing, halakan sebelah bahu ke arah kamera dan luruskan leher anda. So takdelah nampak macam engkorang tenggalam di badan sendiri. Tak perlu sorokkan leher ok.



Tip Kaki Langsing


Untuk nampak efek kaki langsing, halakan badan ke sisi dan regangkan kaki. Sekali lagi, tak perlu menyorok ye. Agak agak nak sorokkan kaki sebenarnya buat kaki lagi la nampak mok mok si kita dengan yakin regangkan jer kaki.



Tip Wajah Lurus


Untuk wajah nampak lurus dan kurus, tanpa segan silu hulurkan tangan anda 120 darjah dan tundukkan kepala ke bawah sikit. In shaa Allah nampak lebih kurus dan runcing.



Tip Filter


Filter memang benda standard lah sekarang. Nad paling suka vsco cam hihi, nampak natural edit and tak over. Kena pandai pilih filter sebab kekadang filter makin buat buruk ada.



Tip 'Side View' Kurus


Untuk Side View Kurus semestinya sengetkan ssedikit badan anda yer kemudian letak tangan atas paha. Bagi ilusi lebih kurus gituuu.



Haa itulah serba sedikit tips selfie yang dapat dikongsikan. Hmm sekarang ni kalau nak diikutkan dah ramai sangat orang lawa sampai kalau tengok rasa em em emmm ok how. Kita ikut aje la eh tips tips yang dikongsikan in shaa Allah selfie korang pasni lagi lawa hehehek. Yang penting kena yakin jer.


P/s : Tips selfie sudah, tips ootd ada sesape nak bagi?


Taman Rekreasi Gunung Lang

$
0
0

Assalamualaikum Hai.


Taman Rekreasi Gunung Lang. Engkorang pernah dengar tak? Hmm kalau kekawan Nad tak ajak datang sini memang Nad taktau langsung pasal kewujudan tempat yang indah macamni. Pheww. Jarang tau tempat menarik dekat Perak hehe ampun orang Perak. Serius tempat ni memang menarik gila nyaman and tenang je rasanya.



Haa tengok tu tenang tak? Kalau just nak lepak lepak kat tepi ni boleh je takyah bayar pun. Tapi memang menarik sesangat. Menarik dia tu sampai time Nad pergi berderet orang yang dok buat photoshoot katsini hihi. Background nature camni memang lawa lah kann.




And if korang nak masuk ke dalam tempat taman tu pulak Nad just bayar RM3 untuk naik boat. Ala kejap aje pun naik boat tu hm dalam 300m camtu jer so jangan expect cam korang naik boat pusing Langkawi tu hahaha.


Harga Tiket Taman Rekreasi Gunung Lang

RM3 untuk dewasa
RM2 untuk pelajar sekolah menengah 
RM1.50 untuk warga emas
RM1 untuk pelajar sekolah rendah
RM0.50 untuk kanak-kanak


No maximum time. Means tak kisah la korang nak lepak berapa lama dalam tu. Kot rasa nak balik tunggu je tepi jetty then nanti ada lah boat amik. Ha macamtu.





Taman Rekreasi Gunung Lang ni memang tempat yang sesuai untuk satu family bersantai. Sebabnya siap ada taman permainan semua. Biasa lah budak budak kan. Eh then ada mini zoo tau. Lupa nak amik gambar T_T Wuaa. Pastu emmm boleh juga kalau nak book tempat ni buat BBQ ke apa.



Kahkah gambar header ni pun dekat Taman Rekreasi Gunung Lang ok



Info Taman Rekreasi Gunung Lang

Address : Taman Rekreasi Gunung Lang, Off Jalan Kuala Kangsar, 30100, Ipoh, Perak
Working Time : Monday - Thursday (9am - 12pm) (1.30pm - 7pm)
                       : Friday (8am - 12pm) (2.30pm - 4pm)
                       : Saturday- Sunday - Public Holiday (8am - 6.30pm)
No Tel : 605-5063088


P/s : Tetibe rasa dah lama tak jenjalan camni T_T Windu

WW : Study Hard No Matter What

$
0
0

Assalamualaikum Hai.





