Quantcast
Channel: Nadratul Syazwana
Viewing all 358 articles
Browse latest View live

Check Result MUET 2015

$
0
0

Assalamualaikum Hai.

Sebenarnya Muet dah lama keluar pun, dalam 2 hari lepas? Haha. Kalau boleh memang nak update on the same day tapi Nad nak keluar berjalanz jalanz pulak haritu so tu yang takleh update. Nak check result pun guna sms takde credit, guna laman web haha berapa kali refresh entah? But now dah boleh la sekali check je sebab dah tak jammed! Haha so kalau korang nak check lagi sekali boleh pergi web ni (http://webmpm.mpm.edu.my/muet_result/). And then masukkan je number ic.

Serious talk la waktu Nad nak check memang cuak gila gila gila hahahahaha. Few days before siap cakap dekat family nak amik Muet lagi sekali hahaha sebab rasa macam teruk sangat. Target dalam band 2 or band 3 lah padahal adik sendiri dapat band 4 tu yang lagi rasa nak amik lagi sekali. Nad memang tak prepare apape lah sebab kebetulan minggu Muet tu memang banyak test. Beli buku Muet sampai 2 tapi buat exercise satu set je alahai suka betul membazir kan. 

Sampai hari yang dinantikan biasalah Nad memang selalu terlupa. Padahal berapa hari lepas bukan main countdown sampai lah masuk whatsapp whatsapp bertanyakan reult hahahha. Caring sungguh ye semua T-T Siap ada yang mintak number ic lagi offer nak tolong check kan. Of course thats a big no haha malu wehhh kot kot rendah gila ke kan cemana.



And alhamdulillah.....


Cukup lah terlebih 4 markah nak dapat band 4. I called this luck. Terima kasih ya Allah. Terus terbatal niat nak amik Muet lagi sekali hahaha sudah cuckuplah. Maka berbaloi lah duit sewa kereta sensorang untuk bergerak dari UiTM Penang ke sekolah apa tah haha kat Kedah, berbaloi lah hari Sabtu yang ku korbankan, berbaloi lah drive sensorang sejam lebih. It was all worth it.

Listening : I have no idea how people could score up to 38 T-T Rasa macam jawab elok je tapi rendah.

Speaking : This is the major disaster. Dah la satu group dengan dak degree haha pastu sorang perempuan pulak. But they are okay, it just me. Sikit sangat sangat point yang Nad bagi langsung tak ikut format hm sebab tak pernah practice langsung. And sampai nak conclude tu Nad still blur sampai tercakap 'dah ke?'. And diorang cam bagi laluan untuk Nad conclude. 

Reading : Ini hantam bedal haha taktau essay awal awal je baca semua. Dah last tu baca soalan dulu baru cari jawapan without reading the whole essay.

Writing : Ini punnn. Tajuk kitaorang dapat tragedy. Nad pun cerita la tragedy ada banyak aspect in term of kesihatan, pelajaran, keselamatan, and so on bla bla. Habis je writing test diorang bincang bincang point dok cakap pasal MH370. Terus rasa point diri sendiri sangat tak hebat orang lain dok cerita masalah negara Nad dok cerita masalah sendiri T-T


So pengajaran nya dekat sini jangan bincang jawapan haha. Yakin je dengan apa yang korang dah buat and teruskan berdoa. Rasa performance tak hebat pun doa je biar result hebat hebat. Itu je boleh cerita haha rasa panjang dah ni? Yang belum amik Muet pergi cepat cepat amik.

P/s : Antara Asasi UiTM and Matrik Teknikal Johor which one is better? #imhelpingmybro

Kelas Belajar Make Up di KL

$
0
0

Assalamualaikum Hai.


Nad percaya rata rata perempuan sekarang memang normally akan make up tiap kali keluar rumah. Tak kisah lah light or heavy make up tapi mesti akan ada conteng conteng muka sendiri kan? Hehe normal lah tu. Memang cantik and Nad suka sangat sangat tengok perempuan cantik. Maklum lah diri sendiri bukan pandai sangat nak make up cantik cantik ni.

So. Nad nak suggest sorang akak yang memang power lah dia punya make up. Nad pernah jumpa akak ni depan depan, and niat dalam hati nanti nak make up dengan dia, tapi takde rezeki so make up dengan orang lain hihi. Nad suka dia make up T-T Memang cantik ok. Cara lukis eyebrow, buat eye shadow, pakai fake eye lashes, apply blusher. Semua cantik and nice finishes. 



Introducing = Kak Hanna :)


Klik klik link atas ni untuk terus ke instagram kak Hanna.



So basically kak Hanna memang active make up orang sana sini so kalau nak kira experiences tu memang dah banyak lah. Of course lah bila make up skin type tiap orang tak sama kan, but she could handle it. You name it, normal/oily/combination skin semua boleh ok. Ada teknik teknik tertentu untuk setiap masalah tu.  Semua tu kena ada guru untuk ajar bukan hantam bedal nanti hasil dia pun em emmm hahahaha.