Dulu kemain taknak sambung degree lah apa lah nak kerja terus lah dah malas lah pastu tetibe bila penerapan semester akhir ke degree dah buka semangat pulak nak apply T_T Hahhahahhaha.


P/s : Wish me luck last sem. Moga jodoh dengan civil berakhir April ni :)

Review : Taken 3

$
0
0

Assalamualaikum Hai.


So, Nad dah pun menghilang 5 hari yeayyy. Which also means ada 5 entry nak kena ganti? Emm haha. Nantilah, I'll try to manage. Hmm still kelam kabut lagi dengan pengurusan masa sem baru ni. Tangguh satu kerja memang terus susah satu minggu hahaha.


Tapi weekend memang free. Memang lah free kan pastu tak reti buat assignments pastu keluar tengok wayang yeayyy! Hmm. Haha eh biarlah so weekend tu Nad tengok Taken 3! Dah janji dengan Hafiz, tapi cam susah je nak jumpa so tengok dengan kawan kawan pun okay apaaa.






Sinopsis Taken 3

Cerita ni mengisahkan Byran Mills (Liam Neeson) dengan ex-wife dia, Lenore (Famke Janssen). Mayat Lenore tetibe dijumpai dekat apartment Bryan. Pastu time Byran jumpa time tu juga lah polis datang. Kira macam Bryan kena perangkap lah, Byran tu dah jadi suspek utama. So nak taknak dia kena jumpa anak dia, Kim (Maggie Grace) senyap senyap sebab polis tengah cari kan.

Dalam diam, Bryan usaha sendiri untuk cari siapa pembunuh sebenar ex-wife yang dia sebenarnya masih sayang tu. Kenapa nak bunuh ex-wife dia and nak balas dendam.


Hehehe. Seriously semua orang kena tengok cerita niii. Banyak gila dia twist cerita haihhh terus kita tak suspek sesape T_T Rasa tertipu tau haha padahal otak yang taknak berfikir siapa pembunuh sebenar. Takpe, hmm peminat Liam Neeson and peminat action movie harus tengok.


Director : Olivier Megaton
Duration : 1hr 45mins
Genre : Action | Thriller
Rating : 4/5


P/s : Wuaaa banyaknya entry nak kena ganti balik sebab seminggu menghilang hahaha

WW : Money Motivation

$
0
0

Assalamualaikum Hai.






Today classmate asyik cerita pasal duit jer hahaha. So how do you define money? Hmm. Mata wang Malaysia pun dah jatuh teruk kot around 1usd = RM3.6+ by today. Bajet 2015 untuk diri sendiri teruskan berjimat. Tu jer.


P/s : Hmm tapi kalau duit parents bagi tu macam sekejap sangat je dah habis kan.

Cabar Diri Cuba Benda Baru

$
0
0

Assalamualaikum Hai.


Dalam hidup ni semua benda ada pertama kali. Semua benda yang kita nak buat, ada risiko. Cuma nak dengan taknak, berani dengan tak je. Untuk cuba buat pertama kali, mungkin benda tu benda baru lah kan bagi kita, tapi the next one mungkin kita dah biasa or boleh improve and buat better dari first time tu.


So macam mana sebenarnya kita nak cari inspirasi untuk cuba benda baru tu. Apa yang menginspirasikan korang untuk terus maju ke hadapan. Untuk berani dan yakin? Emm kalau takde or takleh nak figure out apa, meh jadikan benda benda ni sebagai satu pegangan untuk korang cuba benda baru dalam hidup.



Sanggup Bekerja Lebih



Hidup ni memang susah. Mostly susah la, takde yang senang kan. Macam tu juga laluan yang kita nak amik untuk berjaya tu. Dengan pelbagai cabaran dan dugaan, semua tu nak kena tempuh untuk berjaya. Cuma sangguo tak sanggup jelah kan nak harungi semua tu. In shaa Allah kalau sanggup, takde benda yang mustahil.