Nad ada berita baik untuk korang korang semua yang minat sangat sangat nak belajar make up at a low price meh mehhh. Kak Hanna nak buat kelas make up 17 May ini di Pusat Belia Antarabangsa Cheras. Yuran kelas make up dia jeng jeng jeng hanya RM80 sahaja ok tak sampai ratus pun. Terkejut Nad selalu tengok kelas make up bukan main mahal lagi kann haha. Untuk meyakinkan korang supaya join, meh tengok hasil hasil make up dari kak Hanna.



BEFORE vs AFTER








KELAS MAKE UP KAK HANNA

Venue : Pusat Belia Antarabangsa Cheras
Date : 17 May 2015
Fees : RM80
No tel : +6017-2437857

P/s : Kalau korang ada nak personal class dengan kak Hanna pun boleh je whatsapp tau, date apa semua boleh arrange ;) No worries.

21 Dan Masih Keliru

$
0
0

Assalamualaikum Hai.

Hahaha ok tajuk takleh nak bla lagi. Hmm. Weh perasan tak Nad kan update blog seminggu direct update pastu seminggu menghilang pastu seminggu update pastu menghilang wahhh -.- Hahaha benci tau bila malas camni. Kenapa eh? Kadang kadang mood tu macam jenggg semua entry simpan draft dulu esok la sambung pastu tak sambung pun.

Blog
Kadang kadang kan Nad macam hilang focus tau. Padahal Nad ada tanggungjawab kat blog ni. Sebab blog ni bukannya macam blog sesuka hati nak update bila masa. Dah ada kena review memacam so sepatutnya kena bagi komitmen lebih sikit la dekat client. Memang la takde dateline tapi kadang Nad macam phewww rasa beban padahal weh rezeki kottt Nad yang apply so kena rajin! Kena rajin!

Kerja
Sebenarnyaaa Nad tengah job hunting juga lah sekarang ni hmm dah sebulan dah. And ada lah dalam 4 tempat Nad minta tapi macam semua tak dapat je hm. Sedih tak sempat nak memilih masalahnya tak dapat pun so jangan cakap Nad yang memilih hahaha. Ingatkan kalau ada diploma senang sikit la kot ke kan nak dapat kerja tapi tak pun. Cemana pun tetap susah je jugak hm. 

Itu lah luahan hati selama tak update ni :( So malam ni Nad nak marathon update semua benda entry yang Nad dah plan so moga moga blog ni takkan terbengkalai lagi haihh.

P/s : Betul kata kak Sally, malas tu akan sampai bila hahaha no no.

Monster Crazy Crunchy (MCC) Memang Digilai Ramai

$
0
0

Assalamualaikum Hai.

Monster Crazy Crunchy (MCC). Mesti korang pernah dengar kan? Produk ni memang hot sesangat! Even banyak lagi jenis produk coklat yang sama dengan MCC tapi coklat MCC lain sikit, makan sorang pun tak puas hahaha lagi lah nak share reramai kan. Apa yang Nad nampak coklat MCC ni memang buat guna resepi sendiri, even order beratus pun so no worries about the quality ye. Memang terbaik.



By the time Nad dapat Monster Crazy Crunchy chocolate memang uwaaa seronoknya yelah lagi lagi seorang Chocolate and Dessert lover ni lagi lah rasa macam eh rasa coklat dia macam Dip&Dip punya hihik. Adik Nad pulak bila makan terus cakap sedaplah coklat dia! Then bila Nad makan banyak sikit dia dok marah Kakak ni makan banyak lah. Dah lah sedap. Hahahha adeh sedap sangat sampai bergaduh.



Ok ok cuba tengok logo sikit! Chocolate dia tuu aummm!~~


Label product disertakan dengan ingredient yang digunakan and ada expired date sekali.


My life. Eh? Hahahhaha nom nomm



KENAPA ANDA HARUS MAKAN MCC VERSI RAINBOW?

- Rasa coklat yang sangat lazat berganda ganda.
- Rainbow yang rangup krup krupp.
- Jenis coklat mudah cair dan mudah gaul.

*Tips : Rendam bahagian penutup dengan air panas untuk coklat cair & sedap.



Muka bahagia sampai lupa diri T-T
Masya Allah.


Monster Crazy Crunchy Versi Rainbow

Harga : RM7/jar
Ingredient : Coklat susu, coklat masakan dan bertih beras
Whatsapp : 013-8890044 (Hotline)


P/s : Chocolate lover, you are so gonna love this much!

Pengalaman Naik Cable Car di Langkawi

$
0
0

Assalamualaikum Hai.

Cable Car Langkawi. Okay sambung balik cerita. Selain daripada pergi Art in Paradise LangkawiNad pun try juga naik cable car ni. First time in my life lah. Kalau tak asyik naik cable car yang macam dekat Bukit Bendera je haha. So akhirnya dapat jugak naik cable car yang tergantung gantung ni hehe.

Biasanya dalam satu cable car tu boleh naik dalam 4 orang lah camtu haha. Standard punya cable car murah murah sahaja. Ada jugak yang glass floor so boleh tengok pemandangan cam dekat Sky Walk tu aaa bestnya haha tapi lain harga. Ada mat saleh naik yang tu. Ada jugak vip punya cable car tak silap RM800 amboi.

So Nad nak share antara view view yang Nad ambil time naik cable car and view time stop. Memang menarik sebab nature! Cantik sesangat.



Bismillah..
Dimulakan dengan gambar selfie hahaha







Itulah antara pemandangan yang korang akan tengok di Langkawi. Time naik cable car tu dekat bawah tu ada jugak kandang kuda rasanya boleh juga pergi situ ada apa Nad tak sure sebab Nad tak singgah pun. Rasanya best jugak kot kalau nak explore apa ada dekat bawah tu. Harga nak naik cable car ni dah sekali package yang masuk Art in Paradise tu.

P/s : Hm hmmm rindu ah nak holiday lagi hahaha.

Kulit Cantik Dengan CC Cream Raily

$
0
0

Assalamualaikum Hai.

CC Cream Raily. Korang pernah dengar tak? Mostly cosmetic punya product produce sampai BB Cream je, just certain brand yang buat sampai CC Cream. Tapi Raily punya CC Cream terus dia produce wah wahhh. And tau tak? Nad dah try pakai hihihi, Memang best sesangat.

Selama berbulan ni Nad cuma pakai day cream Nour Ain je, so macam takde pakai apa sangat. Bila apply je CC Cream Raily ni rasa macam ter cover semua cela dan terus flawless hihihi. Yang bestnya CC Cream ni juga banyak khasiat tau. Kira 2 in 1 sambil cantik sambil perbaiki kulit. Yeayyy.




Dari segi packaging Nad memang suka hahaha colour gold memang cantik nampak mewah nampak mahal. Tapi ehhh affordable tahu? Takdelah mahal mana nak dibandingkan dengan harga cosmetic pasaran. Ditambah pula dengan SPF 50 confirm boleh lindungi kulit up to 8 hours. Tambah tambah lagi dengan cuaca Malaysia yang panas ni kan.

Apa yang paling menarik perhatian Nad sebenarnya CC Cream keluaran Raily ni mengandungi salmon collagen yang dimport khas dari France. Collagen? Bagus untuk kulit. Salmon? Pun bagus. Wahhh come in package tu.

CC Cream Raily = Moisturizing + Sun Screen + Whitening + Make Up



Cing cinggg kita guna CC Cream Raily ni hai :*

Haa lupa pulak nak cerita apa kelebihan salmon collagen tu kan? Antaranya boleh perbaiki struktur kulit yang rosak, gebukan kulit, atasi masalah jeragat, menghilangkan parut dan mengecutkan jerawat. As you can see, kulit Nad takdelah flawless and I hope CC Cream Raily ni dapat perbaiki kulit Nad as time goes by yeayyy.



Jangan lupa dapatkan CC Cream Raily tau. Ini lah founder Raily, cantik kan?


CC Cream Raily

Price : RM65 (SM) RM70 (SS)
Ingredient : Aqua, Marine Collagen, Ethlhexyl, Propylene etc.
Made in : Malaysia
Email : railycosmetic@gmail.com
Contact Number : 011-32958062 atau 017-9032179


P/s : Yeayyy another product yang akan Nad guna selalu since benefit dia aw aww. Hmm hm lepasni nak guna apa pulak eh nak jadi cantik? Hihi.

Majlis Kahwin Siti Shahirah

$
0
0

Assalamualaikum Hai.

Dah berapa minggu lepas Nad pergi majlis kahwin kawan sekolah menengah Nad sendiri. Macam tak sangka alahai dah 21 tahun rupanya dah ramai kawan kawan yang nak kawin dah. Kita ni je yang masih taktau apa hala tuju hidup sob sobb. 

Kalau nak imbas imbas balik kenangan sekolah dulu, Nad pernah jugak rapat dengan Shahirah ni tapi macam sekejap jela time duduk asrama dulu waktu form 1 or form 2 kurang ingat. Siap pergi beraya sama sama, bajet bajet nak belajar bawak moto last last sampai sekarang tak reti jugak haha.

Shahirah ni kalau nak diikutkan memang sporting orangnya, berlakon teater kat sekolah apa semua. Nad memang idok ler mende mende sebegitu yer haha. And anddd husband dia pulak kawan Nad time sekolah rendah dulu. Kira kenal la satu sekolah. Haha kalau dah jodoh kan.



Dua dua sporting memang jadi gini.


Sweet je tau tengok diorang sekarang ni shopping sesama, dinner sesama, berjaya pun sesama. Alahaiii hahaha. Takpe, kita sabar je dulu. Buat Shahirah, semoga happy happy selalu and bahagia bersama. Tahniah korang.

P/s : Bestnya umur 21 dah kawin en? Kita ni entah bila haha.

Anggun Fusion : Rendang Ayam Peanut Butter vs Asam Pedas Kambing Panggang

$
0
0

Assalamualaikum Hai.

Korang baca tajuk mesti dah haa? Cemana tu? Hahaha. Rendang Ayam Peanut Butter dan Asam Pedas Kambing Panggang? Lain macam je bunyi dia kan? Haha tapi bagi Nad unique. Style style macamni unique haha ada kelainan dalam masakan tu. Buat kita rasa excited nak makan tau sebab nak tau cemana gabungan rasa tu.