Kisah Orang yang Berjaya



Bila dengar cerita orang orang yang dah berjaya ni memang betul betul memberi inspirasi. Sebab mostly diorang pun insan biasa je jugak macam kita tapi boleh jadi something yang luar biasa. Diorang pun start dari bawah and zuppp naik atas, atas usaha diorang sendiri. Diorang boleh buat keputusan untuk tentukan jalan hidup diorang berbeza sikit dari orang lain tapi haa boleh berjaya.



Sokongan dari Kawan dan Keluarga



Tiap orang mesti ada sokongan atau dorongan yang orang berikan p[ada kita. Sama ada kita sedar atau tak je. Sometimes korang comment comment kata semangat pun sebenarnya tu satu dorongan buat Nad hehehe Nad sedar tu :) Sokongan tu juga bagi Nad satu cara nak show kasih sayang. Ye ke tak eh? Haha. Percaya lah sokongan dari orang sekeliling boleh buat kita terus maju ke hadapan.


Haa cepat cepat motivate diri sendiri. Sejujurnya tiap orang mesti ada inspirasi sendiri yang buat korang terus move dalam hidup ni. Bagi Nad 3 benda ni memang betul betul satu benda yang penting buat Nad. Bukan senang k nak terus ter-inspirasi dan semangat. Tapi in shaa Allah, kalau kena cara mesti boleh.


P/s : Ehem hemm, esok nak pergi .......

Zaria RED 4 in 1

$
0
0

Assalamualaikum Hai.


Pernah dengar produk Zarra? Yes yes, yang pengasas dia Datin Zamzarina Zambri tu. So lately Nad try set Zaria Red 4 in 1, masker collagen and BB Krim Collagen dia. Disebabkan kulit Nad agak sensitif so memang kena make sure produk ni selamat dan berkualiti untuk digunakan. Taknak lah guna makin rosak kan? Alhamdulillah, produk pun ada kelulusan KKM dan memang selamat.




Set Zaria Red 4 in 1 ni consist of pembersih muka, penyegar, krim pelembap siang dan krim pelembap malam. Nad pun ada juga pakai BB krim collagen dan masker collagen dia tapi yang tu kena beli asing ye.



Cara Penggunaan Zarra




Nad dah pakai produk ni sebulan ye. And this is how I used it. Step by step.

1) Pembersih Muka - Function dia untuk membersih, menyegar dan menyerahkan kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit. Pembersih ni pun boleh guna as make up remover. Just kena cuci muka dua kali. The first one untuk remove make up tu then bagis masa sikit untuk cuci kali kedua bagi pembersihan menyeluruh.

2) Penyegar - Function untuk menyegarkan kulit dan menutup pori-pori. Penyegar ni pakai sampai leher pun takpe.

3) Krim Pelembap Siang - Function untuk melembapkan kulit sekaligus elakkan kulit kering. Biasanya Nad pakai krim pelembap siang ni then baru pakai BB krim.

4) Krim Pelembap Malam - Function dia untuk memperbaharui sel-sel kulit. Nad memang tak pernah tinggal pakai krim malam sebab krim malam ni la yang sebenarnya agak penting ye untuk rawta kulit time kita tidur.



BB Krim dan Masker Collagen



Nad suka sangat sangat BB krim Zarra sebab bagi Nad dia tak terlalu BB krim. Haha dia cam yeah sunblock! Since Nad memang dah lama tak ber BB krim and foundation ni, Nad memang everyday pakai sunblock je. Tapi BB krim Zarra ni memang seriously macam sunblock. Senang je nak ratakan ke seluruh muka. Harga BB krim ni hanya RM38 sebotol.





Haa ni lagi satu yang memikat hati. Masker collagen Zarra sangat sangat sejuk nyaman tenang je bila pakai T_T Hahaha i don't know how to describe this tapi itulah yang Nad rasa ye semua. Rasa macam muka ni letak kat freezer lol. Tapi best and pakai sepanjang malam ye waktu kita tidur tu hehe.