Packaging dia ni nampak je macam kecik and untuk 3-4 orang punya serving. But no no, Nad dah try sendiri dekat rumah, boleh 2-3 kali guna and untuk 6-7 orang. Banyak takkk? Haha banyak sesangat tau and berpatutan. Plus, jimatkan masa korang tinggal tuang je kuah dia. Kalau macamni, takyah belajar masak pun takpe. Hiks.





Asam Pedas Kambing Panggang vs Rendang Ayam Peanut Butter



Nom nommm. Asam pedas dia a bit pedas bagi Nad. Biasa lah tu kan? Tapi, dia pedas yang mintak ditambah hahaha. Nad makan berapa pinggan entah asam pedas ni. 



 To be honest, Nad lebih suka asam pedas dari rendang ayam peanut butter ni. Maybe sebab Nad memang suka asam pedas kot? Or belum boleh adapt dengan campuran peanut butter ni heheh. And korang, dekat dalam pack tu just ada kuah je tauu. So terpulang la nak letak ikan ke ayam sotong bilis udang hahaha ikut citarasa masing masing.







Anggun Fusion

Contact No : 013-2406880 (Mimie) and 013-2824710 (Myzal)
Email : anggunfusion@gmail.com

P/s : Korang korang yang nak rasa makanan unique ni boleh contact number kat atas tuuu. Asam pedas asam pedas! Hehe

Sinopsis Dia Isteri Luar Biasa

$
0
0

Assalamualaikum Hai.

dia ister luar biasa poster

Dia... Isteri Luar Biasa. Best ke cerita ni? Haha dalam banyak banyakkk Slot Akasia satu drama pun Nad tak pernah sangkut. Tapi drama ni ada lah jugak sangkut beberapa episode hahaha. Sebab adik Nad memang minat cerita camni so tv memang on so Nad join jelah. Boleh laa, sebab Fathia lawa kot? Haha seronok tengok orang lawa je.


Sinopsis Dia... Isteri Luar Biasa

Mengisahkan tentang Dewi Yusra (Fathia) yang sedang mencari calon untuk dijadikan suami. Dewi pula merupakan seorang yang tidak mempercayai dan benci terhadap lelaki. Dewi kerap menjaga anak sahabat baiknya, Eda (Nonny Nadhirah) apabila Eda sibuk. Mereka menjaga akrab sehingga anak kecil itu memanggil Dewi mama. Sedikit sebanyak, terdetik juga di hati Dewi untuk mempunyai anak sendiri.

Lalu, Dewi meminta bantuan sahabatnya, Cik Kem (Keith Foo) dalam mencari calon suami. Tapi tiada satu pun yang memiliki kriteria lelaki idaman Dewi. Malah, Cik Kem juga pernah menyenaraikan dirinya sendiri tetapi ditolak.

Dalam satu trip pulang dari London ke Malaysia atas urusan perniagaan, Dewi telah berkenalan dengan Dr. Raden Amzar (Shukri Yahaya). Lama kelamaan mereka menjadi rapat dan dalam diam Dr. Raden juga ada menyimpan perasaan terhadap Dewi. Dewi merancang sesuatu dan akhirnya mereka ditangkang khalwat. 

Dapatkah Dr. Raden Amzar mengubah persepsi Dewi terhadap lelaki? Apa yang akan terjadi terhadap hubungan mereka setelah Dewi memiliki anak? Saksikan pengakhirannya di Slot Akasia TV3.



DRAMA : DIA ISTERI LUAR BIASA 

Mula disiarkan : 18 Mei 2015 (Isnin-Khamis, 6.55petang) 
Saluran : Slot Akasia TV3 
Pengarah : Jamal Khan 
Pelakon : Shukri Yahaya, Fathia Latiff, Keith Foo, Elizad Sharifuddin, Nonny Nadirah, Uqasha Senrose, Ardell Aryana, Ziela Jalil


Korang layan tak drama ni? Hahaha adeii Nad dah terlayan pulakkk. Macam bestt macam besttt. Apa kata korang try jugak tengok? Masih awal lagi ni baru episode berapa hehe.

P/s : Boleh suggest tak apape movie nak tengok? Nad boring gila dekat rumah ni.

Wak Mustar Juara Kilauan Emas 2015

$
0
0

Assalmualaikum Hai.

Wak Mustar Juara Kilauan Emas 2015! Eh kenapa tetibe Nad kisah pulak kan? Hahaha wehh sebab nyaa Wak Mustar tu orang sini orang tempat Nad orang Sijangkang wahaha. Walaupun Nad takdela layan Kilauan Emas ni tapi tiap minggu confirm satu rumah ni akan tunggu depan tv tengok orang kampung sendiri.

Nad takdelah kenal pun Wak Mustar ni and macam tak pernah terjumpa pun tapi kemain banyakkk banner support Wak Mustar kat area sini woahhh. Time naik kereta nampak, time nak makan nampak. Banner tu macam everywhere.



Tahniah Wak Mustar!


Dan sejujurnya yang Nad kenal dalam Kilauan Emas kali ni hanya 4 orang je top 4 yang final tulah haha. Tu pun sebab ternampak top voting untuk final tu and Wak Mustar maintain dekat atas je. Tup tup juara wahh siapa sangka kan, memang rezeki wak lah tu maknanya. 

Pernah sekali ayah Nad ajak makan dekat luar. Sekali kedai tu tutup, kemain marah dia sebab dia nak makan situ. Minggu depan datang lagi tau tau rupanya orang kedai tu pergi CIDB support Wak Mustar hahahaha.


Juara - Wak Mustar
RM100,000 + Motorsikal bernilai RM50,000 + Kerusi urut + Trofi
Anugerah Khas Juri - RM10,000

Naib Juara - Elji
RM50,000 + Perkakas masakan + Trofi

Ketiga - Aling
RM30,000 + Perkakas masakan + Trofi

Keempat - Lina
RM10,000 + Trofi


P/s : Kemain kecoh lagi ye group Sijangkang atas kemenangan Wak Mustar ni. Tahniah wak! 

Aktiviti Snorkelling di Pulau Langkawi

$
0
0

Assalmualaikum Hai.


Snorkelling di Pulau Langkawi. Kiranya ni kali kedua Nad snorkelling, first time dulu snorkelling dekat Pulau Pangkor. Aduh serius time first time dulu Nad memang tak reti gila nak guna menatang goggle tu haishh. Rasa membazir sangat time snorkelling dekat Pangkor, nasib dah dalam package so tak terasa sangat.

Then, bila kawan kawan ajak snorkelling dekat Pulau Langkawi memang Nad berat gila hm sebab rasa membazir lah kan kita tak reti. Tapi eh hahaha berbeza gila. Dekat Langkawi ni best sesangat haa! Hahahaha. 



Muka penakut masih tak boleh adapt lagi hahaha poor me


Fish everywhereee. Memang nice gila. Maybe sebab kebetulan time tu Nad pegang roti kot, so saya dikelilingi ikan ikan. Hi Fish!



So waktu round round pulau tu, abang boat tu bawak la jugak pergi snorkelling ni. Kitorang di charge RM30 untuk 30minit punya snorkelling. Adeh taktau lah nak kata lama ke tak mahal ke tak nak compare dengan harga lain. Tapi bagi Nad memang puas hati lah berbaloi best! Hahahaha. Lagi lagi dengan kawan kan, dalam air pun happening haha. Jom jom snorkelling. Siapa yang tak pernah try tu memang patut try.

P/s : Ok ok next week cerita parasailing pulak ok? 

Hilangkan Parut Dengan Azanis Scar Serum

$
0
0

Assalamualaikum Hai.

Azanis Scar Serum. Korang pernah dengar tak? Sememangnya bahan bahan yang natural memang terbaik untuk hilangkan parut. But still, at the same time serum menghilangkan parut juga sangat membantu. Terbaru ni, Azanis Scar Serum yang agak famous juga dan ada potensi yang boleh tahan keberkesanannya.

Nad ada jugak macam berkenan berkenan selalu usha dekat instagram jelah pastu still berkira-kira lagi nak beli ke tak hahaha. Macam nak tapi macam tunggu duit terlebih duluuu hahah.



Azanis Scar Serum


FUNGSI AZANIS SCAR SERUM

- Menghilangkan parut jerawat berlopak, berlekuk, berlubang
- Menghilangkan parut luka kemalangan, pembedahan
- Menghilangkan parut kudis, kurap, demam campak
- Menghilangkan stretch mark selepas bersalin
- Menghilangkan parut-parut lama


Sememangnya kita semua tahu, parut memang susah sangat nak hilang kan? Tapi Azanis Scar Serum boleh hilangkan both parut baru dan lama (Parut lama take time sikit). Sangat sesuai untuk semua jenis kulit berminyak, kulit berjerawat dan kulit sensitif. Jangan risau ya, Azanis Scar Serum ada lulusan KKM dan JAKIM.

Sesuai untuk lelaki dan perempuan dari pelbagai lapisan umur. Biasanya satu botol boleh tahan untuk satu bulan dan kebiasaannya jugak lah kan, parut tu nak hilang dalam sebulan camtu depends on kulit masing-masing.


TESTIMONI AZANIS SCAR SERUM

5528aeba9c8b1e2e4264acd0_testimoni1.jpg
Parut jerawat

5528aee2b9c6422c421221a9_testimoni3.jpg
Parut berlubang

5528aeef3869f6db4ed1677b_testimoni4.jpg
Parut stretchmark

5528aefbb9c6422c421221ac_testimoni5.jpg
Parut timbul


AZANIS SCAR SERUM


Made in : Malaysia
Size : 15ml
Price : RM42 (SM) RM47 (SS)
Where to buy? : Whatsapp +6011-11908090

P/s : Yang ada masalah parut, memang sesuaiii sangat sangat guna Azanis Scar Serum ni.

Tips Jimatkan Minyak Kereta

$
0
0

Assalamualaikum Hai.

Tips Jimatkan Minyak Kereta. Nahhh, setelah sekian lama tak share share tips. Dulu dulu kan kalau tengok ayah isi minyak kereta RM30, RM50, RM100 rasa macam ala standard ah tu minyak kan. Then bila sekarang dah turn sendiri driving ke sana ke mari, nak isi RM30 rasa semput je. Kalau boleh nak isi RM10, RM15. Hahaha tak boleh ke?