Buat sesiapa yang berminat nak menjadi pengedar atau rakan niaga pengedar Zarra, boleh je

Type SMS ZR   NEGERI send ke 32828
Type SMS ZR   PENGEDAR  NAMA send ke 32828



Zarra Sinar Puteri

Facebook : ZARRA
Instagram : Zarra
SMS/Whatsapp/Wechat : 012­‐6229970, 019­‐3447788, 013‐3509970 
How to Buy : Supermarket, Hypermarket, Farmasi, Online


P/s : Suka sangat tau feeling feeling cantik ni T_T Meh jom guna set skincare Zarra.

Review : Into the Woods

$
0
0
Assalamualaikum Hai.


Into the Woods. Dah lama keluar dah cerita ni. And dah lama tengok pun. Tapi asyik delay je nak review T_T Tu yang sampai dah lapuk kot hahaha. Eh lantak la janji review ye tak? Korang kena tau jugak tau jalan cerita dia camne.





Sinopsis Into the Woods

Mengisahkan tentang Baker (James Corden) dan isterinya (Emily Blunt) yang dah lama tak ada anak. Rupanya sebab dah terkena sumpahan mandul and takkan boleh dapat anak. 

Ahli sihir tawar untuk reverse balik sumpahan tapi kena carikan 4 benda ni dalam hutan. Mantel bewarna merah semerah darah, rambut kuning seperti jagung, kasut bewarna emas dan lembu seputih susu. So bermula lah perjalanan diorang semua tu.

Cerita ni lawak dan ada unsur-unsur muzikal juga.


Fuhh rindu lama rasanya tak tengok movie T_T Busy ya ampun lately dengan study. Hope blog still boleh maintain hmm. Anyway sesiapa yang tak minat muzikal dilarang sama sekali tengok cerita ni sebab too much muzikal nanti korang confirm bosan!


Director : Rob Marshall
Genre : Adventure | Comedy | Fantasy
Duration : 2hrs 5mins
Rating : 3.5/5


P/s : Malasnya nak pergi kelas malam, korang meh datang blog!!


Nadratul Syazwana is Back!

$
0
0

Assalamualaikum Hai.


Hahaha eh anyone missed me? Setelah Nad tinggalkan blog selama 3 bulan kot T_T Fuhh, bajet je azam tahun baru nak update blog selalu kan? Ah sudah la tipu semua tu. Disebabkan tahun akhir diploma so memang busy gila ya ampunnn tak dapat dibendung. 

Tapi alhamdulillah, setelah 3 tahun I managed to end my diploma in civil engineering right here in UiTM Penang (in shaa Allah). Depends on the result, I don't have enough confident for the final semester. But hey, pray for meee please bloggers and readers out there! Pray hard for mehh. 

Sepanjang semester ni Nad cuma mampu intai intai je entry blogger lain ya Allah jealousnya. Tengok korang update blog tiap hari, pergi event sana sini, cashout income dari blog T_T Nad katsini hanya mampu tengok and berharap untuk teruskan blogging after habis diploma. Maybe Nad memnag takkan mampu nak update selalu or update setiap hari tapi in shaa Allah seminggu dalam 3 to 4 entry yang berkualiti Nad akan update. I'm working on it guys!




P/s : Jom blogwalking, jom comments, joms baca entry. Joms!






Pengalaman Join Pencarian Model

$
0
0

Assalamualaikum Hai.

Make up. Like seriously lah Nad dah jarang kot nak make up heavy heavy ni. Dulu iya lah rajin gila haha hari hari pakai foundation kot aish. Now benda wajib cuma krim Nour Ain, compact powder, eyebrow pencil and lip balm. Eh banyak ke? Dah cukup sikit dah tuuu.

And, back in February around Chinese New Year haritu I joined an event Pencarian Model by Qiswaa. Eh eh dont be mistaken ya, Nad join as a crew sahaja hahaha Im so out to be one of the model. Its a good experience actually walaupun crew sorang ni datang lambat cari tempat tak jumpa hahah. Korang semua pun boleh join juga, hanya RM50 sahaja dan akan dishoot oleh photographer majalah Dara, @alangraphystudio dan photographer lain @awannanno@alifaizulzainalabidin .