Bila kita dah merasa sendiri keluar duit ke arah minyak kereta ha mula lah dok fikir ish camne lah cara nak jimat minyak eh. Biar kurang sikit duit nak keluar ke arah minyak tu. And hahaha Nad memang amalkan beberapa tips ni. Demi duitku tidak melayang demi minyak.



Periksa Tekanan Tayar

B1a1

Sebelum pergi ke mana mana, check dulu kot tayar kereta tu kempis sikit ke kempis banyak ke then isi dulu angin. Bila angin tayar ngam ngam baru lah lancar je nak ke mana mana. Kalau kempis kan ke jadi slow, kereta lagi berat then kita lagi press minyak.


Isi Tangki Minyak Sehingga Penuh

1681

Korang perasan tak kalau isi minyak full rasa lambat je mintak nak turun. Tapi once dia dah start berkurang, rasa macam lajuuu je nak empty. Tu sebabnya ruang udara kan tangki minyak makin banyak. So wujud tekanan yang tinggi dekat situ yang mempercepatkan lagi penggunaan minyak.


Tekan Picu Pam Secara Perlahan

B8b6

Memula sekali Nad tau tips ni sebab ibu yang bagitau. Lepastu memang Nad terus amalkan. Nasib lah Nad ni golongan kedekut sikit isi minyak RM20, RM30 so takdelah lama sangat rasa nak tekan picu tu. Biasanya Nad tekan separuh je, and memang rasa lambat sangat minyak tu berkesan. Tips yang ni memerlukan kesabaran yang tinggi.


Ringankan Kenderaan

8b84

Semakin ringan kenderaan, semakin jimatlah minyak anda. Bukan apa, certain orang tu barang yang tak perlu pun habis semua benda dia simpan dalam kereta. Kalau perempuan macam biasalah bonet belakang habis penuh dengan kasut je, senang katanya. Haa seelok eloknya keluarkan lah barangan yang tak perlu dalam kereta tu, bawak apa yang perlu je.


Pandu Secara Perlahan

2d2e

Dulu masa awal awal driving, Nad selalu drive laju. Nak cepat sampai katanya, taknak buang masa haha. Lepas tau je tips ni terus lah bawak secara sederhana dalam 80km/h. Tapi Nad awalkan masa nak keluar rumah tu sebab dah tau awal awal tak drive laju kan. 


Itu lah antara tips tips yang Nad amalkan nak jimat minyak ni. Alhamdulillah lah makin sikit duit yang keluar tu haha. Lately pun Nad dah start guna jalan yang tak banyak tol hahaha, dulu redah jee. In shaa Allah kalau korang amalkan boleh rasa jugak pengurangan tu. 

Sekarang ni hari hari pun guna kereta, harga minyak pulak tak menentu. So sebaiknya kita try save dari segi minyak ya.

P/s : Ok lepasni nak save apa pulak eh? Haa Tips Jimatkan Bil Elektrik dah baca belum?

Sembonia - Liberal Art of Geometry

$
0
0

Assalamualaikum Hai.

Sembonia. Memang jenama handbag yang cukup famous dekat Malaysia. Kalau ada yang tak pernah dengar taktau lah haha. Awal dulu, Nad ingat brand Sembonia ni keluaran Malaysia but no no, brand Sembonia ni di establish di Singapore cuma founder dia je Malaysian berasal dari Melaka. Adik beradik dengan Bonia and Carlo Rino my favourite.

Bersempena Spring/Summer 2015 ni, Sembonia perkenalkan handbag baru dengan tema Liberal Art of Geometry yang mana idea corak untuk handbag tu datang dari pelbagai bentuk geometry. Sampai burung and mini cooper pun ber geometry hokeyyy. 



First thing first, harus, eh wajib bergambar dengan mini cooper geometry ni!

1) Korang dress up cantik comel vogue fabulous okay.
2) Cari mini cooper geometry di mana mana roadshow yang sedang berlangsung.
3) Amik gambar pose comel comel sikit show off ootd tu.
4) Upload gambar ke facebook & Instagram #ootd #sembonia_style @SEMBONIA
5) Tunjuk post korang tu di kaunter dan dapatkan 50% discount on Sembonia merchandise (Handbag, Kasut)
6) Kalau ada rezeki, gambar tu boleh menang Sembonia merchandise worth more than RM1,000!





 Tribal theme (Merah & Kuning)
RM569


Geometry theme



Time ni saja lah kita boleh berangan lebih yaa hahaha semua yang Nad pegang semua Nad suka!


Lastly, sekali lagi dengan mini cooper! T-T Nak try masuk dalam sebenarnya T-T


Kami dah! Anda bila lagi?

Jangan lupa datanggg beramai ramai untuk bulan June punya roadshow Sembonia dekat Mitsui KLIA on 20 June! Tau tau tau! :*


P/s : Kita pergi interview kerja pagi tadi. Hopefully dapat! Hahaha ameen ameen.

Tonton Dia Isteri Luar Biasa Online Full Episode

$
0
0

Assalamualaikum Hai.