Firstly, before any photoshoot start of course lah kan kena make up make up dahulu bagi semua orang nampak pretty gila awhh. Nasib lah ada 4 orang MUA kita haritu, so takdelah kena tunggu lama sangat. Nad make up dengan kak @dayah_zarim . I love her touch ye.








And, ramai sesangat sponsor yang turut join sekali dalam event ni. Memang best lah. Para sponsor boutique, model, photographer and organizer sekali ada. So, if owner boutique ada berkenan dengan mana mana model boleh terut contact. Sebab owner dah tengok sendiri model tu face to face and tahu talent model tu sendiri. Dress, handsock, skincare, jaket, shawl 100% di sponsor ya. So bayaran yang model buat RM50 semuanya memang berbaloi. Cuma kena prepare nak pose depan camera je! Haa. Antara para sponsor yang terlibat ialah

@laluna714 - Shawl
@jaletlabuhmurah - Jaket labuh
@zarascouture - Shawl








Okay makan settle. Outfit settle. We moved to make up. Haa make up pun takyah risau ye. Just kena tunggu turn jelah and then taraaaa. Siap! Memang transform habis punyaa. Nad yang stay dekat situ since datang and sampai last model balik, bila diorang make up je terus kena berkenalan lagi sekali hahahha. Means cam eh lainnya buat cantik! So no worries. Memang cantik. Make up artist pun ada 4 kot so boleh pilih yang amna korang paling berkenan hasil make up diorang. MUA yang terlibat :





BEFORE vs AFTER






My MUA of the day 


So kiranya flow of the programme bila korang join is datang pepagi tu ada registration. Then korang boleh breakfast dulu. Sementara tu ada ada group photo juga stage by stage and almost semua akan dapat gift. Weheee memang syokkk dah la join camni pastu dapat freegift haih. Ada peluang dapat tshirt, shawl, skincare or anything yang disponsor. And then proceed, make up sementara yang lain tunggu boleh kenal kenal dulu. Then terus start photoshoot. Mana yang ada hal and nak terus balik pun boleh. Sesi diteruskan sampai petang.






P/s : Btw, anyone katsini yang nak belajar teknik photography? Just one day. Belajar nightphotography, tone effect, whitebalance, creative light, hijab streetshoot, photoshoot and fashionshoot. Haa banyak kan? Boleh contact @alangraphystudio okay atau contact je number dekat banner tu! Boleh tengok hasil kerja Alang juga katsana. Tarikh : 2 May 2015 dari 9am hingga 9pm di KL.

Sakura Candy - Supplement Luaran dan Dalaman

$
0
0

Assalamualaikum Hai.


Bayangkan korang kemam gula gula yang sedap tu.larut dalam mulut.Tiba tiba selepas seminggu kulit jadi cerah,awet muda,lebih gebu.Untuk ibu lepas bersalin pulak susu melimpah ruah.Tak ke seronok rasa nak lompat???


SAKURA CANDY-PAKAR SERVIS MASALAH DALAMAN DAN LUARAN WANITA


Haa!!itulah mukadimah Beucure sakura candy.Banyak lagi manfaat/kelebihan/fungsi sakura candy ni tau. Kan dah cakap banyak gilos fungsi dan kelebihan serta manfaat sakura candy ni.Dari kulit lembap sampai la akar rambut jadi kuat.

Dengan setiap Kotak Beucure Sakura Candy, mampu memberikan 
✔Kulit cerah pinkish satu badan 
✔Merapatkan miss V 
✔Menambahkan keinginan tutttt!! 
✔Kulit lembut macam baby 
✔Tinggi antioksida(Menggunakan extrak Sakura Japan high standard) 
✔Membentuk body 
✔Bertenaga.Jaga waktu tidur kita. 
✔Pemadam parut 
✔Cegah dan hapuskan jerawat,jeragat..


Haaa!!ni lagi banyak khasiat sakura candy dari segi kesihatan,kecantikan dan nak cantik molek body.Demi cantik seluruh badan,cubalah sakura candy.tak rugi you ollss!!!


Cara Makan Sakura Candy ni senang aje,
1) Koyak sachet
2) Kemam terus di bawah lidah

Bila waktu terbaik makan???
jawapannya: satu sachet bangun pagi perut kosong dan malam sebelum tidur.nak lagi cepat kesan makan 2 malam,2 pagi.