Nak tengok drama Dia Isteri Luar Biasa tak? Hehe kot kot la korang tertinggal waktu siaran kan. Sebab nya waktu siaran pun pukul 6.55 - 7.55, haa nak solat maghrib lagi mesti ada tinggal sikit. Kalau sayang rasa nak tengok full meh sini haa Nad bagi full link hihi. So boleh la tengok bila bila free and bosan kan hehe.


Dia Isteri Luar Biasa (2015) Drama Poster

Dia Isteri Luar Biasa Eps 12
Dia Isteri Luar Biasa Eps 13
Dia Isteri Luar Biasa Eps 14
Dia Isteri Luar Biasa Eps 15
Dia Isteri Luar Biasa Eps 16
Dia Isteri Luar Biasa Eps 17
Dia Isteri Luar Biasa Eps 18
Dia Isteri Luar Biasa Eps 19
Dia Isteri Luar Biasa Eps 20
Dia Isteri Luar Biasa Eps 21
Dia Isteri Luar Biasa Eps 22
Dia Isteri Luar Biasa Eps 23
Dia Isteri Luar Biasa Eps 24
Dia Isteri Luar Biasa Eps 25
Dia Isteri Luar Biasa Eps 26
Dia Isteri Luar Biasa Eps 27
Dia Isteri Luar Biasa Eps 28

Nak tahu sinopsis cerita boleh REFER SINI

P/s : Harini rest dayyy :>

Review : Love Nail

$
0
0

Assalamualikum Hai.

Love Nail. Haa cantik je kan nama dia. Kita ni perempuan selalu penjagaan kuku haihh kemain susah lagi. Biasa Chinese memang dia jaga lah. Kita nak colour kuku pun susah nak kena clearkan balik, nak tampal sticker japgi kena bukak balik. Tapi love nail punya sticker ni senang and best je kalau pakai. Comel tu extra la kann.



Cute kan packaging dia? I know cute gila



Comes with variety of design. Kira boleh pakai dua kali.


Cara penggunaan

1) Bersihkan kuku sebersih mungkin. 
2) Tampal sticker tu dekat kuku cecantik.

Simple!~
Tada~~~




WARNING

- Berendam terlalu lama dalam air boleh menyebabkan sticker tertanggal.
- Elakkan letak sticker di tempat yang terlampau sejuk atau panas. 
- Elakkan dekat dengan api.


Don't forget to: 

P/s : Maafkan saya menghilang 3 hari hehehe ada mini project sikit :p

Pengalaman Temuduga Kerja di 99 Speedmart

$
0
0

Assalamualaikum Hai.

Setelah banyak gila kerja Nad mintak (Office Aeon, Audrey, Kitschen, Twin Angel, Step, Clarks) semua suruh tinggal no phone je. Call nye idok. Haa baguslah buat menunggu. Lepastu tetibe nampak 99 Speedmart ada vacancy. Niat hati nak mintak cashier je sebab dah pasrah gila semua tak dapat. Sekali akak tu tanya assistant branch manager nak tak? Sebab ada diploma.

Maka kita yang baru habis bulan April haritu pun on jelah kan. Akak tu suruh hantar resume kat outlet. Nad malas apply jelah online almost 3x jugak hahaha. Pastu dah seminggu takde call, hantar lah resume tu. Seminggu lepastu dapat call kena pergi interview.

Okay. Sebenarnya ni first time Nad nak pergi interview kerja. Korang imagine jelah dengan sijil tamat sekolah hilang apa semua haha. So kita redha okay. Nad cuma bawak sijil dalam 6 helai? (Mini transcript, Sijil dekan, Result muet, Result spm and 2 sijil sampingan bodo bodo je). Hahaha nampak sangat tak active tu.

Bila sampai je sana, dia akan suruh isi je borang dulu. Then baru gilir gilir interview depan orang lain. Orang lain tak dengar la, interview antara korang berdua tapi depan orang lain la. Maksudnya, dia takde sediakan bilik asing untuk korang interview.




SESI INTERVIEW BERMULA


Mostly, dia akan tanya balik apa yang ada dalam borang.

1) Okay ceritakan tentang diri anda.
    - Nad pun cerita la sikit sikit pasal diri Nad. Time ni korang boleh cerita pasal family, latar belakang pendidikan dan pengalaman kerja.

2) Anak number berapa?
    - Soalan simple je. Okay anak first.

3) Ada transport?
    - Ada. Untuk assistant branch manager, WAJIB ada transport, senang kalau dia nak hantar ke mana mana,

4) Nak branch mana je?
    - Korang pilih la yang berdekatan dengan korang. Yang korang rasa mampu nak drive tiap hari. Nad pun pilih la Sijangkang, Telok Panglima Garang, Bukit Tinggi, Jalan Kebun, Johan Setia. Haa memana lah yang berdekatan.

5) Boleh control orang tak? Bagi arahan dekat orang?
    - In shaa Allah boleh. Sebab apape saya yang bertanggungjawab dekat outlet tu so saya akan pastikan saya bagi arahan yang betul dekat staff blablaaa korang jawab ah. Dia nak tau sebab nanti outlet tu kita yang pegang so kita kena lah boleh control if ada staff or customer buat hal or apa.

6) Boleh tolong cover if kurang staff? 
    - Sebenarnya as assistant branch manager korang takyah pun jaga cashier or store ke apa. Tapi in case lah staff korang tu tetibe tak datang or ada yang tengah rehat then kebetulan orang ramai, so korang ni as ketua masatu kena cover as cashier. Means tu bukan kerja korang tapi still korang kena jaga. So jawab je boleh.

7) Tau kan kerja ni ada dari pagi sampai malam?
    - Haa tau tau. Ada full day apa semua, macam kerja kat mall. Hahaha jawapan.

8) Okay, boleh ceritakan personaliti diri?
    - Korang belasah je. Janji positive positive hahaha.



Nasib comot comot pun dapat kawan hahaha


Alhamdulillah selesai semua. Then dia akan suruh tunggu dulu dan dia pun briefing. Cerita pasal waktu bekerja, jadual morning, noon dan off day, cara kira gaji, dan bla blaaa. Banyak lah. And yang paling penting cara pakaian korang tau, Dia tak state dalam email pakai apa tapi kenaaa pakai baju kemeja, seluar slack, kasut bertutup. Ah pedulik apa skema kan? Nak dapat kerja ni.

Then semua dokumen yang dia minta kalau boleh bawak lah. Senang ada apape urusan. Kalau ada sesape tengah nak cari kerja or saja nak bosan bosan kerja try lah :) Cuma waktu bekerja kurang fleksibel lah haha.

P/s : Alhamdulillah lepas interview, esok tu terus dapat call diterima. So harini sebenarnya first day Nad as management trainee. Hopefully after 2 weeks dapat posting Assistant Branch Manager. Ameen. Wish me luck! 

Kemenangan Bulan May

$
0
0

Assalamualaikum Hai.

Mungkin ramai la yang taktau, Nad sebenarnya ada blog kedua yang memang khas untuk join contest and giveaway sahaja sebab dah taknak serabutkan sangat blog ni hehe. So kalau contest ke apa jemput je Nad in shaa Allah Nad join guna blog tu. Dekat fb pun Nad agak active juga lah kalau ada masa :) So ni antara kemenangan Nad sepanjang bulan May.


1) RM100 Nexus Voucher from Bangsar South


2) Dragon Ball Z Merchandise from Gempak Starz


3) Sample Maca Tongkat Ali Extra from Zumal


4) Keychain from Arrien


5) Topup RM10 dari kak Scha Nazri

Image result for digi rm10


P/s : Alhamdulillah ada lah juga sikit sikit heheh. Susah nau nak cari masa ber blogging sejak dah start kerja ni T-T

Fakta Mengenai Anak Kedua

$
0
0

Assalamualaikum Hai.

Fakta Anak Kedua. Apa pendapat korang mengenai anak kedua? Hahaha kalau nak spontan bagi Nad anak kedua ni dia agak baik lah, lembut hati kot lah dah dua tu je yang terlintas. Before ni Nad ada jugak ceritakan Fakta Anak Sulung. And now Nad curious pulak mengenai anak kedua ye? Hahaha so siapa yang nak ikut curious mari baca.






Hahaha sekian Fakta untuk anak kedua yee. Disebabkan Nad anak first Nad kurang pasti betul ke tak. Siapa anak kedua? Betul ke ni sifat korang? Kehkehkhh.

P/s : Lama dah tak join event, rindunyaaa nak jumpa ramai bloggers hm.

Tonton Eksperimen Cinta Online Full Episode

$
0
0

Assalamualaikum Hai.

Tonton Eksperimen Cinta Online. Nak tak nak tak? Actually adik Nad yang memperkenalkan pasal cerita ni hahaha walaupun dia kurang berkenan dengan pelakon perempuan tu. Dia kata tak sesuai tak best tak masuk tak bla blaaa haha. Yaa Nad tak tengok pun hehe macam biasa lah kan. Saya busy kerja kottt, memang takde masa langsung lah nak layan cerita cerita sebegini kan.

Yang Nad berkenan dekat cerita ni sebab ada Mira Filzah je hahahaha. Weh Mira lawa gila kot comel tak puas tengok hahah hehe. 


v


Eksperimen Cinta Episode 3
Eksperimen Cinta Episode 4
Eksperimen Cinta Episode 5
Eksperimen Cinta Episode 6
Eksperimen Cinta Episode 7
Eksperimen Cinta Episode 8
Eksperimen Cinta Episode 9
 Eksperimen Cinta Episode 10
 Eksperimen Cinta Episode 11
Eksperimen Cinta Episode 12
Eksperimen Cinta Episode 13
Eksperimen Cinta Episode 14
Eksperimen Cinta Episode 15
Eksperimen Cinta Episode 16
Eksperimen Cinta Episode 17
Eksperimen Cinta Episode 18
Eksperimen Cinta Episode 19
Eksperimen Cinta Episode 20
Eksperimen Cinta Episode 21
Eksperimen Cinta Episode 22
Eksperimen Cinta Episode 23
Eksperimen Cinta Episode 24


Hahhaha memula la Nad memang langsung tak berkenan cerita ni lepas tahu ada Mira Filzah terus lajuuu jeee. Korang korang yang nak tengok online boleh la datang blog Nad selalu ye? Hihi.

P/s : Lepasni cerita apa? MAID best tak?
Viewing all 358 articles
Browse latest View live