Kandungan Beucure Sakura Candy ni:

Bahan-bahan ni memang kualiti terbaik dan terbukti untuk jadikan kulit Cerah Merah Jambu tau! Bahan-bahan ni agak mahal dipasaran tapi sangat menjadi dan kesan terbaik!! :)

Sakura Extract
Acai Berry
Snow Lotus
Pamogrenate
Collagen
Vitamin C
Maltodextrin
Sucralose

Halal dan lulus KKM ke?

Jangan risau, Beucure Sakura Candy halal dimakan kerana diperbuat oleh kilang bumiputra Muslim dan kilang tu berstatus GMP Halal. KKM pun dah dapat nombor rujukan dari mereka. Jadi kemam Sakura Candy tanpa was-was ye! 

Proses:
1. Jika badan mempunyai masalah, ia akan merawat dalam badan terlebih dahulu.
2. Sel kulit mati akan dirawat dan diganti.
3. Kandungan kolagen dalam badan dan kulit bertambah.
4. Menjadikan kulit cerah kemerahan dan gebu secara sekata.



Soalan Lazim biasa ditanya :
1) Berapa Harga Beucure Sakura Candy?
-Harga sangat berpatutan sesuai dengan Kualiti dan kesan cerah merah jambu. Harga RM150 (sm), RM160 (ss). Free postage. 

2) Kandungan kat dalam berapa?
-Ada 30 sachet khas untuk 30hari guna. Satu sachet ada 2gram Sakura Flakes. Rasanya adalah rasa sakura iaitu seperti makan gula-gula masam manis. Sedap!

3) Bila masa terbaik untuk ambil Sakura Candy ni?
sejam sebelum sarapan, malam – sebelum tidur (dengan andaian anda makan malam selewatnya 3 jam sebelum tidur agar zat aktif produk dapat diserap sistem pencernaan tanpa gangguan dari makanan2 yang belum dihadam). Utk kesan optimum, ambil semasa perut kosong. 

Minum air masak at least 2 liter sehari untuk melancarkan pembuangan toksin dan membolehkan nutrien diserap secara optimum oleh sistem dalaman badan.

4) Boleh ke diambil ketika haid/period?Boleh diambil ketika haid, ia membantu mengurangi senggugut, melaraskan kitaran hormon (bagi mereka yang hanya sesekali datang haid dalam beberapa bulan) juga melambatkan monopouse. 
5) Wanita mengandung boleh makan Sakura Candy?
Boleh ambil tapi tidak digalakkan. Lebih elok diambil selepas anda bersalin / dalam pantang.

6) Wanita berpantang selepas bersalin boleh ambil?Boleh tetapi disarakankan diambil selepas 60 hari bersalin iaitu semasa badan sudah berada dalam keadaan yg stabil. Pengambilan dalam kadar minima sahaja sudah mencukupi, iaitu 1 pagi dan 1 malam. Ia membantu mempercepatkan proses pemulihan luka selepas bersalin, mengeluarkan sisa darah nifas, memperbaiki rahim pada kedudukan asal dan mengetatkan semula vagina selain menambahkan susu ibu dan memberi tenaga.

7Lelaki boleh amalkan Sakura Candy?
BOLEH! Ia membantu mengimbangi hormon kelelakian anda selain menjauhi kanser prostat, di mana dengan pengambilan Sakura Candy ia mampu merencatkan kanser tersebut selain menguatkan sistem perkumuhan (buah pinggang) anda.
 

8) Boleh ke ambil Sakura Candy bersama ubat lain? Contoh saya ambil ubat hospital dan juga supplement dari produk yang lain.
Ya boleh ! Tapi dinasihatkan untuk 
jarakkan waktu pengambilan sekurang2nya 1 jam sebelum mengambil produk lain.

9) Berapa lama baru boleh nampak kesan lepas ambil Sakura Candy?
Semua orang nak kesan yang cepat dan pantas kan. Secara umum nya kesan bergantung pada badan masing-masing dan berbeza bagi setiap individu. Kesan boleh dilihat seawal 7 hari - 3 bulan paling lewat penggunaan. Seeloknya guna Sakura Candy ini selama 3 bulan berturut-turut untuk kesan yang optimum.

10) Adakah ianya akan menyebabkan buncit?
Untuk makluman, produk ini mempunyai ramuan untuk mengempiskan perut. Oleh itu, ia secara tidak langsung juga membantu menyelesaikan masalah buncit yang dihidapi.
11) Bagaimana pula kekerapan membuang air kecil dan besar? Adakah ia normal?
Ya, ia adalah normal kerana ia adalah sebahagian daripada proses pembuangan toksin-toksin/lendir-lendir di dalam badan.

12) Siapa yang sesuai untuk guna produk ini?
Lelaki dan wanita boleh guna produk ini. Untuk remaja seeloknya umur 15 tahun ke atas dah boleh guna Sakura Candy

TESTIMONI:




HUBUNGI
SMS/WHATSAPP SHJ

011 2941 0140



AGEN/STOKIS DIPERLUKAN.MENANG IPHONE6


P/s : Dah lama tak terjebak dengan supplement ni, berkenan pula hahaha

Art in Paradise Langkawi

$
0
0

Assalamualaikum Hai.


Weehoo hahaha. Weh pelik dah seminggu balik rumah makin blur pulak nak cerita apa. Macam dah totally lost in blogging. Nak naikkan traffic pun macam amboi kemain susah gila T_T Nak nangis aa. So i tweeted about what should i write up in my blog and one of my friend came up with the Langkawi trip idea. Maybe Nad tak cerita overall lah kot since now nak cerita pasal Art in Paradise di Langkawi and skycab and skydome.














Itu jelah kot gambar yang ada hahaha. Sebenarnya banyakkkk lagi banyakkkk sangat sangat. Kalau nak ikutkan terlalu banyak sangat lah art kat dalam tu. Cuma mampu tak mampu jelah nak posing dekat semua kan hahaha. And rasanya macam gambar Hafiz lagi banyak je dari gambar sendiri TT_TT Hahaha pity me gambar semua buruk apa boleh buat.

Art in Paradise ni macam tarikan baru lah jugak dekat Langkawi. Even Dr Mahathir pun pernah pergi. So, korang wajib pergi Art in Paradise if dah singgah dekat Langkawi. Wajib sangat okay. Lagi pun location dekat cable car so boleh try semua benda sekali and price affordable la takdelah melampau menipu.


ART IN PARADISE LANGKAWI

Address : Oriental Village, Burau Bay, 07000, Langkawi, Kedah
Phone number : +6013-5091209
Operating hour : 9am - 6.30pm
Price : Adult - RM38 | RM30 (with MyKad)
          : Child - RM28 | RM20 (with MyKad)

Tapi Nad amik cam package kot Art in Paradise, skycab and skydome semua sekali RM47. 


Ni just in case korang nak pergi and perlukan maps, nah. Ah tak kisah lah sekarang ada waze ke apa, nak share jugak hahaha.



P/s : Memula ingatkan nak cerita skycab sekali tapi macam dah panjang sangat T_T So tatap lah gambar gambar di Art in Paradise tu ya.

Motivasi Blogging

$
0
0
Assalamualaikum Hai.

Hmm walaupun dah dekat 3 minggu habis study tapi em still tak dapat nak catch up mood blogging. Kenapa ye? Mesti korang pun pernah rasa macamni kan? Rasa rinduuuuu sangat sangat nak blogging tapi malas nak on lappy, malas nak menaip, taktau nak buat entry apa. Padahal ini lah masa yang dinantikan dengan line internet laju tanpa halangan, tanpa ada commitment nak kena belajar or apa.






I missed those old times where I get excited to start blogging each day, to read other blogs, to write my story, to attend event, to check my ranking, to check the statistic of blog ugh there is too much! Hmm. 

P/s : Apa kata korang share motivasi korang untuk terus berblogging dengan jayanya? :) Inspired me.

Viewing all 358 articles
Browse latest View live